October 05, 2011

.::Alhamdulillah, I'm Officially Graduated::.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Praise be upon Allah.

4th October 2011. 
I'm officially graduated from University of Malaya with 
Master of Biotechnology.

Yang tertulis di bawah ini lahir dari hati.

Terima kasih buat keluarga - mama, abah, kakak, abang2 dan adik2 
atas segala dorongan & sokongan yg tak terhingga.
Terima kasih abah atas pengorbanan abah. 
Wang ringgit. Makan pakai buat aku sepanjang pengajian.
Ada harap kejayaan yg tak seberapa ni
dapat buat mama & abah bangga.
Ada harap kejayaan yg tak seberapa ni
dapat dijadikan contoh pd adik-adik.
Niat yg betul, usaha tanpa jemu, insyaAllah kejayaan pasti milik kita.

Terima kasih buat mantan kekasih.
Jika kamu membaca ini, kamu tahu siapa kamu. 
Terima kasih kerana pergi meninggalkan aku.
Terima kasih kerana rasa 
sedih & pedih ditinggalkan itu menjadi penguat semangat kpd 
aku utk meneruskan hidup tanpa kamu. 
Rasa sedih & pedih ditinggalkan itu membuatkan aku ingin buktikan 
pd kamu yg aku mampu berjaya tanpa kamu. 

Ya. Aku sudah perbetulkan niat. Aku lakukan ini bukan kerana kamu. 
Tapi kerana Allah. Kerana aku cinta ilmu-Nya.

Terima kasih buat cinta, Haniff.
Terima kasih yg tak terhingga kpd abg. 
Insan yg muncul dlm hidupku di kala aku perlukan semangat baru. 
Perlukan sokongan dari insan yg betul-betul menghargai aku. 
Sepanjang pengajian di UM, abg la insan yg tak putus-putus memberi semangat & dorongan. 
Memberi kembali senyuman. Memberi aku ruang melupakan kisah sedih & pedih ditinggalkan. 
Memberi aku mengenali erti mencintai & dicintai
Terima kasih abang.

All the hard work paid off.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




No comments: