January 25, 2010

.::CiCaK Anip Nyaris-Nyaris Dicilok!!::.

Pagi Sabtu lepas aku ke Bangi sebab dah sangap sangat nak main bowling. So, Anip bawak aku main bowling kat Bangi Superbowl, dalam Pasaraya Warta, Bangi. Huhu.. Tak femes langsung nama pasaraya. Lalalala.. Tapi main bowling kat sana memang syok. Ade student price. 1 game RM 4 je.. Boleh tayang kebanggaan tak? Kau orang cakap tak boleh pun aku tetap nak tayang gak. Ngehngeh.



T=Taylor=Haniff,   J=Jamie=Adawiyah.
Hahaha. Tengokla hasil kesangapan aku. 174 beb. My personal new record. Suke suke suke. Tok Guru pun dah kalah ni. Dah boleh join tournament ni. Hahaha.

Pas berjimbaaa bermain bowling, makan, & berkaraoke dlm pasaraya Warta yg cambest tu, dah tibe masa utk pulang sebab petang tu aku kena rush pegi lab.. Kami pun turun bawah kat parking motor sambil makan mangga cicah asam + sengkuang cicah kicap pedas. Alangkah bengangnye kami bila CiCaK Anip nyaris-nyaris dicilok..
                                                           
Bahagian lock tu dah kena korek dgn benda tajam.

Luckily cubaan pencilok motor melakukan eksperimen mencilok motor (buat kali pertama, mungkin) tak berjaya.. Bengang tahap cipan owh.. Kami stucked kat situ beberapa jam sebab kunci dah takleh masuk & motor dah x leh start. Untung Anip ni penyabar orangnye. Hampir 2 jam gak la kat situ, last-last kunci dpt masuk & dpt start enjin motor.


Masih mampu tersenyum walaupun motor nyaris-nyaris hilang.
Oh ye. CiCaK = CCK. (plat motor)

Oleh kerana dah agak lewat, Anip dgn bestnye wat keputusan utk temankan aku naik komuter balik UM. Temankan wat keje lab malam tu. Huhu. Kenangan terindah. Susah nak dapat.. Then we went to Pavilion. Tgk citer Tooth Fairy. Release gak tension si Anip yg banyak gelak tgk citer tu. The Rock memang boleh bawak watak lawak. Best owh citer tu. Sape belum tgk n rase nak release tension, disarankan menonton.

Moral of the story, sesape yang parking motor kat bahagian tepi PASARAYA WARTA, BANGI, anda dinasihatkan utk lock motor anda elok-elok sebab pencilok-pencilok motor suke wat eksperimen mencilok motor di kawasan itu. Pelik jugak. Banyak motor-motor cun kat parking lot tu, tapi motor Anip jugak yg dia nak cilok.

Pencilok motor sekalian, kecik-kecik dulu tak sekolah ke?? Dah besar menyusahkan orang. 
BUDUSSS! 

.::Oh Cik Adawiyah::.


Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu...

Cik Adawiyah sangat sibuk sekarang.
Cik Adawiyah sangat letih sekarang.
Cik Adawiyah sangat kalut sekarang.
Cik Adawiyah mempunyai lebam di bawah mata sekarang,
seperti seekor panda.

Cik Adawiyah menghabiskan hujung minggu di makmal.
Cik Adawiyah bekerja tujuh hari seminggu.
Cik Adawiyah bekerja purata sehingga jam 10 malam setiap hari.
Cik Adawiyah sudah tak tahu apa yg terjadi di dunia luar.

Cik Adawiyah sedang mengharapkan keajaiban berlaku.
Cik Adawiyah sedang menjerit di dalam hati.
'KEMBALIKAN HIDUP SAYA..!!'

Nasib baik ada mama, abah & keluarga.
Nasib baik ada Haniff.
Nasib baik ada kawan-kawan.

Cik Adawiyah,
Bersabarlah.
Tak lama lagi Cik Adawiyah akan tamatkan semua ini.
Biar susah dulu..
Nanti senang kemudian.

Doakan Cik Adawiyah dapat selesaikan semua kerja
dengan tenang.

Amin.

p/s: esok pagi-pagi kena prepare hantar result utk analisis MALDI-TOF.
Mengharapkan keajaiban berlaku. 

January 23, 2010

.::Jom Joget-Joget - Vhong Navarro::.

Ohh dah lame tak layan mamat Filipino ni menari..
Rase nak joget-joget sama dgn Vhong Navarro ni. Haha.
Korang usha la gak lagu Vhong, tajuknye Totoy Bibo.
Haha. He really can dance.
Selamat joget-joget di hujung minggu.

p/s: aku joget-joget dlm makmal je la hujung minggu ni. darn!!





January 21, 2010

.::BOTAK::.

Doktor, kenapa doktor botak? Sebab genetik ke? Wah..! Straight forward sungguh soalan tu. Kalau saya yg jadi doktor, mau saya sekeh kepala si tukang tanya bertubi-tubi, laju-laju tanpa henti. Tapi doktor itu dengan cool terus membuka cerita. Kami mendengar dgn sangat kusyuk.

Alkisah bermula sejak doktor kecil. Doktor mempunyai penyakit yg pelik di mana pd masa2 tertentu, tapak kakinya akan merekah, pecah-pecah, luka & mengalami kesukaran utk berjalan. "Itu satu kelebihan buat saya, sebab di asrama saya tak perlu lakukan banyak aktiviti sebab senior tau kaki saya sakit. Hahaha", kata doktor sambil ketawa. Kami pun ketawa juga.

Doktor menyambung cerita. "Suatu hari ada rombongan ke Cameron Highlands. Kami memanjat bukit, diketuai oleh orang Asli di sana. Kaki saya sakit, jadi saya berjalan paling belakang. Orang lain dah nak sampai puncak, saya masih di bawah. Tiba-tiba, dari bawah, saya ternampak sekumpulan lebah terbang. Saya sempat mendengar dari atas bukit, LARI..! LARI..! Jadi saya yang di bawah terus berlari sebab terlalu gabra, padahal jeritan itu sebenarnya menyebut JANGAN LARI..! Malang sungguh nasib saya, disengat oleh berpuluh-puluh ekor lebah bukit. Saya dimasukkan ke hospital. Kalau lambat sikit, tentu saya dah k.o."

"Selepas sekolah menengah, saya mendapat tawaran ke Australia. Saya belajar di sana. Suatu hari, saya ke kedai buku. Kaki saya melangkah ke arah rak buku, dan terus mencapai sebuah buku. Saya menyelak buku itu pada satu mukasurat dan saya sangat terperanjat krn pada mukasurat itu, ada menerangkan tentang penyakit kaki seperti yang saya alami. Di situ tercatat bahawa untuk menyembuhkan penyakit luka di tapak kaki, ubat yg paling mujarab ialah sengatan lebah!! Alangkah terperanjatnya saya."

"Perkara itu membuatkan saya mengimbau kisah saya disengat lebah bukit di Cameron Highlands. Benarlah. Kaki saya sembuh sepenuhnya selepas disengat lebah."

"Saya menyambung pembacaan.. Penyakit kaki akan sembuh dengan sengatan lebah, tetapi kesan sampingannya, pesakit akan menjadi BOTAK."

"Dah terjawab soalan kamu? Sebab itulah saya BOTAK. Menarik bukan? Saya ingat nak kaji tentang lebah. Tapi masih belum ada kesempatan."

p/s: ini ialah kisah benar yg diceritakan oleh Big Boss kami yg mengalami sendiri peristiwa di atas. Sangat menarik. Kami terkedu seketika. 

January 20, 2010

.::PurpleFreak::.



I owned myself  purple inked pens, purple mechanical pencils, purple bags, lots of purple baju kurung and tudung, purple shirts, purple toothbrushes, purple towels and many other purple stuffs. I have made my own purple mafla. I'm craving for the purple Sony MP4 (crave with no intension to buy it YET). 


I love purple. Will get excited with purple stuffs. Purple is my color. I'm a totally-purple-freak.


Went out with Haniff to eat tomyam at BBB Seafood and Haji Samuri's sate at Bangi yesterday and guess what?I found a purple GUITAR at Warta, Bangi; worth RM89.90.


Can I own the PURPLE GUITAR??? 


Please...Please...Please.......

January 19, 2010

.::Hijau Daun - Suara (Ku Berharap)::.



January 18, 2010

.::Bukit Gambang WaterPark::.

Ini ialah sambungan kepada entri INI. Mandi manda di Bukit Gambang Waterpark with Haniff's family. Dah dapat curik some pictures from Adik Su's Friendster. Hehe..


Penguin, piranha besar & seals main pancut-pancut air.. Tgk dari jauh je, 
tak mo main takut tudung basah coz tak bawah tudung spare. Huhu..


Ini ialah Coco Beach / lautan manusia. Ramai siot...!!
Air biru dah bertukar jadi coklat. Huuuu..


Dari kiri : Uda, Abah, Mak, Kak Teh, Adik Su, Kak Ngah, Along & Abg Shah
Yg baju merah comeyyy duduk kat bawah tu sape ye? Hehe...


Haniff's happy family


Ehhh.. Saye pun ade dalam gambar? Huhu..

Bukit Gambang WaterPark sgt seronok, dua ronok, tiga ronok dan beronok-ronok!
Next time boleh pergi lagi. Had a great time with all of them..
Thanks Haniff!

January 17, 2010

.::On The Night Like This::.



On the night like this
There's so many things I wanna tell you
On the night like this
There's so many things I wanna show you


Cause when you're around
I fell safe and warm
Cause when you're around
I can fall in love everyday


In the case like this
There are thousand good reasons 
I want you to stay...

January 16, 2010

T__T

I'm feeling ignored


or seems like


I'm being ignored


:(


darn!

January 15, 2010

'My Valentine's Day'

Can I pick? Can I pick? Can I pick Patrick Dempsey to be part of my dreamy Valentine's date?

The coolest thing I could rather do to spend my Valentine's Day with Patrick Dempsey is to stare at his pretty face for the whole day! Hahah! Just kidding..! The coolest thing is of course to watch him in car races! Seriously he looks so damn cool in his purple racing suit..! Hey.. I love sportsman though.. (Haniff is the proof). Hehe.


I love purple! Yummilicious!!!

Or what if we just spend our sweet moments with his cute little twins? We could play mommy and daddy for the whole day and that will be the sweetest Valentine Day I ever have. Hahaha..


     Aaaaaaaaaaaaaa... Isn't that cute?

When talk about Patrick Dempsey, only two words you can relate with:


DOCTOR & DREAMY. 


If Dr. McDreamy is my Valentine date, I wish that he could proof to me that I don't need an apple a day to keep the HOT doctor/neurosurgeon away to examine my heartbeats, whether I'm dangerously in LOVE.


January 14, 2010

.::Makmal itu 'Berpenghuni'::.

Huuuuuuuuuu~~~~~~ (sound effect)

Dah lebih satu semester kami menjalankan kerja-kerja di makmal itu. Situ la tempat kerja. Tempat gelak. Tempat tension. Tempat jerit. Tempat nangis. Tempat sedih. Tempat mengumpat. Tempat mengutuk. Tempat makan. Tempat lelap. Pernah wat kerja sampai malam. Pernah tidur dlm makmal itu..

Makmal itu sebenarnya dah lama tak digunakan. Jadi our Big Boss ambil peluang utk 'invade' makmal itu dan kami gunakan utk menjalankan kerja-kerja disertasi yg InsyaALLAH bakal berakhir tidak lama lagi.  Memang excited lebih la kami masa mula-mula masuk dulu. Sebab dapat makmal dlm bangunan baru.

Beberapa hari lepas aku baru dapat tau 1 berita dari senior, yg sebenarnya ada satu bilik dalam makmal itu 'berpenghuni'.  Walaweyh! Apekah?  Menurut senior tu, diorang tak nak share cerita dgn kitorang sbb risau kitorang takut. Itulah sebabnya tak ada siapa yg berani gunakan makmal itu sebelum kami.

Selasa lepas, seorang pakcik (pekerja uni) dtg pagi2 dan melaungkan azan dalam bilik itu. Katanya bilik itu 'panas', dapat rasa ada 'penghuni' di situ. Melalui pakcik itu aku dapat berita ada 2 orang yg dah 'terkena' minggu lepas. Benar atau tidak, wallahualam. Aku sendiri tak pasti sebab aku pun baru terima berita itu.

Dan nak lagi best lagi, aku selalu gunakan bilik itu utk makan2 time geng aku yg lain tgh puasa sunat. Makan sorang-sorang dalam tu. Kadang-kadang kalo nak gayut dgn abang pun selalu lepak dlm bilik tu. Lebih privasi. Huhuhuhu... Tak sangka la pulak rupanya ada 'teman' kat dalam tu.

Sepanjang kami di makmal itu, Alhamdulillah tiada perkara yg tak diingini berlaku. Tak diganggu. Mereka juga makhluk ALLAH. Kami tak ganggu mereka, moga mereka tak ganggu kami juga. Moga kami dapat teruskan kerja dengan tenang, tanpa gangguan. InsyaALLAH..

January 12, 2010

Tanggal Keramat!

Assalamualaikum pembuka bicara.......
Rabiatul Adawiyah pelangiku.....
11 Januari = 11/1
12 Januari = 12/1

Pada tahun ini, tanggal 11/1/10 yang lalu, hujan sudah lama berhenti. Pelangi muncul diikuti terbitnya Matahari. Setahun sudah hujan berhenti, Pelangi dan Matahari bersatu. Pelangi dan Matahari saling memerlukan. Memang benar dan memang tidak dapat dinafikan. Biarkan hujan berlalu, dan berteduh dahulu di bangsal. Sama-sama melihat pelangi di hujung dunia jikalau tertipu dengan bohongan mata. Mata akan silau akhirnya setelah Matahari tiba. Aku ingin menjadi Matahari. Aku perlukan Pelangi. Siapa gerangan yang sudi menjadi pelangi? Aku tahu sudah ada yang berkenan di hati. Dan aku sudah tawarkan cinta Matahari. Ada yang menyapa dan sudi menerima.

Ayat Matahari terhenti di sini..mungkin ada sambungannya.. Terhenti di sini berasbab.. Hujan turun membasahi bumi kamarku. Jadi, Matahari perlu menyorok dan akan muncul semula selepas Hujan pergi dan awan mendung beralih.

Ok. Mukadimah dah abis. Tanggal keramat iaitu pada 11 Januari lalu, sudah setahun aku, Mohd Haniff bin Hamid berkenalan, menyayangi, berkongsi suka duka dan menjalani hidup berteman dengan kekasih hati aku, Rabiatul Adawiyah bte Mohd Hairuni. Aku amat menyayanginya walaupun aku sedar rasa sayang aku kepadanya tidak melebihi rasa sayang aku kepada Allah dan Nabi Muhammad. Tapi bagi aku, rasa sayang aku kepadanya sudah mencukupi sebagai sayang kepada sesama insan. Aku hanya insan biasa yang menumpang kasih dan sayang seorang insan.

Perlu aku nyatakan disini, aku perlukan seorang isteri yang betul-betul menyayangiku, yang faham kehendak diri ini, yang sanggup taat kepadaku, yang setia kepadaku, yang boleh beragama bersama dengan diriku, yang boleh menjaga anak-anakku kelak, yang boleh menjaga hati kedua ibu-bapaku, yang sanggup menghabiskan masa di dunia ini bersamaku, dan yang cinta kepadaku serta cinta kepada Allah. Hidup adalah garis tanpa jangkaan. Aku selesa denganmu. Aku perlukan dirimu. Aku berharap agar hubungan cinta sesama manusia yang melanda diriku ini kekal selamanya jika mendapat Redha-Nya.

Tanggal 12 Januari pada tahun ini, kekasih yang berjaya mendapat tempat di dalam hatiku ini, Rabiatul Adawiyah telah hidup selama 25 tahun. Aku tau banyak pengalaman sama ada suka, duka dan yang paling penting Allah telah menentukan dia pada hari ini telah berumur 25 tahun. 25 tahun sudah dia berlakon di muka bumi ini. Dia seorang yang tabah. Sebab itu, dia masih lagi berdiri dan mampu tersenyum sehingga saat ini. Empunya diri yang pada senja ini menekan butang papan kekunci ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun kepada Rabiatul Adawiyah Hairuni. Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya hidup di dunia dan di akhirat.

Abg sayang Adawiyah. Abg perlukan Adawiyah juga. Abg lebih suka berealiti berbanding fantasi. Abg harap sayang memahami kehendak diri ini sebenar-benarnya. Terima kasih untuk segalanya begitu juga memohon kemaafan untuk segalanya. Abg sayang dan cinta kepada Rabiatul Adawiyah dan berharap cinta kita kekal selamanya. Insya-Allah.

Akhir kalam, maafkan diri ini jika khilaf yang ada mengatasi kelemahan diri ini.

Assalamualaikum...

.::Biar Tua Asalkan Cute::.


Today is an Oh-Happy-Day for me since it is my 25th birthday..

Sangat happy hari ni. Keje lab baru halfway siap, but we went to Seksyen 14 and celebrated a herpes simplex simple celebration for my birthday. Geng Sedut, Fifi, Nora & Kama bought me to McD, makan Chicken Prosperity Burger.. Pedas woah.. Tak tahan tekak ni. Pasni takleh makan dah.. Tak tertelan. Hehe. Tak dapat nak share pics since its still with Fifi. Guna camera mahal dia tadi..

Then balik semula kat lab.  Found a plastic bag with four slices of Secret Recipe plus a note inside. Chocolate Indulgence!!! Thanks a lot Adam & Kak Ezma (my labmates) coz belikan kek yg extra sedap for my birthday.. Heee..


Thanks to Adam & Kak Ezma


Makan. Makan. Makan. Banyak-banyak. Tambah kalori. Hehe.

Thanks a lot for all the birthday wishes from my friends. Received SMS  and wishes on my Facebook wall, on my Friendster wall, and from bloggers in my shoutmix box, and also my previous entry comments. Thanks a lot for all those sweet wishes guys. Appreciate them a lot..! I'm officially 25. Thank you.

p/s: biar tua asalkan cute! hehe.

.::Its My Birthday!!::.

Alhamdulillah. Allah panjangkan umurku. Sambut tahun Jubli Perak hari ni. Hehe. Si kecik ni dah 25 tahun. Tua dah.. Harapan utk diri sendiri, berusaha utk menjadi lebih matang sematang usia. InsyaAllah.

Tanggal 12 Januari 1985, jam 6.56 pagi, lahirlah aku yg diberi nama Rabiatul Adawiyah. Buat mama yg paling Ada sayang, terima kasih kerana melahirkan.  Terima kasih kerana mengasuh.  Terima kasih kerana mendidik.  Terima kasih kerana kasih sayang yg telah mama curahkan dari dalam perut sampai la 25 tahun Ada teruskan perjalanan hidup.

Jasa mama & abah tak akan dapat Ada balas sampai bila-bila. Ada janji akan berusaha bersungguh-sungguh. I'll make both of you proud!



For your love, for your care, thanks a lot mama!
Terima kasih kerana melahirkan. Terima kasih atas segalanya.

January 11, 2010

.:: AdaNiff : Its Been A Year =) ::.

Adeh laaaa.. Wifi sgt slow.. Menyampah tong sampah, mengade taik kude betol..
Tapi aku tetap juga berusaha menghapdate sempena 11 Januari ni.. This is a quick entry so InsyaAllah nanti edit balik.

Yup.. We have been together for a year today! Alhamdulillah.. Kitorang terpaksa celebrate awal coz 11 Januari (our anniversary) and 12 Januari (my birthday) are on weekdays. Hehe. Celebrate dua special events in my life! Kitorang celebrate bese-bese je, doing things macam dating selalu tu.. Bowling, wayang, & makan-makan. Tapi seriously kali ni aku makan sangat banyak. Wendy's, Secret Recipe, laksa, nasi goreng. Muahaha.. Makan makan makan sampai gomop!

Aku sgt happy dgn dia. Ramai org cakap chenta aku ni chenta gila, because of our age difference. He is 19 while me, I will turn 25 tomorrow.. Tapi, peduli ape org nak kata. Age is just a number. Yg penting, aku cukup bahagia. He completes me. He will always be there by my side, susah senang selama setahun ni dah membuktikan semuanya. Aku bahagia. Aku cukup bahagia.

To my dear Haniff, thanks a lot coz you are always there for me. Thanks a lot for everything that you have done for me. Thanks a lot for your love. Thanks a lot for your care. I will always remember your words 'hidup ialah garisan tanpa jangkaan'.  Kita tak tahu apa yang DIA dah janjikan utk kita utk masa depan, tapi sayang sentiasa doakan yg terbaik buat kita. Terima kasih kerana sudi hadir dlm hidup sayang. Terima kasih kerana sudi jadi matahari sayang.


Kau matahariku. Aku pelangi chentamu.
I love u damn much. Muahhh!

Oh.. Lagi beberapa jam aku bakal menyambut hari lahir ke-25. Haaaa.. Dah tua. Entry birthday insyaAllah aku update esok saje lah..

January 08, 2010

.::Suami Setuju::.

Sepasang suami isteri tidak pernah sependapat dalam banyak hal.  Si isteri selalu merungut kpd si suami krn si suami tidak pernah bersetuju dgn pendapatnya..

Isteri : Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami : Tak semua... Ada juga yg saya setuju.....

Isteri : Tidak.. Selama kita berkahwin belum pernah abang lagi abang ikut kemahuan saya.

Suami : Tentu ada...Cuma tak kena tempat....

Isteri : Cuba abang cakap, apa kemahuan saya yang abang akan ikut..

Suami : Baiklah.. Katakan ada 2 buah bilik utk menumpang tidur, setiap bilik masing-masing ada seorang lelaki & seorang perempuan. Bilik yg mana satu yg awak akan tumpang tidur?

Isteri : Dah tentu la saya masuk bilik yg ada perempuan tu.. Tak kan nak masuk bilik lelaki pulak..

Suami : Haaa.. Saya pun akan masuk bilik yg ada perempuan.. Kan saya dah setuju dgn awak ni??

Isteri : (Nada marah) Dasar lelaki!! Kalau berani buatlah.. Aku cincang lapan !@#$%^&*()_+ kau.  (maaf censored sikit)

Suami : Aiii... Bila saya setuju awak marah pulakkk......


hehe..

.::Teru Teru Bozu てるてるぼうず ::.



てるてるぼうず、てるぼうず
明日天気にしておくれ

いつかの夢の空のように
晴れたら金の鈴あげよ

てるてるぼうず、てるぼうず
明日天気にしておくれ

私の願いを聞いたなら
甘いお酒をたんと飲ましょ

てるてるぼうず、てるぼうず
明日天気にしておくれ

もしも曇って泣いてたら
そなたの首をちょんと切るぞ




January 07, 2010

.::Jadi Diri Sendiri::.

I received a text msg from a friend today,

wrote:

"Ko mmg ditakdirkan utk jadi hebat. Org hebat, mesti ramai yg dengki. Dah x lama dah. Sabar."

Tak. Aku tak hebat. Aku cuma seorang insan yg mengejar ilmu-Nya sebab aku yakin aku mampu buat walau kadang-kadang aku rasa hampir tersungkur sbb banyak sgt halangan yg terpaksa aku tempuh. Sebelah kaki dah melangkah ke depan. Aku tak nak mengaku kalah. Biar dua-dua kaki melangkah terus ke depan. Aku ada tanggungjawab. Pada mama, abah, adik-adik.

Tuhan sayang hamba-Nya, maka Dia uji dgn pelbagai ujian. Tapi Tuhan tak akan menguji kita dengan ujian yg melampaui batas keupayaan kita. Yakin itu.

*****************



Extra indie aku hari ni. Haha. Pergi kerja serba hitam. Bukan nak tunjuk 'rebel'. Tapi rasa lebih berani. Lebih yakin dgn diri sendiri.. Oh.. Mane pergi member yg hadiahkan baju Hujan ni kat aku? Lama tak contact. Bz dgn kerja mungkin.

Dah pakai lab coat, yg 'hitam' ni dah tertutup dgn 'putih'.

Hipokrit tak? Sesekali, boleh kan?

Sorry, entri mengarut. Jgn cuba faham kalo tak faham.

January 06, 2010

.::Soaking Wet!!::.

Ini cerita sambutan tahun baru yg paling menyeronokkan dalam hidup.

2nd January 2010.. Kami berbasah-basahan di Bukit Gambang Water Park. Memang dah lame nak update pasal percutian kami ni, tapi x de pics best yg sempat aku snap dr K800i aku. Over excited bermandi-manda sampai terlupa nak snap pics. Yg ade pun dlm camera Adik Su. Aku usha Friendster & Facebook dia, tapi dia pun belum update pics.

Bukit Gambang Water Park tak la sehebat Sunway Lagoon tapi mmg enjoy la. Ramai juga amik kesempatan bercuti dgn family kat sana. The best part was I went there with Haniff's family.  Abah, Mak, Kak Long, Abg Syam, Angah, Uda, Kak Teh, Adik Su, Haniff (Abg Chik) and me. 10 orang. 2 kereta.  Haniff & his family bertolak dari rumah then picked me up kat Maran, & perjalanan diteruskan ke Gambang. Dlm kul 11 pagi kitorang sampai.. Lepak dalam Water Park tu sampai petang. Around 6pm.  Sakan gile mandi, sampai pucat kuning tapak tangan. Biru kuku. Haha. Mak Haniff & his family lak mmg sporting habis. Aku n Haniff share 1 tube (pelampung 2 lubang). So, memang sakan la kami 'mandi bersama'. Hahaha..


Tangkap basah. Haha. Baru pas mandi. Makan sambil jaga handbag mak.

Then, after 6pm, kami teruskan perjalanan ke Kuantan. Nak beli barang-barang keperluan hostel utk Haniff, Kak Teh & Adik Su. Sebelum shopping, kami dinner kat Tanjung Lumpur yg memang terkenal dgn makanan laut. Mak Haniff teringin makan pari bakar, so tercapailah malam tu.  Lepas makan-makan sampai senak (Alhamdulillah..) baru la shopping.  Beli barang kat Giant smpai kul 10.30pm. Then dlm perjalanan balik, singgah beli buah tangan & keropok lekor utk mama & adik-adik kat umah.

Sampai Maran dlm kul 12 tgh malam. Letih yg amat, tapi enjoy sgt2. This is my second time meeting Haniff's family. Honestly, Haniff has a wonderful family. Mmg seronok & enjoy sgt2 dgn diorang.

p/s: Mucuk, thanks a lot coz bawak syg. It meant a lot to me.

January 05, 2010

.::JENGKELness.. I HATE::.

I know that I’m not supposed to write everything here but this is what I feel.  This is my feelings towards selfish people.  People that are full of jengkelness and have no intension to help each other.  Hey Cik. What the fish?? Who do u think u are? Dah cukup hebat ke cik? Dah besar sangat sampai kami yg kecik ni Cik tak pandang? Tak mau tolong? Cik. Kita dari akar yg sama Cik.. We are from the same root, bak kata nenek saya la.

Cik, if u don’t wanna help from the very beginning, why didn’t u tell us? Kacang putih saja la cik! Just tell us, I MALAS. Tak payah nak buat alasan, Hurmm.. Minggu ni I busy.. Next week boleh? Or Hujan lebat la dik, tak boleh nak pergi 'tempat' awak skrg.. or Hmm.. 'tempat' I jauh la dik.. Tak dapat nak gi 'tempat' awak. Or.. Hmm.. 'cokolat' u ni buat masalah. Tiap kali masuk mesti machine rosak. Agagagagaga… Berapa bakul alasan awak nak bg lg Cik..? Sebakul tak cukup, saya tambah lagi dua tiga bakul, cukup tak?

I MALAS. There. Easy. Macam yg Cik ckp tadi la. Tu pun bnyk juga alasan before ayat I MALAS tu keluar dari mulut Cik kan. CHICKEN SHIT.!!

Hey, macamana nak 1Malaysia kalau 1bangsa sendiri pun tak mau bantu?? Kacau maaa.. Kau juga datang dari bawah. Kau juga tak tahu apa-apa dulu. Kau bukan terus pandai. Kau belajar dari mula. Sama juga aku.  Atau kau lain? Kau lahir dari perut mak, kau terus berlari? Kau terus pandai baca? Terus masuk sekolah menengah? Terus buat degree? Kau sudah ada ilmu, rugikah berkongsi? Boleh demamkah kalau kamu kongsi ilmu? @ boleh keluar chicken pox pada kulit gebu kau tu ke kalau kau kongsi ilmu?

Tak faham. Bangsa sendiri la Cik. Kenapa? Cemburu? Tak boleh tgk bangsa sendiri lagi hebat? Busuk hati? Iri hati? Hasad dengki?  Yang mana kau? Tolonglah.  Ilmu yg kau ada, tak salah kau kongsi. Tambah pahala kau. Tgk sekarang? Tambah dosa aku sebab kutuk kau kaw-kaw. Kau suka? Kau ingat aku suka?  MALAS. Senang. Cakap terus kau malas. Ilmu yg aku dpt dari bangsa lain buat aku respect kat bangsa lain. Bangsa sendiri, nak minta tlg sikit pun, haaaaaaaraaaaaaaaaam mau tolong. Citttt!!! Pooooodah!!!

Tak payah 1Malaysia. 1Bangsa pun belum tentu lulus. 

.::*&$&%^ Mood::.

  1. Bibir kena gigit. Tak tau makhluk ape yg gigit. Dah 4 hari. Bengkak. Juih. Kalah Angelina Jolie. Sangat sakit & berdenyut-denyut.  Nak makan pun slow2. Nak ckp pun control2. Adeh.. Tension gini.
  2. Result labwork yg sangat tak memberangsangkan. Risau.
  3. Bila result dah tak memberangsangkan, maka sifat2 kemalasan pun datang. Malas. Sangat malas. Nak baca journals pun malas. Rase nak jerit kuat-kuat.
  4. Plan nak belajar main gitar mungkin tergendala sampai labworks & write-up siap. Lambat lagi.
  5. Our special days 11th (anniversary) & 12th (my birthday) jatuh pd weekdays.  Confirm tak dpt celebrate walaupun x plan lagi nak celebrate kat mane.
  6. Internet macam &^%$##@^%&*.  Wifi slow sebab bebudak degree dah start sem baru.  Cis! Nak download 1 lagu pun kena tunggu 3 jam. Gilo apo??
  7. Mood swings. Mood swings. Mood swings.
  8. Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

January 04, 2010

.::Wani Ardy - Askar::.

Siapakah gerangan si pemetik gitar yang mendendangkan lagu Wani Ardy - Askar ini? Sangat mengasyikkan.. Bile la agaknye dpt plucking camni eh? Huhu.. Terbaaaeeek wok!!

January 01, 2010

.::My Twenty-Ten's Resolution::.

Tepat jam 12 tengah malam tadi aku hanya mendengar dentuman fireworks dari dlm bilik.  Tahun-tahun sebelum ni pun x pernah sambut kecuali masa degree dulu. Kena dgr ceramah sebelum countdown.. So sempat tidur sebelum countdown tahun baru bermula. Haishh.. Rindu zaman muda-muda.

Ini azam tahun jubli perak aku yg dah nak masuk 25 tahun hidup.
  1. Tamatkan Masters secepat mungkin. Sebulan dua lagi. InsyaALLAH.
  2. Further PhD? Kerja? (undecided).
  3. Lebih matang dlm membuat apa saja keputusan.
  4. Melupakan tahun-tahun kesedihan. Buat apa ingat lagi? 
  5. Kawen
  6. Tak nak buat 'kepala sendiri'.
  7. Dan yang paling utama ialah ini:

p/s: Memerlukan 10 kilogram utk berat badan ideal.
Errkkk.. Sangat banyak. Mampukah?