March 12, 2010

Dia Jauh Lebih Muda Dari Saya. Ada Masalah??


Hari ni nak story pasal photo di atas.  This photo was taken last Saturday kat satu lobi motel cantik bertemakan Bali kat area Keramat, KL.. (Sowwy tak ingat namenye laa). Family Haniff dari Perak & Johor stayed there for one night sebab nak attend majlis perkahwinan sepupu Haniff kat Taman Kosas. So sebelum konvoi ke sana, saudara mara yang memang stay KL semua berkumpul kat motel ni.

Unplanned plan je sebenarnya aku ikut Haniff gi kenduri ni.. Gile kau.. Jumpe saudara mara dia. Cuak mehhhh.. Ramai lak tu.. Kecut perut waa... Aku rase aku seperti orang bisu di situ. Haha. Makcik dia tanya sepatah, aku jawab sepatah la jugak.  Family Haniff jenis yg suka snap pics.. Aku rase banyak gak la pics kami malam tu kat camera diorang.. Lalala..

Malam tu around 9pm, kami pun konvoi ke rumah pengantin kat Taman Kosas. 6 buah kereta semuanya. Besar wok umoh pengantin.. Sepupu Haniff tu pengantin lelaki, umur 26.. Hensem wok.. Terbaeeekk! Hehe. Haniff jgn marah. Saye sgt suke tgk pengantin lelaki. Sangat manis orangnya. Pengantin perempuan pun cantik. Umur 31. Pengantin perempuan 5 tahun lebih tua. Dan jangan terkejutlah. Pengantin perempuan yg sangat cantik tu ialah ibu kpd 4 orang anak, bercerai mati atau hidup, wallahualam. Aku tak pasti.. See? Kalau sudah jodoh, tak kira usia, pangkat, darjat. Tuhan dah catatkan semuanya.

Ok. Dah sampai point of the story. Mungkin ramai yang tak tau Haniff is younger than me. Bukan setahun dua. Tapi lima tahun. Haniff will turn 20 this April, and I'm already 25. 

"Ko ni betul ke Ada? Budak lagi tu.. Haishh tak matang lagi tu. Muda sangat.." Haaa.. Itu la ayat yang aku dengar since aku mula couple dgn Haniff, setahun lepas. Tapi aku wat dek je. Ini yg aku pilih. Ini yg Haniff pilih. Aku gembira dgn life aku skrg. Dan aku harap Haniff pun happy dgn pilihan yg dia dah buat. Aku tak kacau life orang. So, lantak pi la apa org nak kata. Yg penting, aku happy. Pd aku, age difference tu tak penting. Kita kenal pasangan kita. Kita tahu apa yg org lain tak tahu. Salah faham tu biasalah. Adat.

Memang betul. Banyak lagi yg bakal kami tempuh masa akan dtg. Aku dah hampir tamatkan masters aku, Haniff lak baru 1st year degree. He still got another 4 years to finish his study. Maktab Perguruan lak tu. Habis degree, mungkin posting ke Sabah Sarawak. Aiyakk! Sangat banyak lagi yg bakal kami tempuh.. 

Mungkin ada suara sumbang kat belakang bercakap-cakap, aku ni main-main. I'm just fooling around. Gile ape? Aku dah 25 beb.. Kawan aku yg sebaya aku pun dah nak timang anak no-2 dah. 

Ini pilihan aku. Kau orang nak kata apa, katalah.. Apa yg aku boleh buat skrg, ialah selalu berdoa yang baik-baik saja.. Jodoh di tangan-Nya. Kawan-kawan.. Doakan yang terbaik utk kami.. Bak kata Haniff, kita tak tahu apa yg bakal jadi pd masa dpn, tapi kt sentiasa mengharapkan yg terbaik.

Aku percaya kamu.. Melebihi apa yang orang katakan kepadaku
Aku percaya kamu.. Tak peduli apa yang orang katakan tentang kamu
Yang ku tahu.. Kau selalu sejukkan hatiku
Yang ku tahu.. Kau selalu ada di saat ku membutuhkanmu
Kau selalu ada.. Di saat ku rapuh..

Aku percaya kamu.. Hidup ini takkan bererti tanpa kau di sisiku
Aku percaya kamu.. Kau takkan pernah berhenti tuk selalu mencintaiku

10 comments:

[z@ck] said...

betul..
age is just a number..
yg penting persefahaman antara dua2 pihak..

psst..kahwin nnt jgn lupa ajak aku..

FarhanaDr said...

Heehee.. Suka laa baca cerita ni.. Ngeee.. Betul tu.. Usia hanya satu angka saja.. Asalkan bahagia.. Tu paling penting.. :)

irahehe said...

skang org da xkesh pmpuan lgi tua dri laki pon..oke ape..moga kekal smpai bile2..hehe..

adaNiff said...

thanks guys.. :)

adaNiff said...

thanks guys.. :)

Ery Farieha said...

seriusly?
sbb die x nmpk cm muda sgt
nmpk sebaye je korg
hehehe
takpe2. janji ade kesefahaman :)

adaNiff said...

hehe, nak kata dia nmpak tua atau sy nmpak mude ni? hahaha..

intan izani said...

ingat die yg lagi tua dari awak
takpe lah 5 tahun muda
yg penting bahagia
lambat la nak tunggu die habis study eh

ber_u_wang said...

umur adalah angka semata.. matang dan bijak membuat keputusan adalah yang terbaik..

kalau memang dia jodoh anda semoga berbahagia..

adaNiff said...

thanks :)