January 21, 2010

.::BOTAK::.

Doktor, kenapa doktor botak? Sebab genetik ke? Wah..! Straight forward sungguh soalan tu. Kalau saya yg jadi doktor, mau saya sekeh kepala si tukang tanya bertubi-tubi, laju-laju tanpa henti. Tapi doktor itu dengan cool terus membuka cerita. Kami mendengar dgn sangat kusyuk.

Alkisah bermula sejak doktor kecil. Doktor mempunyai penyakit yg pelik di mana pd masa2 tertentu, tapak kakinya akan merekah, pecah-pecah, luka & mengalami kesukaran utk berjalan. "Itu satu kelebihan buat saya, sebab di asrama saya tak perlu lakukan banyak aktiviti sebab senior tau kaki saya sakit. Hahaha", kata doktor sambil ketawa. Kami pun ketawa juga.

Doktor menyambung cerita. "Suatu hari ada rombongan ke Cameron Highlands. Kami memanjat bukit, diketuai oleh orang Asli di sana. Kaki saya sakit, jadi saya berjalan paling belakang. Orang lain dah nak sampai puncak, saya masih di bawah. Tiba-tiba, dari bawah, saya ternampak sekumpulan lebah terbang. Saya sempat mendengar dari atas bukit, LARI..! LARI..! Jadi saya yang di bawah terus berlari sebab terlalu gabra, padahal jeritan itu sebenarnya menyebut JANGAN LARI..! Malang sungguh nasib saya, disengat oleh berpuluh-puluh ekor lebah bukit. Saya dimasukkan ke hospital. Kalau lambat sikit, tentu saya dah k.o."

"Selepas sekolah menengah, saya mendapat tawaran ke Australia. Saya belajar di sana. Suatu hari, saya ke kedai buku. Kaki saya melangkah ke arah rak buku, dan terus mencapai sebuah buku. Saya menyelak buku itu pada satu mukasurat dan saya sangat terperanjat krn pada mukasurat itu, ada menerangkan tentang penyakit kaki seperti yang saya alami. Di situ tercatat bahawa untuk menyembuhkan penyakit luka di tapak kaki, ubat yg paling mujarab ialah sengatan lebah!! Alangkah terperanjatnya saya."

"Perkara itu membuatkan saya mengimbau kisah saya disengat lebah bukit di Cameron Highlands. Benarlah. Kaki saya sembuh sepenuhnya selepas disengat lebah."

"Saya menyambung pembacaan.. Penyakit kaki akan sembuh dengan sengatan lebah, tetapi kesan sampingannya, pesakit akan menjadi BOTAK."

"Dah terjawab soalan kamu? Sebab itulah saya BOTAK. Menarik bukan? Saya ingat nak kaji tentang lebah. Tapi masih belum ada kesempatan."

p/s: ini ialah kisah benar yg diceritakan oleh Big Boss kami yg mengalami sendiri peristiwa di atas. Sangat menarik. Kami terkedu seketika. 

No comments: