March 02, 2010

.::Segalanya Hampir Tamat::.

Semalam. 1 Mac 2010. Tanggal hikmat. Semalam ialah hari terakhir kerja-kerja makmal. Alhamdulillah. Pengajian Master in Biotechnology aku di UM terchenta ni bakal tamat tak lama lagi. Aku perlu bertungkus lumus menyiapkan thesis. Akhir bulan Mac aku bakal meninggalkan kolej kediaman.. Alhamdulillah. Susah payah selama ni akhirnya bakal berakhir.. Tak sabar. Tak sabar utk berehat. Tak sabar meneruskan perjalanan hidup seterusnya. Apa yang bakal aku tempuh lepas ni?? Wallahualam.. Aku hanya merancang. DIA yg menentukan segalanya. END.

Oh.. Ye.. Dah lama aku nak luahkan ni. Mungkin ni masa terbaik.

Segalanya dah terbongkar. Bak kata orang, 'Kecilnya dunia'. Yang tak disangka akan berlaku, dah pun berlaku. Segalanya sudah jelas. Dia yang aku anggap sahabat sanggup menipu. Adakah bagi dia, ini adalah utk kebaikan & utk menjaga persahabatan..?? Tak pasti. Bila semuanya dah terbongkar, dan segala cerita lampau & cerita terbaru aku dengar dari sumber yang boleh dipercayai, aku dah tak rasa bersalah. 

Sebesar kuman pun aku langsung tak rasa bersalah.

Selama ni macam-macam andaian yg kami wat. Tapi bila semuanya terbongkar, satu je yg dapat aku simpulkan..

Penipuan... Pasti akan terbongkar.. Dan bila segalanya terbongkar, dunia akan mentertawakan kamu kerana sudah jelas.. Persahabatan ini langsung tak memberi erti pd kamu.. Berbahagialah kamu dgn penipuan. Moga kamu temui jalan utk berubah..

4 comments:

~0~ said...

fuh...tahniah...

PemburuMalam said...

Macam kenal jer orang tu.

adaNiff said...

~0~ thanks.. thesis lum siap tulis lagi. hee..

adaNiff said...

PemburuMalam.. siang pun memburu?? hehe.. kalau kenal, baguslah..
boleh jadi siapa saja.. sy x pernah mencari musuh.. saya mencari kejujuran dlm persahabatan.

and finally, i won the battle of honest and trust in friendship.