January 14, 2010

.::Makmal itu 'Berpenghuni'::.

Huuuuuuuuuu~~~~~~ (sound effect)

Dah lebih satu semester kami menjalankan kerja-kerja di makmal itu. Situ la tempat kerja. Tempat gelak. Tempat tension. Tempat jerit. Tempat nangis. Tempat sedih. Tempat mengumpat. Tempat mengutuk. Tempat makan. Tempat lelap. Pernah wat kerja sampai malam. Pernah tidur dlm makmal itu..

Makmal itu sebenarnya dah lama tak digunakan. Jadi our Big Boss ambil peluang utk 'invade' makmal itu dan kami gunakan utk menjalankan kerja-kerja disertasi yg InsyaALLAH bakal berakhir tidak lama lagi.  Memang excited lebih la kami masa mula-mula masuk dulu. Sebab dapat makmal dlm bangunan baru.

Beberapa hari lepas aku baru dapat tau 1 berita dari senior, yg sebenarnya ada satu bilik dalam makmal itu 'berpenghuni'.  Walaweyh! Apekah?  Menurut senior tu, diorang tak nak share cerita dgn kitorang sbb risau kitorang takut. Itulah sebabnya tak ada siapa yg berani gunakan makmal itu sebelum kami.

Selasa lepas, seorang pakcik (pekerja uni) dtg pagi2 dan melaungkan azan dalam bilik itu. Katanya bilik itu 'panas', dapat rasa ada 'penghuni' di situ. Melalui pakcik itu aku dapat berita ada 2 orang yg dah 'terkena' minggu lepas. Benar atau tidak, wallahualam. Aku sendiri tak pasti sebab aku pun baru terima berita itu.

Dan nak lagi best lagi, aku selalu gunakan bilik itu utk makan2 time geng aku yg lain tgh puasa sunat. Makan sorang-sorang dalam tu. Kadang-kadang kalo nak gayut dgn abang pun selalu lepak dlm bilik tu. Lebih privasi. Huhuhuhu... Tak sangka la pulak rupanya ada 'teman' kat dalam tu.

Sepanjang kami di makmal itu, Alhamdulillah tiada perkara yg tak diingini berlaku. Tak diganggu. Mereka juga makhluk ALLAH. Kami tak ganggu mereka, moga mereka tak ganggu kami juga. Moga kami dapat teruskan kerja dengan tenang, tanpa gangguan. InsyaALLAH..

6 comments:

rash said...

alamak seramnye wlupun xpenah kena lg..
mesti ada wish xpenah dgr cite2 diorg kn..
kt opis pn ade gak cite2 panas cmnih.. bile kena stay smpi lewat meremang je rs bile teringat cite opismate.. huhuhu

izzahfarhana said...

uwaa lebih baik tatau

sukiminna said...

hoho..aku selalu lepak ngan member aku kat lab smpi pagi siap tdo2 atas meja lab..tapi alhamdulillah tadek lagi kena kaco.

tapi mmg kat lab sblh tu penah ade cleaner mati jatuh bangunan time cuci tingkap..hu~.so klu ade bunyi ketukan kat tingkap tu..ktorang wat bodo jek ar..tak tegur

sukiprattle.com

kawie2020 said...

hehehhehehe.. tapi kene ingat gak.. mereka pun makhluk allah gak.. mereka juga nakal cam manusia... hehehhehehehe....

p/s: takut x? hehehehhehehe

hans said...

nasib ko xkena histeria
hahaha

Fikri said...

kenape lelaki takde yg histeria ek?