August 07, 2011

.::Kasi Sebut Nama Wa Butut-Butut Aaaa::.

Entry ditujukan khas buat Manager Pasaraya TenTen Cawangan Maran.

Nama wa RABIATUL ADAWIYAH. Bukan LABIATU ATAWIYA...


(klik utk tumbesaran gmbar)

2 bulan lepas aku shopping kat TenTen. Belanja RM20++ je hari tu, tapi dgn berbelanja minimum RM20, pelanggan layak join contest. Aku pun fill in borang & jawab 3 soalan mudah dlm borang contest. Aku intai hadiah dlm list. Ada voucher beli belah, microwave, & hadiah utama: peti ais.

Malam semalam, aku dpt call.. Macam yg dlm status FB aku kat atas tu la. Manager TenTen tu Chinese, pelatnya agak pekat la. Puas dia nak sebut nama aku. Last-last yg kua LABIATU ATAWIYA... Dah mcm nama Siam dah jadinya. Kraaappp kappunkapp... Huhu..

Alhamdulillah, rezeki bulan puasa. Aku menang hadiah utama. Peti ais jenama SHARP.. Tadi dah pergi TenTen utk tuntut hadiah. Tapi tak dapat bawa balik peti ais tu hari ni since esok ada upacara penyampaian hadiah. Memandangkan aku keje sok, maka aku wakilkan adik & mama aku yg amik..

Tuah ayam nampak di kaki. Dengan berbelanja hanya RM20, sapa tau kita leh dpt untung besar. Rezeki namanya. Alhamdulillah.. Beraya dengan peti ais baru la tahun ni. Hehe..

p/s: mama saya sangat happy.. =)