December 16, 2010

.::Murahkan Rezeki::.

"Ya Allah, turunkanlah hidangan bagi kami dari langit sebagai keraian, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami, dan yang hidup selepas kami, serta menjadi bukti atas kekuasaan-Mu, berilah rezeki untuk kami, kerana Kau sebaik-baik pemberi rezeki.."

"Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia, dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah ia, sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, maka dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai yang Maha Mengasihi di antara yang pengasih.."  Amin.

*doa dibaca setelah selesai membaca surah Al-Waqi'ah.  Semoga ibadat kita semua diterima oleh Allah..

No comments: