March 29, 2010

.::Peperiksaan Khas::.


Skema tak tajuk? Hehe. Gambar di atas ialah gambar yang sempat aku snap setelah aku selesai menamatkan Peperiksaan Khas Kumpulan Pengurusan & Profesional UiTM semalam. Dlm erti kata lain, exam utk pengambilan staff baru UiTM la.. Difahamkan peperiksaan ni dijalankan serentak di seluruh negara. Difahamkan juga pengambilan staff secara besar-besaran telah dilakukan sbb tahun depan sebanyak 7-9 cawangan baru UiTM bakal dibuka. Tak pastilah kebenarannya, tapi itu ura-ura yang aku dapat dari sumber yg boleh dipercayai. Staff UiTM juga.

Memandangkan alamat surat menyurat aku ialah alamat rumah aku di Maran, maka tempat exam aku ialah di UiTM Jengka. Maknanya, aku balik kampung la hujung minggu lepas. Sambil menyelam minum air. Sempat juga aku bersantai 2 hari kat kampung. 

Berbalik pasal exam. Ade banyak soalan. Kurang dari 300 soalan yg patut dijawab dalam masa dua jam setengah. Aku kantoi. 80 soalan pengetahuan am. Haha. Banyak yg aku taram.. Aku dah lama tutup buku teks Sejarah. Mane nak ingat lagi fakta-fakta penting. Mane nak ingat akta-akta dlm perundangan Malaysia. Sadis betul. Rasa macam rugi sangat tak study. Aku tengok orang lain laju je menjawab.. Huh.. 

Dan sesuatu telah berlaku pagi tu yang menyebabkan aku tak dapat tumpu langsung pada exam yg aku jawab.. 

Tak apalah. Ada rezeki, ada la. Aku cuma cuba nasib. Write up thesis aku pun belum siap lagi. Sekarang ni just amik peluang isi mana-mana peluang pekerjaan yg ada.. Mana la tau ade satu yang sangkut.

p/s: Ada siapa2 lagi yang menghadiri exam P&P ni semalam? Syok kan soalan yg diorang bagi? Hahaha..

2 comments:

Amni san said...

mmg syok giler soklan smlm...(^_~)...yg pasti byk jugak tembak...ahahha...pe2 pun gudluck utk kamo...kalo ada rezki kita kat situ, ada la tu...Amin....

adaNiff said...

haha.. Amin...
all the best to you too.