March 05, 2010

.::Sunat Mulakan Dengan Sebelah KANAN::.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud,"Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, bersuci, dan berjalan kaki".  Apabila memakai kasut, mulakan sebelah kanan dahulu, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.  

Rasulullah SAW bersabda bermaksud. "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan. Dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut & yang terakhir menanggalkannya" riwayat Muslim.

Jelas? Pakai seluar/baju - mulakan dengan sebelah kanan. Berjalan - mulakan dengan langkah kanan. Keluar dari rumah - mulakan dengan kanan. Makan - guna tangan kanan walaupun anda kidal. 

Di negara kita, pemandu kenderaan adalah di sebelah kiri. Orang normal akan melangkah ke dalam kenderaan dengan kaki kiri dahulu. Kemudian baru kaki kanan. 

Satu peristiwa berlaku semalam. Seorang teman terlihat seorang alim menaiki kenderaan di tempat duduk pemandu. Orang alim tersebut memulakan langkah memasuki kenderaan menggunakan kaki kanan. Dapat bayangkan??

(kalau kereta anda menggunakan 'left-hand' drive, mungkin tak ada masalah memulakan langkah masuk kereta menggunakan kaki kanan).

"Kagum aku tengok orang alim tu masuk kereta langkah kaki kanan dulu," kata temanku. Aku tersenyum saja.

Hari ini, aku menceritakan kisah itu kepada teman-teman lain. Salah seorang dari temanku telah mencuba memulakan langkah menaiki kenderaan dengan kaki kanan. Ini yg beliau sampaikan kepadaku,

"Ada, saya telah mencuba masuk kereta dengan kaki kanan. Nearly twisted my waist though..Huhu.."

Hahahaha. Tergelak terbahak-bahak. Tak sangka dia mencuba juga masuk kereta dgn kaki kanan..




p/s: Islam itu mudah.. Tak perlu sukarkan yang mudah.
tapi aku respect kepada yg telah mencuba, tahniah! nothing impossible. =)

3 comments:

sukiminna said...

mgkn dia masuk dengan bahagian belakang dulu kot..macam nak duduk..tapi kaki kanan..:)

ai@reel said...

bagus info ni

tahniah

widda_me said...

cubaan yang bagus.....