February 22, 2010

.::Siapa Kata Bercinta Itu Indah Belaka???::.

Ohoiiii... Sudah sekian lama tak mengupdate blog secara serius.. Busy benar dgn kehidupan seharian.. Ditambah pula dengan wifi UM dengan tahap lembab ala-ala kongkang berguling-guling di atas dahanan pepohon yg rendang.. Makin tak de mood la nak mengupdate.. Blog kawan-kawan pun dah lama tak dijenguk. Entah bila la dapat catch up balik.. Nuffnang pun tak naik-naik. Hoho. Aku dah jatuh miskin balik.

Kpd kawan-kawan blogger yg rase aku dah lame tak jenguk blog korang or yg rase aku dah lame menghilang (ceh, perasan..). Aku kini dalam proses terakhir utk menamatkan labwork. Then skrg tgh rajin mencari bahan & menulis utk thesis. Haha. Tak sangka. Adawiyah rajin gile. Gile pun tak serajin Adawiyah. Ape-apepun, aim aku, tamatkan kerja lab sebelum akhir bulan 3. Then slow2 dapat tulis thesis. Tak nak serabut-serabut sangat. Slow & steady je. 

Oh satu lagi perkembangan terbaru, Geng Sedut dah memulakan bisnes online sejak 8 Februari lalu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kawan-kawan jemputlah jenguk ke blogshop baru kami. Usha-usha yg mane berkenan boleh la order.. Jemput la ke blogshop baru kami. Support kawan-kawan k.. Nanti InsyaAllah aku wat entry khas utk blogshop kami ni..Boleh klik link di bawah.


Hoho.. Berkaitan dgn tajuk entry kali ni.. Siapa kata bercinta itu indah?? Bercinta itu memang indah. 

Bercinta dgn Tuhan, insyaAllah dipermudahkan setiap urusan. Bercinta dgn keluarga, insyaAllah dimurahkan rezeki & beroleh kebahagiaan. Bercinta dgn ilmu, insyaAllah ilmu akan membimbing kita kelak. 

Bercinta dgn insan?? Memang ada turun naik. Selisih faham sana sini. Tapi alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan. Perlulah rajin berbincang & cari jalan penyelesaian. Baru la harmoni rumahtangga hubungan pasangan berchenta itu..

Matahariku..

HAPPY BLOGGING GUYS...!!

No comments: