March 31, 2010

.::Good Bye Hostel Life!!!::.


BANYAKNYE...!!!

Koi dah nak pindah. Malam ni dah nak check out dari kolej.. Koi dah guna bayaran deposit sewa kolej koi sepanjang 3 bulan terakhir koi menyewa di sini (Januari - Mac). Hari ni dah  31 Mac. Maka hari ni ialah hari terakhir koi tinggal di kolej.  Lepas ni koi akan stay sekejap di Kelana Jaya, rumah makcik koi sebab koi masih perlu berulang-alik ke UM utk urusan thesis koi yg belum settle lagi (koi tensen bila sebut thesis).

THIS IS THE END OF MY COLLEGE LIFE!

Koi sangat-sangat happy nak keluar dari kolej ni. Macam-macam hal yg best & tak best yg berlaku di kolej ni akan koi kenang sampai bila-bila. Terutamanya hal RM25 minggu lepas. Koi memang tak puas hati sangat dengan pihak berkenaan.  Koi rase nak bagi makan kasut bowling saiz 3 koi je kat budak kaunter office. Tapi koi masih ada akal yg waras. 

Maka dengan ini secara rasminya koi bakal meninggalkan kolej pada malam ini. Koi nak hantar kunci bilik petang kang. Koi nak campak je kat kaunter. Boleh? Hehe. Ok ok. Koi masih ada adab. Biarlah. Mereka mau makan duit student ke, ape ke.. Kalau student berkenaan haramkan duit tu, abis la jadi darah daging. Selamat la korang semua. Hahaha.

Letih koi mengemas. Koi tak tau la muat ke tak MyVi Angah koi nak angkut semua barang ni. Sebab tu la koi nak sewa lori.. Ade lori utk disewa tak ni..??

Koi tak pasti boleh update blog ke tak lepas ni sebab koi bakal mengalami kekangan internet... Apa-apa pun.. Kawan-kawan semua, thanks for everything. Yang rajin singgah blog koi, koi appreciate sesangat.  Kawan-kawan doakanla koi sukses okey. Koi nak siapkan thesis koi secepat mungkin. Dan koi secara rasminya seorang 'JOB HUNTER' sekarang.

Doakan koi. 

No comments: