January 12, 2010

Tanggal Keramat!

Assalamualaikum pembuka bicara.......
Rabiatul Adawiyah pelangiku.....
11 Januari = 11/1
12 Januari = 12/1

Pada tahun ini, tanggal 11/1/10 yang lalu, hujan sudah lama berhenti. Pelangi muncul diikuti terbitnya Matahari. Setahun sudah hujan berhenti, Pelangi dan Matahari bersatu. Pelangi dan Matahari saling memerlukan. Memang benar dan memang tidak dapat dinafikan. Biarkan hujan berlalu, dan berteduh dahulu di bangsal. Sama-sama melihat pelangi di hujung dunia jikalau tertipu dengan bohongan mata. Mata akan silau akhirnya setelah Matahari tiba. Aku ingin menjadi Matahari. Aku perlukan Pelangi. Siapa gerangan yang sudi menjadi pelangi? Aku tahu sudah ada yang berkenan di hati. Dan aku sudah tawarkan cinta Matahari. Ada yang menyapa dan sudi menerima.

Ayat Matahari terhenti di sini..mungkin ada sambungannya.. Terhenti di sini berasbab.. Hujan turun membasahi bumi kamarku. Jadi, Matahari perlu menyorok dan akan muncul semula selepas Hujan pergi dan awan mendung beralih.

Ok. Mukadimah dah abis. Tanggal keramat iaitu pada 11 Januari lalu, sudah setahun aku, Mohd Haniff bin Hamid berkenalan, menyayangi, berkongsi suka duka dan menjalani hidup berteman dengan kekasih hati aku, Rabiatul Adawiyah bte Mohd Hairuni. Aku amat menyayanginya walaupun aku sedar rasa sayang aku kepadanya tidak melebihi rasa sayang aku kepada Allah dan Nabi Muhammad. Tapi bagi aku, rasa sayang aku kepadanya sudah mencukupi sebagai sayang kepada sesama insan. Aku hanya insan biasa yang menumpang kasih dan sayang seorang insan.

Perlu aku nyatakan disini, aku perlukan seorang isteri yang betul-betul menyayangiku, yang faham kehendak diri ini, yang sanggup taat kepadaku, yang setia kepadaku, yang boleh beragama bersama dengan diriku, yang boleh menjaga anak-anakku kelak, yang boleh menjaga hati kedua ibu-bapaku, yang sanggup menghabiskan masa di dunia ini bersamaku, dan yang cinta kepadaku serta cinta kepada Allah. Hidup adalah garis tanpa jangkaan. Aku selesa denganmu. Aku perlukan dirimu. Aku berharap agar hubungan cinta sesama manusia yang melanda diriku ini kekal selamanya jika mendapat Redha-Nya.

Tanggal 12 Januari pada tahun ini, kekasih yang berjaya mendapat tempat di dalam hatiku ini, Rabiatul Adawiyah telah hidup selama 25 tahun. Aku tau banyak pengalaman sama ada suka, duka dan yang paling penting Allah telah menentukan dia pada hari ini telah berumur 25 tahun. 25 tahun sudah dia berlakon di muka bumi ini. Dia seorang yang tabah. Sebab itu, dia masih lagi berdiri dan mampu tersenyum sehingga saat ini. Empunya diri yang pada senja ini menekan butang papan kekunci ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun kepada Rabiatul Adawiyah Hairuni. Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya hidup di dunia dan di akhirat.

Abg sayang Adawiyah. Abg perlukan Adawiyah juga. Abg lebih suka berealiti berbanding fantasi. Abg harap sayang memahami kehendak diri ini sebenar-benarnya. Terima kasih untuk segalanya begitu juga memohon kemaafan untuk segalanya. Abg sayang dan cinta kepada Rabiatul Adawiyah dan berharap cinta kita kekal selamanya. Insya-Allah.

Akhir kalam, maafkan diri ini jika khilaf yang ada mengatasi kelemahan diri ini.

Assalamualaikum...

1 comment:

Syahrul Iman said...

hepi annivesary n semoga berkekalan spnjg hayat..amin