April 28, 2010

.::Harta Karun Kesayangan::.

Korang mesti ade simpan barang kesayangan yg korang dah guna sekian lama & sayang sgt2 dgn barang tu kan? Hari ni aku nak tunjuk harta karun paling berharga dlm hidup aku sejak aku berumur 12 tahun. 

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kedua. Kamus skrg dah edisi ke-berapa agaknye eh? Kamus ni ialah hadiah masa aku darjah 6. Aku dapat No.1 dalam kelas. Dapat kamus ni masa majlis penyampaian hadiah kat sekolah. Aku dah 25 skrg, maknanya kamus ni dah berada dgn aku selama 13 tahun. Lame tu..

Aku dah balut kamus ni guna kertas kilat-kilat kaler merah oren mase Form 2. Mase tu isinya pun dah tercabut dari kulit. Aku pernah gam balik, tapi tercabut semula. 


Tengok ar.. dah jadi 3 bahagian. Haha. Sayang giler dgn kamus ni. Sejak aku Form 1 sampai la aku smbung masters ni, hampir setiap hari aku bawak kamus ni dlm beg study aku. Pegi library, pegi kelas aku tak pernah tinggal kamus ni.


Aku suka English Language since sekolah rendah lagi. Teacher aku garang. Miss Choo Swee Phing namenye. Rindu sangat kat teacher ni, pernah cari tapi tak jumpa. Lost contact lepas aku tamat sekolah rendah. Sejak aku blajar dgn Teacher Choo, aku memang minat English Language. 

Kenangan paling aku tak boleh lupe mase skolah dulu ialah aku satu-satunya student yg dpt A utk subjek English kat sekolah masa PMR. Abis bangge arr mase tu. Dapat jadi tokoh pelajar lagi. Heheh.  Dan mase amik result SPM, teacher yg mengajar aku datang kat aku & peluk aku kedap gile walaupun mase tu aku tak tengok result aku. Teacher bisik, "congrats, you got A1 for English.." 

Aku ingat lagi, tiap kali nak exam English Language, aku akan selak dan baca kamus ni utk dapatkan vocab baru. Macam tu la yg aku buat setiap kali nak exam. Baca kamus.

p/s: Bila pikir balik, macam pelik je. Aku suka baca kamus. Haha

3 comments:

♥ juhairah ♥ said...

hehehe.. biasa la.. kamus ni jgk yg menjadi pujaaann hati :)

Eqah Zaque Billetdoux said...

wah. kamus memang the best.
tapi spm gua tak dapat A.
Huhu

sophie said...

Haish..Klasiknye kamus..Leh masuk muzium sudah