March 25, 2010

CONTEST: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Ini ialah contest dari blog Diari Seorang Lelaki. Ramai sangat dah mencuba nasib.. Aku nak tambahkan kemeriahan contest ni juga. Hehe..


Apa saya nak buat kalau diberi RM100? Pertamanya.. Mesti la sebut Alhamdulillah... Rezeki tu.. Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah bloggers mungkin pada jawapan contest kot? Huhu..

Ok. Tak berniat utk tulis panjang-panjang. So straight to the point je la. Apa saya akan buat kalau diberi RM100? Saya mahu beli GITAR.. Ye betul. GITAR. Mungkin ramai juga yg tahu, memiliki gitar ialah impian saya yg sampai sekarang masih belum tercapai.

Mahu bukti? Boleh baca di ->SINI<-, ->SINI<-, ->SINI<-, ->SINI<-, ->SINI<-,dan ini bukti impianku, di ->SINI<-. Huhu.. Baru perasan ada 6 entries saya sebut pasal gitar. Tapi sampai skrg masih belum ada rezeki.

Oh ye. saya dah usha gitar di Bangi. Kali pertama dulu, harganya RM89.90. Warna purple. Cantik sangat. Sebulan lepas tu, dah naik harga. RM99.90.  Ngam-ngam ho je la kalau dapat RM100. Baki 10sen boleh tampal dalam 'Diari Seorang Gadis' saya. Huhu. Buat kenangan baki kemenangan.

Bila gunakan RM100 yg saya dapat tu utk beli gitar, sekurang-kurangnya saya dapat memiliki sesuatu yg 'nampak'. Esok-esok bila dah tua (kalau panjang umur la) tangan dah ketar-ketar, nak angkat gitar pun dah gigil-gigil, bila nampak gitar tu, akan terdetik di hati... 

"Oh, gitar ni aku dapat hasil dari aku tulis blog. Hasil jawab contest..."
Terlalu berharap untuk memilikimu...
(ini gitar pinjam)

Sekian, terima kasih.

10 comments:

Lelaki Ini said...

aiseh bro..mau gitar ke..?

tQ for joining & good luck ;D

adaNiff said...

huhu.. ok. :)

Sky0ne said...

huuuu gitar...aku ni dok berhajat lama dah nak blaja main gitar, tapi bile dah malas thap tinggi mcm KLCC, last-last semua ke laut...hahah

hans said...

huhuhuhu
gudluck

Rash said...

terrer main gitar ek?
gudluck yer ada ^^

adaNiff said...

sky0ne. tak reti pun. baru nak belajar. tak mau ke laut sama dgn ko. nak blaja sunggoh2. hehe.

adaNiff said...

hans. thanks. :)

adaNiff said...

hehe tak reti pun Rash. tapi nak sgt belajar. thanks :)

anaiha yusof said...

salam,
boleh saya tanye kat mane nka cari gitar around rm100 nak sangat beli-_________-(muke mengharap)
boleh tolong saya,daa puas saya cari ;(

adaNiff said...

salam..

Try cari kat mall Warta, kat Bangi.. Ade satu kedai gitar, paling murah mmg below RM100... sy sendiri pun still x dpt gitar smpai skang,. huhu...