November 13, 2011

.::Tribute to Amy::.

Hi.. Its been a while..

Remember Amy?


Yup.. Ini Amy.. Amy dah tak ada.. Amy dah hilang. 
Aku rasa aku meroyan seminggu, tunggu Amy balik, tapi dia tak balik..
Its all my fault, biar Amy tido kat luar malam Raya Haji aritu.. 
Mungkin dia dimakan musang. Atau ular. Atau biawak. 
Memang salah aku biarkan Amy tido kat luar rumah..

Nak tahu kenapa aku kata aku meroyan? Tengok la ape yg aku dah wat..

Ini Amy aku yg baru.. Aku crochet sendiri. Memang tindakan luar kawal. 
Sehari lepas Amy hilang, aku nekad wat ni. 
Kebetulan aku memang beli benang kait & jarum kait satu.. 
Tapi tak pernah terfikir akan berjaya wat amigurumi crochet ni.. 
Seharian aku duduk dalam bilik, siapkan kait Amy.. 
Aku betul-betul sedih.. Tak pernah aku menangis teruk sbb hilang kucing...


My dear Amy, I'm really sorry.. T____T

If you are still there, please come back home..

October 05, 2011

.::Alhamdulillah, I'm Officially Graduated::.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Praise be upon Allah.

4th October 2011. 
I'm officially graduated from University of Malaya with 
Master of Biotechnology.

Yang tertulis di bawah ini lahir dari hati.

Terima kasih buat keluarga - mama, abah, kakak, abang2 dan adik2 
atas segala dorongan & sokongan yg tak terhingga.
Terima kasih abah atas pengorbanan abah. 
Wang ringgit. Makan pakai buat aku sepanjang pengajian.
Ada harap kejayaan yg tak seberapa ni
dapat buat mama & abah bangga.
Ada harap kejayaan yg tak seberapa ni
dapat dijadikan contoh pd adik-adik.
Niat yg betul, usaha tanpa jemu, insyaAllah kejayaan pasti milik kita.

Terima kasih buat mantan kekasih.
Jika kamu membaca ini, kamu tahu siapa kamu. 
Terima kasih kerana pergi meninggalkan aku.
Terima kasih kerana rasa 
sedih & pedih ditinggalkan itu menjadi penguat semangat kpd 
aku utk meneruskan hidup tanpa kamu. 
Rasa sedih & pedih ditinggalkan itu membuatkan aku ingin buktikan 
pd kamu yg aku mampu berjaya tanpa kamu. 

Ya. Aku sudah perbetulkan niat. Aku lakukan ini bukan kerana kamu. 
Tapi kerana Allah. Kerana aku cinta ilmu-Nya.

Terima kasih buat cinta, Haniff.
Terima kasih yg tak terhingga kpd abg. 
Insan yg muncul dlm hidupku di kala aku perlukan semangat baru. 
Perlukan sokongan dari insan yg betul-betul menghargai aku. 
Sepanjang pengajian di UM, abg la insan yg tak putus-putus memberi semangat & dorongan. 
Memberi kembali senyuman. Memberi aku ruang melupakan kisah sedih & pedih ditinggalkan. 
Memberi aku mengenali erti mencintai & dicintai
Terima kasih abang.

All the hard work paid off.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




September 28, 2011

.::Jubah::.

Hari ini hari yg sangat meletihkan...

Jengka (7.30am) ---> UM (11.30am) ---> Jengka (5.00pm)

Malam ni boleh tido dgn jubah konvo yg labuhnya membolehkan 
aku menyapu lantai Dewan Tunku Canselor Selasa depan. 
Patut sediakan saiz XXXS!!

September 19, 2011

.::Never Fade Away::.

Dah lama tak update tentang kami. Aku dan dia yg selalu buat aku sakit di sini, dekat dgn jantung ni. Relationship ni dah menjangkau usia 2 tahun 8 bulan 1 minggu dan 1 hari. Hampir 3 tahun. Kalau kahwin, anak mungkin sudah dua. =)

Hari ni aku ke UM. Dia temankan aku hantar borang pengesahan utk konvo. Oh ya. Aku bakal menghadiri istiadat konvokesyen UM pd 4 Oktober ini. Alhamdulillah. Happy sangat2.. All the hard works for the past 2 and a half years finally paid off. =)


Selesai urusan di UM, kami ke Berjaya Times Square. Bowling 2 frames, dan makan. Hari ni makan di Wendy's, our favourite place. Mushroom Melt Pasta, menu baru Wendy's mmg terbaik.. Si Anip biasalah.. Sangat suka Wendy's fries & fried chicken. If korang dah jemu dgn McD & KFC, bolehlah tukar selera pekena ayam goreng Wendy's. Shrimp burger dia pun terbaik. My favourite!


Walaupun semakin tua, namun kecomelan kami mesih tetap terserlah bukan? Hehe. Bluek!

Kami melepak di Wendy's sampai tengahari. Lama jugalah. Sampai ada orang terlelap atas meja lepas makan. Hehehe.. Then we both terus gerak ke Pekeliling. Time to go home. Sangat tak suka each time the big bus took me away from him. Melambai dari dalam bas itu sangat menyeksakan. Esok kerja.. Safely arrived at 6pm today. Letih tapi seronok dapat spend time dgn Haniff. Happy sangat2. =)


Kau tetap akan jadi matahariku. Dan aku akan sentiasa jadi pelangimu..


September 06, 2011

.::Sakit::.

Saya rindu kamu.
Rasa sakit dekat sini.
Dekat dgn jantung ni.
Sakit sangat-sangat.
Saya betul-betul rindu kamu..

Kamu rasa yg sama juga ke?


September 05, 2011

.::Raya 2011::.





Alhamdulillah.. Tahun ni dpt beraya dgn complete family members.
Ya Tuhan, panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami,
Semoga atok, nenek, abah, mama & kita semua dapat bertemu 
Ramadhan & Syawal lagi tahun hdpn. InsyaAllah.
Amin..

August 11, 2011

.::Apakah Kuih Raya Pilihan Anda Tahun ini?::.


Kuih plg gangster = Lompat Tikam
Kuih plg sexy = Puteri Mandi
Kuih plg keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih utk awet muda = Seri Muka
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dlm zoo = Badak Berendam
Kuih utk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeetttt
Kuih yg bngun sndiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih plg tnteram = Kuih Makmur
Kuih plg lembap = Kuih Siput

Kuih plg alim = Kuih Ketayap
Kuih plg hodoh = Batang Buruk
Kuih Oversea = Almond London



Korang pilih yg mana??

August 10, 2011

.::Introducing Amy's Siblings::.




Hai..
Kami Amy, Jimi & Kurt..
Nak tahu macamana tuan kami bagi nama pd kami bertiga??


Ooo yes.. Sorry, they are not for sale.
Hehe..

August 09, 2011

.::Introducing Amy::.


Hi. My name is Amy.
I'm 3 weeks old.
Cute, am I?
=)


August 07, 2011

.::Kasi Sebut Nama Wa Butut-Butut Aaaa::.

Entry ditujukan khas buat Manager Pasaraya TenTen Cawangan Maran.

Nama wa RABIATUL ADAWIYAH. Bukan LABIATU ATAWIYA...


(klik utk tumbesaran gmbar)

2 bulan lepas aku shopping kat TenTen. Belanja RM20++ je hari tu, tapi dgn berbelanja minimum RM20, pelanggan layak join contest. Aku pun fill in borang & jawab 3 soalan mudah dlm borang contest. Aku intai hadiah dlm list. Ada voucher beli belah, microwave, & hadiah utama: peti ais.

Malam semalam, aku dpt call.. Macam yg dlm status FB aku kat atas tu la. Manager TenTen tu Chinese, pelatnya agak pekat la. Puas dia nak sebut nama aku. Last-last yg kua LABIATU ATAWIYA... Dah mcm nama Siam dah jadinya. Kraaappp kappunkapp... Huhu..

Alhamdulillah, rezeki bulan puasa. Aku menang hadiah utama. Peti ais jenama SHARP.. Tadi dah pergi TenTen utk tuntut hadiah. Tapi tak dapat bawa balik peti ais tu hari ni since esok ada upacara penyampaian hadiah. Memandangkan aku keje sok, maka aku wakilkan adik & mama aku yg amik..

Tuah ayam nampak di kaki. Dengan berbelanja hanya RM20, sapa tau kita leh dpt untung besar. Rezeki namanya. Alhamdulillah.. Beraya dengan peti ais baru la tahun ni. Hehe..

p/s: mama saya sangat happy.. =)


July 27, 2011

.:Case closed. Dah boleh tawen ;)


ALHAMDULILLAH, syukur... Finally aku berjaya siapkan dissertation Masters ni.. Meeting senat akan dibuat awal bulan Ogos. InsyaAllah if semuanya selesai, aku bakal graduate awal bulan Oktober. 

Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih wat family, khasnya abah & mama yg tak putus-putus bagi semangat dan mendoakan aku.  Thanks a lot mama & abah for being there for me all the time. You both are my strength.  Tak lupa wat Kak Ayu, Along, Angah, Hana, Saher & Dik Una.. Korang semua kekuatan Ada.. Aku harap dapat wat kalian semua happy. Dan insyaAllah Kak Ada harap dpt jadi contoh wat adik2 Kak Ada.

Tak lupa juga supervisor terbaik kami, Dr.Zazali & wat kawan2 kat UM. Kama, Nora, Fifi peneman aku dalam lab.. Sekarang semua dah jarang contact.. Semua dah ada life sendiri. Aku doakan yang terbaik wat korang bertiga..

Last but not least, to my dear cayang Haniff.  You've been there for me since the very beginning. Thanks a lot for your patience. Alhamdulillah semuanya dah selesai.. Thanks a lot sbb abang byk tolong sayang, jadi peneman sayang susah dan senang selama sayang kat UM. Abang pernah bawa moto dari Bangi ke UM semata-mata sebab sayang merajuk. Remember that day? Abang sampai, tapi langsung tak pandang muka sayang. I know u were really mad that day.. Thanks a lot for your patience, love and care. Sayang takkan pernah jumpa teman istimewa sebaik abang.

Dah boleh tawen???? Ohhhh... Belum boleh lagi. Abang masih ada tanggungjawab tamatkan study. Dan sayang masih ada banyak tanggungjawab pd mama & abah yg masih belum tertunai.  Apa yg boleh kita wat skrg ialah doa. InsyaAllah 1 hari nanti kita akan bertemu jodoh =)

Mode: Really really really really happy! Alhamdulillah...

July 20, 2011

.::Koc Wanita & Yang Sewaktu Dengannya::.

Naik komuter dari KL Sentral ke Batu Tiga. 
Koc Wanita.
Terpandang kelibat sorang perempuan dari belakang.
Rambut panjang melepasi bahu.
Jari jemari agak kerap mengusir rambut yg santek itew.
Sasa.
Bahu bidang.
Tinggi x selayaknya bg sorang perempuan.
Hmmm... 

Random question: 
Kalau nyah/pondan, depa mmg layak gunakan koc wanita eh??
Hehe.. 


.::Wordless Wednesday #1::.

July 18, 2011

.::Bukti::.


Bukti. 
Pernah jadi cikgu. Saiz sama dgn para pelajar. 
Atau mungkin lebih kecil dari pelajar. 
Terima kasih.

July 10, 2011

.::Rapuh::.

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Ya Rabb...

July 07, 2011

.::The Key To Love::.

Nicely written, author unknown. Enjoy..


"The Key to Love" 

The key to love is understanding ... 
The ability to comprehend not only the spoken word, 
but those unspoken gestures, 
the little things that say so much by themselves. 

The key to love is forgiveness .... 
to accept each others faults and pardon mistakes, 
without forgetting, but with remembering 
what you learn from them. 

The key to love is sharing ... 
Facing your good fortunes as well as the bad, together; 
both conquering problems, forever searching for ways 
to intensify your happiness. 

The key to love is giving ... 
without thought of return, 
but with the hope of just a simple smile, 
and by giving in but never giving up. 

The key to love is respect ... 
realising that you are two separate people, with different ideas; 
that you don't belong to each other, 
that you belong with each other, and share a mutual bond. 

The key to love is inside us all ... 
It takes time and patience to unlock all the ingredients 
that will take you to its threshold; 
it is the continual learning process that demands a lot of work
but the rewards are more than worth the effort ... 
and that is the key to love.

June 27, 2011

.::Uji Tahap KeJAWAan Anda::.

Abah aku Jawa, mama aku Banjar.. Tapi memandangkan kami sekeluarga dah lama berhijrah ke Pahang, kami anak-anak abah dan mama dah lama tinggalkan penggunaan bahasa Jawa or Banjar.  Hari ni sorang sepupu aku post status dlm bahasa Jawa. Terasa sangat rugi sebab x pernah belajar & cuba untuk belajar bahasa ibunda abah & mama.. Satu perkataan je yang aku paham, 'kangen'. Huhu... Haniff pun orang Jawa, tapi sama mcm family aku, dah x praktikkan bahasa tu sehari-hari. Ni aku copy paste status yg abang sepupu aku tu tulis... 

Ada orang Jawa kat sini? Kalau ada, tolonglah translate.. Hehe..

As salam wahai konco-konco karo sedulur. 
Mogo di paringi waras. 
Wong sing apik, hati ne mulio, mikir sing bening, 
ngomong sing bener, nolong wong susah, sedekah sing okeh dan ikhlas. 
Orak nyusah ke wong lain, kerjo ne kenteng, 
urep pe menyumbang, mati ne akeh wong kangen. 
Mogo doso di ampuni Pengeran..

June 21, 2011

.::Bye-Bye Ijam::.

We already released Ijam in the wild, for good.. Ijam tak makan since kami decided nak jaga dia, so kami pun lepaskan Ijam dalam semak depan umah..

Even though we've been together for only 3 weeks, I've already missed him so much..

Ijam... T__T

June 16, 2011

.::Ijamku::.

Update on Ijam.

Hari ni dapat bagi Ijam minum & mandikan Ijam..

Masih berusaha memberanikan diri utk pegang Ijam.

Hari ni pegang jauh2 pakai kayu 2 kaki panjangnye. Huhu..

June 15, 2011

.::Senyap Anak-Anak Anjing::.



Hush Puppies = Senyap Anak-Anak Anjing

Aku minta sorang member translate & teka brand. 

Dia jawab, Shut Up Dogs.

Kan jauh tu??

Hmmm.. Brand baru, mungkin.

June 14, 2011

.::Introducing Ijam::.

Tak cukup dgn 3 ekor kucing kat rumah, hari ni aku nak perkenalkan Ijam, pet baru kat umah kami.

Hi.. I'm Ijam. Nice to meet you.

Ijam ni dari family Green Whip Snake. Tak berbisa & memang jenis ular yg pasif. My lil bro ternampak Ijam melingkar kat pokok bunga kat halaman rumah kitorang. So dia decide nak tangkap & jaga Ijam.  

Kami plan nak beli rumah yg besar sikit untuk Ijam.. =)

June 03, 2011

.::Dapat Buffered Lagi::.

Thank you Nuffnang, walaupun dah lama tak update & makin kurang idea utk update,tapi still dpt buffered..

=)

May 16, 2011

.::Cikgu Malik::.

Ucapan ringkas buat guru-guru saya.

SELAMAT HARI GURU.

Terima kasih atas segala ilmu yg diberikan. Jasamu dikenang.

Istimewa buat Cikgu Malik,

Terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan.

April 22, 2011

.::Exams::.

Alhamdulillah.. Selesai sesi pengajaran utk semester ni.

Musim exams dah bermula wat students UiTM seMalaysia khasnya.

Semoga kalian beroleh ilmu yg berkat..

Good luck!

p/s: 1st time jadi pengawas & ketua pengawas exam utk 4 papers..
(aku plak yg nebes..huhu..)

April 05, 2011

.::Hantu Kak Limah::.

Sedang menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah di Youtube setelah Usop Wilcha famous di ABPBH.

Ketinggalan bukan? Tak ape, korang dah gelak lame. Aku baru gelak skang.

Pelawokpelawokpelawokpelawokpelawok....

Hahahahahaha...!

March 31, 2011

.::Tolonglah Saye!::.

Hi guys.. Nak mintak tolong..!
Haniff dearie will turn 21st soon..

Apekah hadiah paling sesuai utk diberikan kpd bf kesayangan saye itu??

Tolonglah suggest hadiah yg sesuai...

Saye sudah buntu....

March 24, 2011

.::Tugas Seorang Pensyarah::.

Lecturer. Masuk kelas, pot pet pot pet sampai tamat waktu kuliah. Nampak mudah. Tapi tugas sebenar seorang pensyarah bukanlah mudah seperti yg disangka. Jadi, tak pelik kalau ada pensyarah yg punch out jam 11.34pm, setiap hari.

This is a forwarded email from Dr.M.. Beliau ialah senior lecturer di sini. 

..........................................................................

Saudara, tugas pensyarah memang tak stop until 5 pm. 
Cuba tengok di bawah ini yang sempat saya kumpulkan..mungkin ada banyak lagi.

Mengajar 18-22 jam/week
Menyelidik - buat experiment (bila tak de kelas, atau sabtu/ahad), collect sample, analisa sample (UKM/UPM/USM)
Menulis final report geran penyelidikan
Menulis jurnal/prosiding..waktu malam shj kot..siang tak boleh..banyak gangguan!
Menyelia pelajar siswazah-semak findings, cari/beli peralatan/chemicals/glasswares, semak student's writing or problems
Menyelia projek tahun akhir pelajar
Prepare nota (kod kursus baru)
Menyedia soalan (exam/test/quiz)
Projek Inovasi
Perundingan
Memegang jawatan pentadbiran/AJK-KONAKA/Persada Bestari/STSS/5S dll
Menyemak jurnal antarabangsa (Elsevier/Wiley/Springer/ACS, etc..tak dibayar ye..)
Menyemak proposal/tesis pelajar MSc/PhD
Attend viva students
Memberi talk luar U/sekolah/jabatan kerajaan/swasta etc
Prepare proposal FRGS/ERGS/Dana..la ni tak de geran tak boleh confirm (new lecturers)
Menyemak proposal geran penyelidikan pensyarah
OBE /Audit dll
Penasihat pelajar
Semak lab report/tugasan pelajar/exam/test/quiz
Attend meeting (dalaman/shah alam)
Attend/present paper kat seminar
Attend aktiviti pelajar (termasuk memanah dll)
Lawatan akademik pelajar
Lawat practical students
Anjur program2 berkaitan program/penyelidikan/penerbitan dll
Attend kursus/bengkel ILQAM/RMI/luar U..jawabnya ganti kelas waktu malam..
Prepare/update laporan tahunan RMU/semak file program masing-masing
Khidmat masyarakat

...................................................................

Banyak kan?? Jangan anggap tugas pensyarah hanya pot pet pot pet di dewan kuliah...

March 16, 2011

.::HELI di SERI::.




Kenangan bersama kawan2 guru di SERI. (Ogos - Oktober 2010)
Heli ni terpaksa mendarat di kawasan padang sekolah sbb ada masalah teknikal..

.::Banjir::.


12.03.2011

Banjir @ Kg.Bak-Bak

March 03, 2011

.::2 Bulan::.

Genap 2 bulan di sini..
Perasaan bercampur aduk.
Kadang-kadang happy.
Kadang-kadang sedih.
Kadang-kadang suka.
Kadang-kadang tak suka.

Memang susah nak sesuaikan diri.

February 24, 2011

.::Tombo Ati::.



Tombo Ati - traditional Javanese song 
composed by Sunan Bonang of Wali Songo.

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Kuran lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang soleh kumpulono
Kaping papat wetengiro ingkang luwe
Kaping limo zikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Translation:

There are five remedies of heart
First, read the Quran and understand its meaning
Second, do the night prayer
Third, gather with pious people
Fourth, fast (literally: keep a hungry stomach) regularly
Fifth, do long zikir at night
Anyone who can do even one of those
may Allah bless

February 23, 2011

.::Upload Sekeping Dua::.

Dah lama tak upload gambar.. Nah.. Amik la sekeping dua..


Buah hati pengarang jantung.. Chenta saya..


Budak kecik yg disalahertikan oleh abang jaga...


Kami kanak-kanak ribena..


Sekian, terima kasih.

February 21, 2011

.::KECIK SANGAAATTTT::.

Ok. Dah hampir 2 bulan aku di sini. Dan utk kali ke-2, situasi ini berlaku lagi.

Lokasi: Pintu masuk UiTM Jengka.

Abang Jaga: Dik, mana kad matrix? Nak masuk kena tunjuk kad..
Saya: Saya lecturer. Nak kena tunjuk kad juga ke?
Abang Jaga: Oh.. Sori Cik, sori. Saya ingatkan student tadi. KECIK SANGAT..!
Saya: Yeeeeeeeeeee.....

Ok. Tau la kecik. Tapi ade SANGAT plak kat blkg ayat tu.. Hmmmm....

p/s: pasni nak ke mana-mana, kena gantung kad matrix staff la agaknya...

February 18, 2011

.::Tenangkanlah...::.

Ya Allah, mungkin kerana aku makin jauh dari-Mu. 
Hati ni dah x setenang selalu.
Ampunkanlah aku. Tenangkanlah hatiku. 
Ya Allah hanya pada-Mu aku bermohon..

February 17, 2011

.::Lelaki Ini::.


Jatuh hati padanya sejak berumur 14 tahun.. 
10 tahun berlalu.. Beliau tetap menjadi pujaan.. 
Love his acting especially in With Love & Long Vacation..


Yutaka Takenouchi.

.::Buffered Buff Buff Buffered::.

Aku nak tanya, macamana nak cashout buffered earning??

Terima kasih Nuffnang bagi buffered lagi... =)

February 09, 2011

.::Sepi::.

Day 2:  Hope you are doing fine..

Empty. Sepi. So many things going on right now..

I need you. =(

February 08, 2011

.::Away He Go::.



Fish.. Compass.. Ship.. Deep blue ocean... 
Haiihhh... Pakcik Google ni macam tau-tau je..

Haniff is going sailing for 2 weeks starting today..
Program IPG + TLDM terdiri drpd 24 orang wakil pelajar IPG seluruh M'sia.
Sekarang diorang dah on the way ke Pengkalan TLDM Lumut..
2 weeks without my strength...

Oh... Saya bakal mengalami kemurungan.


Day 1: Away he go....

January 26, 2011

.::Doa Jodoh::.

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan kami
Agar kebahagiaan itu abadi

Dan Tuhanku Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta Tuhanku Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan
Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama dengan dirinya
Kerana aku pasti
Itulah hadiah dari Mu

January 25, 2011

.::Musim::.

Sini sroottt srooott..

Sana uhuk uhuk uhuk...

Musim. Semua orang demam.

Hari ini saya masuk kelas dgn srooott srooottt & uhuk uhukk...

Suara pun sengau..

Tapi student kata,

"Tak apa Miss, sengau tu seksi"

Ohhh...

January 20, 2011

.::Hoyeah::.

Lab sessions this week ran successfully...!

Sangat lega..........

January 19, 2011

.::Jurassic Park Memang Cool::.

9 pagi - 10.30 pagi tadi, masuk hutan (masih dlm kawasan uni)

Dapat kumpul hampir 30 species fungi..

Dan dapat juga sample pokok Kacip Fatimah.

Wah..!! Jurassic Park ini memang cool.

Saya semakin suka tempat ini..!

January 18, 2011

.::Adaptation::.

Adawiyah is still in the mood of adapting her new life...

Gosh.. So many things to do...

Lecturing, preparing notes, labs, supervising students project & thesis, and managing my very own research grant...

Feels like everyone is watching me..
And a very small mistake will make them laugh...

Ya Allah.. Tenangkanlah hatiku, 
Permudahkanlah segala urusanku,

InsyaAllah, bersama setiap kesulitan pasti ada kemudahan..
Al-Insyirah.

January 17, 2011

.::Chenta was here at Jurassic Park::.

14th Jan - 16th Jan

He was here. 

I realized that he loves me for who I am.

And I do realized Jurassic Park is not that bad.. Hehe..

Thanks a lot for your concern dear..

Thanks a lot for your care.

I had so much fun.

Love you lots..!


January 14, 2011

.::Jurassic Park::.

Saya di Jurassic Park.. 

Pelajar siswa berambut panjang
Pelajar siswi berambut perang

January 12, 2011

.::Dua Puluh Enam Tahun::.

Hey... Saya sudah berusia dua puluh enam tahun...


Terasa seperti baru enam belas tahun =)

2011 - Year of career building

Semoga diri ini beroleh keberkatan di dunia dan akhirat

Amin..

Terima kasih mama kerana melahirkan dan mengajar erti kehidupan

January 11, 2011

.::2 Years::.

Susah
Senang
Sedih
Gembira
Gelak
Tangis
Cinta
Sayang
Rindu

Lengkap semuanya..

Happy 2 years anniversary dear..

My love for you will never fade away.

January 06, 2011

.::New Life::.

4th January 2011

I started my new life as a Biology lecturer, somewhere in a place called Jurassic Park.

Wish me luck & happy new year guys..!