January 25, 2010

.::Oh Cik Adawiyah::.


Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu...

Cik Adawiyah sangat sibuk sekarang.
Cik Adawiyah sangat letih sekarang.
Cik Adawiyah sangat kalut sekarang.
Cik Adawiyah mempunyai lebam di bawah mata sekarang,
seperti seekor panda.

Cik Adawiyah menghabiskan hujung minggu di makmal.
Cik Adawiyah bekerja tujuh hari seminggu.
Cik Adawiyah bekerja purata sehingga jam 10 malam setiap hari.
Cik Adawiyah sudah tak tahu apa yg terjadi di dunia luar.

Cik Adawiyah sedang mengharapkan keajaiban berlaku.
Cik Adawiyah sedang menjerit di dalam hati.
'KEMBALIKAN HIDUP SAYA..!!'

Nasib baik ada mama, abah & keluarga.
Nasib baik ada Haniff.
Nasib baik ada kawan-kawan.

Cik Adawiyah,
Bersabarlah.
Tak lama lagi Cik Adawiyah akan tamatkan semua ini.
Biar susah dulu..
Nanti senang kemudian.

Doakan Cik Adawiyah dapat selesaikan semua kerja
dengan tenang.

Amin.

p/s: esok pagi-pagi kena prepare hantar result utk analisis MALDI-TOF.
Mengharapkan keajaiban berlaku. 

9 comments:

wachak said...

Pelan-pelan kayuh. Nikmati aper yg ada lalui sekarang. Jadikan ia sebuah kenangan indah yang akan di imbau kembali bila dah berjaya nanti. Tak pun boleh lah layan kenangan tu sorang2 bila dah melangkaui usia dewasa. Ingatlah kata2 wa ni kerana wa telah laluinyer. .. sob sob sob

adaNiff said...

thanks bro chak.. msti akan dikenang semua ni nanti, tapi tang nak menghadapi ms skrg sgtlah seksaaaa...

doakan yg baik2 aje =)

DaHLia said...

PANDA eye?? hoh..terasa ahkak ni... ^_^

sukiminna said...

gudluk bro..aku pun da start kena lalui nih..huk2..

ai@reel said...

insyallah akan selesainya semuanya.sabar dan mohon padanya insyallah

adaNiff said...

dahlia.. huhu. lebam mata ni dah mcm mak panda dah..

adaNiff said...

suki.. huuuu.. seksaaaaaa..

adaNiff said...

thanks ai@reel.. :)

[z@ck] said...

go cik adawiah!
=)