December 31, 2009

.::Contest : Foto Chinta Suci::.

Motif : Penyertaan last minute untuk
Contest Foto Chinta Suci anjuran Firdhaikal Chinta Illahi.
Tak sempat nak edit. So, pilih satu pic ni je.
So, kalo kalah, AdaNiff tak kesah. Hehe.


















Sepatutnye kena quote 'We LOVE KLCC' kot. Huhuhu..

p/s: sesi mengundi pemenang akan bermula jam 12.01 pagi, 1 Januari 2010.

*sudi-sudikanlah ke blog Firdaushaikal Chinta Illahi utk mengundi bermula esok k.

p/s: kalau tak nak undi kami, undi lah KLCC.  
Diorang pun couple gak.  Ngehehe..

HAPPY NEW YEAR..!!!

.::Mamak Mamak Mamak::.

Last night dapat call from my sister. Cam bese la, kalo Kak Ayu call mesti dia pass phone kat anak dia. Nak menyembang dgn mak saudara kesayangan dia yg paling comel ni. Ekeke.. Masalah utama bila bercakap dgn anak saudara aku ni ialah dia sangat pelat sehingga butir-butir percakapannya sangat tak difahami.  Kadang-kadang ibu & ayah dia pun x faham ape yg dia nak sampaikan. Kadang-kadang Hazmi sendiri menangis bila orang tak faham dia nak cakap ape. Kesian.

Lately, Hazmi dah boleh bercakap dgn jelas. So dah boleh faham ape yg dia sampaikan & ape permintaan dia.  Mase dia menyembang dgn aku semalam, banyak jugak la yg aku faham. Sampai la perkataan terakhir dia wat aku gelak.

Hazmi : Ello, Cik Ada
Hazmi : Talamekom (Assalamualaikum)
Cik Ada :  Hello Mi.. Waalaikumussalam.. (dlm hati : hebat bercakap dah budak ni) 
Hazmi : Ni abang ni.. (dah mengaku diri diri dia abang sejak dia dapat adik baru)
Cik Ada :  Ooo abang.. Abang buat ape?
Hazmi : Abang.. Abang.. Abang... Tinuk tuwi. (hahahaha, macam tenuk bunyiknye)
Cik Ada : Oooo tengok tv..
Hazmi : Abang demam..
Cik Ada : Demam? Abang makan ubat tak?
Hazmi : Indu (dengar ibu dia yg ajar dia ckp kat belakang)
Cik Ada : Rindu? Abang demam rindu.. Ooo rindu kat Cik Ada ke?
Hazmi : Haaaa.. Indu.

Ye Muhammad Zal Hazmi.. Tahniah kau buat Cik Ada rase terharu & mata Cik Ada berkaca.  Rindu kat Hazmi jugak ohhhh.. Ok sambung.

Cik Ada : Aiman mane? Aiman buat ape? (Aiman ialah adik baru Hazmi)
Hazmi : Aiman mamak.
Cik Ada : Ha? Ape?
Hazmi : Aiman mamak. Maaaaamak. (dia slowkan sebutan mamak tu)
Cik Ada : Aiman mamak?
Hazmi : Haaa.. Aiman mamak.
Cik Ada : (serius tak faham dia sebut ape). Hazmi, nak cakap dgn ibu.
Hazmi : (pass hp kat ibu dia). Ibu, Cik Ada ni..

My sis : Haishh ko ni. Aiman kat rumah Mak laaaa.. (Mak tu pengasuh Aiman)
Cik Ada : Oooooo.. Hahahahaha.. Tak faham dia sebut AIMAN MAMAK. AIMAN MAMAK je.

My sis & me gelak tak abis. Hahaha.



Cik Ada & Zal Hazmi @ Langkawi. Miss u a lot boy!

p/s : ilmu pelat utk hari terakhir 2009. Mamak = Rumah mak. Hehe.
p/s : aku nak balik Mamak esok. hoorahhh!!!

December 30, 2009

.::01.01.2010::.

Short entry before going to the lab.. Hari ni bnyk keje kat lab.. Confirm balik petang/malam..

Tengah excited giler ni sbb nak balik kampung. Awal pagi semalam dah beli tiket kat Pekeliling so aku lambat pegi lab, dlm kul 11 lebih. Risau bukan main..Tapi rupe-rupenye Geng Sedut yg lain pun datang lambat. Muahahaha..

Korang dah ade perancangan cuti 1 Januari nanti?? Aku akan smbut tahun baru dgn family kat kampung.. Tak sabar ohh.. Rindu mama, rindu abah.. Rindu atok, rindu nenek.. (atok n nenek duk sebelah umah kitorang je).. Balik kampung... OoooOOoo balik kampung...



Aku dewasa ke? Patutnye minta tiket kanak-kanak neh.. Hehehe.
Ni baru halfway.. Lagi halfway naik bas lompat-lompat.

p/s: 2010: Tahun Jubli Perak ku.. (lg 2 minggu ni genap la aku 25 tahun). Tuaaaaa ohhhh...
p/s lagi : tak sabar nk jumpe Haniff jugak. hehe. hopefully plan hujung minggu ni menjadi. Aminn...

December 29, 2009

.::Cashout My Earnings::.

*Post ini adalah untuk memberi semangat kepada Nuffnangers baru seperti aku*

Tanggal 29 Disember jam 1.11pagi (jam kat lappy) aku dengan rasa excited telah mengklik butang Cash Out My Earnings untuk pertama kali! Dan beberapa minit selepas itu pihak Nuffnang telah menghantar email: Cashout Payment Notice & menerangkan serba sedikit tentang proses pembayaran. (Nuffnang sangat pantas!)

Genap 2 bulan aku join Nuffnang & atas usaha klik2 rakan2 Nuffclickers, maka inilah hasilnya..



Ye, ini bukanlah banyak. Campaign yg aku dapat pun bukanlah buffered campaign. Just campaign bese & mengharapkan Nuffwalking ke blog kawan-kawan.. Orang lain mesti dapat lagi bnyk kan? Aku rasa memang patut kongsi info ni sebab tanpa korang, mustahil earnings Nuffnang aku naik purata RM20 seminggu..

Plan setelah mendapat bayaran? Aku nak beli something yg 'nampak' & boleh guna 'lama'.  Hehe.. Nak beli GITAR & jeans ROMP.  Gitar Kapok utk beginners cam aku, boleh dpt dgn harga RM90-RM100. Jeans ROMP, dah usha.. Around RM80.. So cukuplah guna duit first time cashout ni nanti.. Tapi kena tunggu lebih kurang sebulan lagilah.. Sabar sabar.. Hehe.

THANKS A LOT TO THE NUFFCLICKERS..!


December 28, 2009

.::Salah Selipar La Toncet::.




Suatu petang yg indah, Pak Kob Botak bersama anaknya Atan Toncet berjalan-jalan menghirup udara segar.  Belum berapa jauh berjalan, Pak Kob Botak baru sedar yg selipar yg dipakainya berlainan warna. Yang kanan merah, dan yang kiri biru.

Kerana malas utk kembali ke rumah, Pak Kob Botak menyuruh anaknya Atan Toncet pulang dan mengambil selipar yg sama padanannya, sementara Pak Kob Botak menunggu di bawah pohon yg rendang.

"My dear son Toncet, can u bring the right combination of slippers for me?" asked Pak Kob Botak.

"Wokey papa.. Right away..!" replied Atan Toncet.

Setelah beberapa lama, Atan Toncet kembali dgn tangan kosong.

"Kenapa kamu tak bawa seliparnya Toncet??" tanya Pak Kob Botak.

"Sia-sia je pak.. Selipar yg di rumah juga berlainan warna..." balas Atan Toncet selamba.


Hehe.

December 27, 2009

.::Mimpi Si Isteri::.

Watak : Suami & Isteri

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, si isteri berkata kepada suaminya,

Abang, malam tadi Ayang mimpi. Abang hadiahkan Ayang satu set barang kemas berlian.  
Agak-agak abang, ape tafsiran mimpi tu ye?

Sambil berbisik manja, si suami berkata,

Hmm... Ayang akan dapat tahu tafsirannya malam ni jugak.

Pada malam itu, seperti yang dijanjikan, si suami memberikan isterinya sebuah bungkusan hadiah.
Si isteri sangat teruja.  Di dalam hatinya berbisik..

Sayang juga suamiku padaku.  Sanggup beli berlian..

Dengan hati yg berdebar-debar, si isteri membuka bungkusan itu perlahan-lahan.

Alangkah terperanjatnya si isteri melihat isi bungkusan itu.
Sebuah buku berjudul "Mimpi Dan Tafsirannya".

Hehe.

.::My December::.



Its the end of 2009. This is my song. 
Linkin Park - My December.

December 26, 2009

.::Skandal Yang Best::.

Ramai yg geli entry tikus jadi aku nak wat entry makan pulak. Boleh? Suke hati aku lah. Hohoho..

Hari ni aku dating dgn skandal yg hensem, macho, bergaya kat mall yg paling dekat dgn UM. Sudah tentu la MidValley. Dah namenye skandal.  Mesti la aku kikis duit dia. Hahahahaha. Jom tgk ape yg aku kikis.


Pic skandal. Maaf. Tak boleh dedahkan identiti.

KIKISAN SATU


 Aiskrim Baskin Robbins. 
Blue Raspberry Sherbet & Maui Brownie Madness Lowfat Yogurt. 
Dua-dua utk aku. Satu utk dia. Satu utk aku la. 

KIKISAN DUA


Hentam heret dia pergi kampung Britney Spears iaitu Louisiana. Hehe. Makan kat Popeyes.



Makan Set 7. Fish and Shrimps.  Kami kongsi je satu set ni.  
Romentik tak?? Ekekeke..

Hahaha. Tipu je.  Ini bukan skandal.  Ini abang sulung aku.  Memang plan nak makan same-same hujung bulan.  (time Along dpt gaji. hahaha). So, mintak ape pun, confirm la dapat.  Ingat nak pergi tgk Avatar tadi tapi sangat panjang queue nak beli tiket. So terpaksa cancel plan tu.. Best woahh dpt abang yg best camni.. Bukan kikis ok.  Aku pun belanja dia t-shirt Diadora kaler merah tadi.. Hehe..

p/s: berdating dengan abang kandung sendiri sangat menyeronokkan.  boleh seret lengan dia ke sana sini sesuka hati. hahaha...

.::You Died With Honor::.


Ini ialah lumrah bekerja di makmal.  Tikus makmal akan dijadikan bahan ujikaji dalam kajian Biologi, termasuklah bidang Parasitology, Animal Reproduction, Animal Biotechnology dan sebagainya. 

"There are no creatures that make more sacrifices for science than the mice and rats of lab research"  



Ini ialah Jerry (sempat bagi nama sebelum dikorbankan) mase kami belajar Animal Biotechnology, semester lepas.

Jerry dikorbankan dengan menggunakan kaedah yang disebut cervical dislocation.  Kaedah ini dikatakan 'cepat' & 'tak menyakitkan'. Tipu lah kalau aku kata aku tak kesian dengan Jerry & rakan-rakannya.

Ape perasaan korang kalau KUCING juga dijadikan korban seperti Jerry??Penchenta kucing macam aku mesti la sangat-sangat sedih..

Students kat makmal sebelah aku sedang menjalankan kajian Parasitology & KUCING dijadikan spesimen.. Last week aku ternampak diorang tengah bedah KUCING berbulu putih..
Adoiii... Lemah lutut aku. Nampak intestines & organ dalaman KUCING disimpan di dalam balang besar..

Sedih. Sangat sedih.

p/s: tak nak lalu kat makmal sebelah dah lepas ni.. =(

December 25, 2009

.::Misi 11 Januari 2010::.



Sape suka baca komik??
Angkat tangan kanan & angkat kaki kiri skrg!! 
(ekekeke.. tgh bygkan korang wat)

Aku baru terjumpa satu blog komik tempatan yg best.. Sesuai sebagai bacaan ringan utk release tension menulis tesis. Hehe. Suke la bace lawak guling-guling dlm tu.

Tuan punya blog ALIF FIRDAUS AZIS sedang menjalankan
Misi 11 Januari 2010 [klik link] 
di mana jika blog beliau mempunyai seramai 333 followers sebelum tarikh itu,
maka beliau akan buat komik 24 jam tanpa henti
Komik kat atas tu ialah salah satu karya beliau.

So aku harap korang dapat support blog beliau.
Cukupkan 333 followers dan ALIF FIRDAUS AZIS akan menyahut
cabaran komik 24 jam tanpa henti.
 Dan korang pun akan dpt gelak guling-guling cam aku setiap hari..

Kat bawah ni link beliau,


p/s: kami (ADANIFF) pun ade misi 11 Januari 2010. Our anniversary. Ekekeke. Kalo geli sila muntah jauh2.


p/s: laughter is the best medicine.

December 23, 2009

.::Rock The World 9::.





Venue :  Bukit Jalil Stadium (Car Park A)
Date/Time :  26th Dec 2009 / 12 noon till late

There will be 3 stages and more than 60 bands.  My favorite bands that will be performing includes:

Main stage
Meet Uncle Hussein, Azlan and The Typewriter, Bunkface, Pesawat, Yuna, Bittersweet, The Times, Monoloque, Seven Collar TShirt, Love Me Butch, Pop Shuvit, Disagree, One Buck Short (lots more..)

Indie Stage
Brainhead, Pretty Ugly, Auburn, Skudap Skudip, The Otherside Orchestra, Couple, Aku (lots more..)

Chill Out Stage
Mohd Jayzuan, Sharidir & Nizam P. (lots more..)

For more details on tickets and booking, log on to

p/s: sangat suka MUH, AATT, Pesawat, Yuna & Brainhead.
p/s: Brainhead's bass guitar player is my classmate who is now converting his Master's to PhD.  Gile hebat.  Indie, indie juga. Study tetap mantopp!!! Cayalah Zack!
p/s:  just bagi info. tukang tulis ni pun x dapat pergi. ade sesape nak bawak aku tak? haha..

December 22, 2009

.::Another Partner::.


I guess I really need another partner.



I'm sure he'll answer all my doubts.

I'm sure that there will never be silence.

I'm sure that he'll talk when I need him to talk.

p/s: jangan terlalu happy hari ni. esok lusa mungkin akan bersedih.
hjg minggu nak pergi MidValley.  cari guitar. 
kalau ade yg berkenan, nak grab terus. 
wish me luck in my search of breaking the silence.

.::Kerbau & Khinzir::.

Credit to Geng Sedut NORA for this guling-guling lawak. Hehe..


Pada suatu hari khinzir mengajak kerbau main lukis-lukis.

Khinzir :  Kerbau, aku lukis kau, lepas tu kau lukis aku. Boleh??
Kerbau  :  Boleh.. Tak de hal.. Nak pakai kaler pensel biase ke kaler cryon ke water kaler??
Khinzir :  Mane-mane pun boleh. Kalau kau hebat mesti lukisan kau cantik.

Khinzir mula melukis kerbau. Segala detail khinzir lukis dgn teliti.  Selesai melukis, khinzir menunjukkan hasil lukisan kepada kerbau.

Kerbau  : Cantik la kau lukis.. Tapi aku boleh lukis yg lagi cantik dari ni.. Ayah aku seorang pelukis potret yg hebat tau.
Khinzir  :  Ok.  Cuba lukis gambar aku.
Kerbau  : Ok.  Aku cuba lukis cantik-cantik. Kau tgk sajalah hasilnya nanti.

Kerbau mula melukis dgn teliti.  Mata, hidung, mulut khinzir dilukis dgn perfect sekali.

Kerbau : Ok, dah siap.  Cantik kan? (sambil menunjukkan hasil lukisan kpd khinzir)

Khinzir terdiam sejenak.  Kemudian memandang tepat ke arah kerbau dan bertanya..

Khinzir  : Kenapa kau lukis gambar khinzir?


Kerbau  : ???????

December 21, 2009

.::Oh Makcik Sireh::.

Lokasi : Dalam LRT dari Stesen Universiti ke KL Sentral
Watak : Aku & Makcik Sireh
Masa : Ahad (semalam ler) 4.30pm

Aku jarang duduk kat seat dlm tren.. Aku ni extra kecik, jadi luas permukaan duduk aku pun kecik. Selalu sgt orang2 besar yg dpt seat sebelah aku.  Faham2 je la. Bila luas permukaan mereka besar, mereka akan mencuri sket tempat duduk aku.  Haishh.. I dislike. So, aku lagi suka berdiri.

Petang semalam aku amik keputusan utk duduk sbb tak ramai penumpang.  Melilau mencari seat.  Tiba-tiba seorang makcik mengalihkan begnya dari seat bersebelahan dan mempelawa aku duduk.  Aku senyum lalu terus melabuhkan luas permukaan dudukku yg kecil itu.  Mama pesan, jgn cakap dgn org tak kenal. Dan memang aku ni jenis yg berat mulut.  Malas nak mulakan sembang.  So, aku diam sajalah.  Tren bergerak.  Selepas 2 stesen, makcik itu mula menegur.

Oh sebelum tu aku nak describe makcik ni.  Bila tgk sekali, macam makcik2 yg duduk di kampung.. Berbaju kurung lusuh & membawa beg anyam (maaf jika aku ckp makcik ni nmpak mcm org kampung yg kolot).  Dan yg paling ketara, makcik berbau sireh!! Mungkin makcik itu baru lepas makan sireh.  Baunya memang sangat-sangat kuat.  Makcik menegurku..

Anak baru balik kerja ke?
Tak makcik, saya belajar lagi 
Oooo.. Kat UM?? 
(mase ni sempat jeling gigi-gigi makcik ni dah bnyk luruh. dah berusia).
(eh tau plak aku belajar kat UM..Mungkin sebab aku naik dr Stesen Universiti td) 
Ha'ah makcik.  Belajar kat UM..
Ambik kos ape?
Biotech.
Ooooo.. Biotech. Bagus tu.
(sangsi aku dgn makcik ni. tau ke dia Biotech tu ape?)
Dah tahun berape??
(wah makcik ni terror bab study kat uni)
Tahun akhir dah makcik
Ohh.. Degree?
Tak makcik, sy tgh buat Masters.
Ohh really?? U have done your bachelor??
(mak aihhhh... makcik speaking dowh!!)
Yes. I've done my degree..
Very good.Very good. (mase ni tangan makcik dah sampai pipi aku. duk cubit pipi & pegang dagu aku..oh sangat sesuatu makcikkk...)
How old are you?
I'm 24.  Will turn 25 this January. (bersungguh-sungguh aku speaking gak)
Ohh.. You look very young.  People will believe you if you say that you are 16. Or 13..!! (makcik mula bersuara lebih kuat menyebabkan ramai yg memandang)
Hahahaha... (senyum dan memandang sekeliling jugak)
I live in ****.  Have u ever been there?
Never been there auntie. (terus tukar auntie. tadi makcik)
Ohh.. the people there are very generous. They are very helpful.  Do come to my house if you are free. My house is near the Pasar Tani.
InsyaAllah auntie.. (entah Pasar Tani mane, aku pun x tau. hehe)

Aku sekadar berbasi-basi & still konfius kenapa dia asyik cubit-cubit pipi aku macam aku ni anak dia.. Nasib baik dah sampai KL Sentral. Sebelum aku turun, makcik hulur tangan kat aku. So aku salam la. Rase hormat & sedikit teruja coz makcik yg ku sangka kolot speaking baeeekk punya dgn aku.  So aku cium tgn dia.

All the best. 
Thanks auntie.

Selesai cium tangan, dia tarik muka aku.  Cium pipi kanan, pipi kiri, & dahi aku.  Makkkk aihhhhh... Melekat bau sireh makcik oiii...Sebelum keluar dr pintu tren, makcik sempat menjerit agak kuat.

I'm proud of you!!!

Aku menoleh & tersenyum. Ok. Tak tau motif cerita.  Don't judge a book by its cover kot... Yg kolot tak semestinya kolot. Dan yg comel kecik mcm aku tak semestinya masih 16. Aku dah 25 thn depan ok.. Tapi... Sampai skrg aku still confuse dgn perlakuan makcik.  Selambe je tarik aku, cium pipi kanan kiri macam dah lama kenal.. Hehe.

Makcik Sireh.  Bau sirehmu melekat di pipiku. Akan ku kenang selalu.


.::Achin Sayang Achik::.



Kesayangan =)

.::Straight To My Heart::.

Hari ini hujung minggu. Hujung minggu ialah hari berchenta.  Hari berchenta kami hari ini ialah di Times Square.  Hehe.  Tak menyempat nak tunggu matahari terbit, terus nak wat entry baru. Saje suka-suki nak wat Suki jeles. Hehehe..

Haniff dah habis duty MWBC hari ni, so kami berpeluang berjumpa di hujung minggu..  Itu pun agak lewat coz Haniff baru selesai urusan di Ampang then akan terus ke Cheras.  Belum sempat sampai Cheras, Haniff terus ke Times Square (TS).  Kesian dia, letih.  Tapi sebab nak jumpa buah hati pengarang jantung punye pasal, sanggup juga Haniff berwangi-wangian terus ke tempat kejadian.. Ngeee..

As usual aku gerak dari UM terus ke TS.  Naik escalator sampai tingkat 5 & terus ke Pusat Bowling AmpangBowl. Mata melilau-lilau mencari kelibat si comel. Hehe.. Rindu ohhh.. Lame tak berdating. Last week jumpa sekejap je kat KLCC coz Haniff sgt busy masa tu. So hari ni berkesempatan meronggeng lebih lama..

AmpangBowl ni kire tempat wajib kunjung kami kalo lepak kat Times Square.  Kami sangat gila bowling.  So dah alang-alang kat situ, sempat la kami main 2 games..  Ok.  Nak terus tunjuk bukti kemenangan hakiki utk hari ini. Suki, sila tgk ni.  Kalo rase jeles or tak puas hati sila buang haaakktuihhh anda di sini ye. Aku tak kesah ko nak buang merata-rata. Hehe...


TH = Haniff = 114+135 = 249
TA = Ada = 164+111 = 275

Hoyeaaahhh... Cikgu, anak murid menang hari ni. Ekekekeke.. 164 is my new personal record. Abis bangga dah ni.. Nasib baik srooottt2 dah x de.. Kembang2 hidung besar-besar pun x ape. Hahaha.. Abang, amacam?? Dah confident nak bawak sayang join bowling tournament tak?? Ngeee..

Abis main, perut pun menyanyi.  Lagu ape? Lagu Yellow Submarine by The Beatles. Hehe. One of our favourite song yg kami duk nyanyi mase meronggeng tadi.. Hari ni makan kat Wendy's. Sebab awek Haniff yg mengade-ngade tu kempunan makan Shrimp Burger.. Terbaeeeekk wok burger dia.. Abang, lain kali bawak la awek abang tu gi Wendy's lagi ye.  Kasi dia cepat gomoks sket. Hehe..


At Wendy's

Banyak yg kami bincangkan sambil makan tadi.  Dr yg tak serius sampai la yg serius. Pastu gelak-gelak sesuka hati macam Wendy's tu kami yg punya. Haha.. Haniff tak sihat.  Selsema & batok-batok juga. Sempat suap ubat batok. Manje. Wek. (dalam hati suka. hehe). Then tadi sempat gak bagi souvenir yg aku beli kat Langkawi kat Haniff. Seronok rasenye bila something yg kita nak hadiahkan pd seseorang dah sampai ke tangan org tu.  Abang, hopefully dapat guna hadiah tu 5 kali sehari. Hehe.


Aku, dia & gediks. Hehe.

Berjumpa jam 5pm & sampai UM jam 10pm.. Sekejap, tapi tersangatlah seronok hari ni.. Pasni nak cuba pecah lagi rekod bowling tu. Hehe. Abang, thanks for today.  Happy sgt2.

I love you.  ^__^

December 20, 2009

.::Motif?::.


Macam nak sgt kena jual je.. Thanks adik editor.

Ini pantun 2 kerat utk kau.

Curi pic diam-diam,
Kau memang kurang asam.

.::The Achinoyos::.

I really miss them.  And now, I fell like I'm losing them one by one..So I decided to write a special post for them today.  Entry yg panjang. So tak bace pun tak ape.. These are my best friends during my degree time in UiTM Shah Alam (2004-2006).  Cepat sungguh masa berlalu, tapi kenangan kita akan aku simpan sampai bila-bila.

Kami lah The Achinoyos yg diwakili oleh Adawiyah/Achin, Ayu/Achott, Syazrah/Ayott, Sulastri/Su, Azianie/Yan & Baya. Hahaha.  Kami la yg suka wat onar & huru-hara masa dlm kuliah & luar kuliah.. Geng beronggeng  yg sgt happening & best.  Achinoyos?? Mesti ade yg gelak bace name team kitorang ni. Huhu.. Achinoyos mendapat nama dari ayat yg keluar dari mulut anak saudara Ayu/Achott.. "Bacinnya dia..." disebut "Achinno yoo..." kerana pelat.  Maka name tu pun lekatlah pd team kami.  The Achinnoyos.  Tapi yg aku konfius sampai sekarang, kenapakah name aku menjadi Achin??? Adekah aku yg paling bacin??? Haishhh...
    

Field trip at Kuala Krau (2005)
        
The Achinoyos @ Dinner Night (2005)
From left: Syaz/Ayott, me/Ada/Achin, Yan, Baya, Sulastri, Ayu/Achott

Nak introduce one by one ke? Hehe. Boleh jugak.. Sebab aku pasti mereka tidak mengetahui akan kewujudan blog ini & sudah pasti lah mereka tidak membaca blog ini. Muahahaha...

Starts with Syazrah/Syazzy/Syaz/Ayott.  Ayott ni paling rapat dgn Achott & me. We share a lot. Thats why la kami ade name timangan tambahan, Achin, Achott & Ayott.  Hehe. Comel kan??  Syaz is a researcher at a big Biotech Company in KL..  She is a brilliant student & sgt sukses.. Next month, she is expecting to have a new person in her life.. Mesti dia tgh gemuruh skrg. Hehe. Waaa.. Sangat tak sabar la Syaz.  InsyaAllah diberi kesempatan, kita jumpa next month k. I really miss u. XOXO.

Azianie/Yan Yayang.. Akhir-akhir ni selalu gak jumpa dia.  Coz she is a product specialist & ramai customers kat Science Fac & Medic Fac of UM.  So kalo ade kesempatan memang selalu jumpa Yan, makan-makan, sembang-sembang, gosip-gosip.  Semalam pun Yan call & bersembang.  Alhamdulillah.  Love have found her. Yan bersetuju dgn pilihan family.  So semalam dah jalankan proses merisik. InsyaAllah majlis bakal berlangsung bulan March.. I'm really happy for you Yayang.  Memang rase sekejap sgt.  Tapi tu lah rezeki namanya.  Segala yg terjadi sebelum ni mematangkan kita.. Dah kena wat plan awal utk ke Kelantan for the first time bulan March nanti.  Can't wait!!

Tengku Norbaya/Baya.  Kerabat neh.. Hehe.  Ni pun brilliant student.  Skrg tgh further Masters kat UTM Skudai.. Dah lama tak contact tapi lately Baya dah ade account FaceBook.  So boleh keep-in-touch la dgn dia.  Baya dah bertunang lepas habis degree dgn pilihannya, Abg Man.  Hehe.  They are really sweet couple.  Skrg tgh busy & bertungkus lumus tamatkan Masters, then plan utk majlis perkahwinan diorang lak. Maybe next year jugak kot.  Ohh.. Kena pergi Terengganu.  Hurmmm.. Past memories is still there.  Harap aku dpt kekuatan utk ke sana tanpa bercita-cita utk mengebom Kemaman lagi... Hahaha.

Sulastri/Su.  Bekerja sebagai Wartawan di TV9 Dekat di Hati.  Sape-sape yg rajin menonton rancangan Busana, mesti kenal minah ni.  Memang dapat agak yg dia akan bekerja dlm bidang ni, coz mase study dulu, dia sangat rajin berpersatuan.. Sulastri baru sahaja mendirikan rumahtangga Oktober lalu.  Boleh baca cerita dia kat entry ini.  Ni la antara minah sempoi yg keypoh dlm team kitorang.. Seronok kawan dgn dia ni.  Happy go lucky je setiap masa.

Ayu/Achott.  Haaaa.. Yang ni memang susah sgt nak contact dia skrg.  Workaholic gile sampai lupe kawan! Nasib baik mase kenduri Sulastri hari tu dia join jugak.  Kalo tak, memang tak berjumpa la jawabnye.  Achott ialah Officer kat Prudential.  Gaji memang masyuk lah minah ni.. Entah bile nak belanja aku. Muahahaha.  Aku tau la Chott.  Ko kumpul duit nak kawen kan?? Haha.. Moga jodoh ko cepatlah. Aku doakan. Amin.. Happy for both of you.. Ni nak kena plan gi Johor lak kalo ko kawen next year..

Aku? Hehe.. Takde ape yg nak diceritakan.. Sekarang, faham kan kenapa aku rasa tak lama lagi akan kehilangan semua kawan baik aku ni? Coz everyone dah plan utk berkeluarga & ada yg telah berkeluarga. Maka makin kuranglah mase bersama teman-teman.  Huhu.. Sedih.. Tapi pasrah lah.  Sebab itu rezeki masing-masing...

My dear Achinoyos.. We all take different paths in life, but no matter where we go, I really hope that we take a little of each other everywhere.. I really miss all of you...

p/s: aku yg paling tua (lahir Januari) tapi aku la yg paling comel. kecik. hehe..

December 19, 2009

.::My Lucky Number::.

Ini namenye entry mengada-ngada.  Eheh..

Macam biasa la, hujung minggu kalo tak dating mesti aku kebosanan kat kolej ni.. Aku jadi orang bisu dalam bilik.  Sepatah pun tak bercakap dgn mereka-mereka yg menyakitkan hati ni.  Nyampess!!

Tambah plak hujan dari pagi sampai la petang.. Tak dapat la aku beronggeng.. Hujan, sejuk, memang syok la kalo dapat tido sepanjang hari kan? Tapi akibat kemamaian semalam, aku dah terlebih tidur. Maka hari ni aku tak mengantok pun. Huh.. Tambah bosan la weyy...

Maka, aku mengambil keputusan utk beronggeng juga.  Beronggeng-di-atas-katil-sambil-mengadap-laptop-lalu-berjalan-jalan-melakukan-aktiviti-memburu-Nuffnang-dan-membaca-blog-blog-anda.  Huh.. Sila baca senafas.. Heh.. Sedang aku berjalan-jalan, aku terpandang ini..


Ini dari blog SUKI. Dah ramai followers ko ye SUKI.  111 orangs. Hehe..

Kemudian, aku berjalan lagi dan terjumpe ini pulak...


Ini dari blog JOE.  Suke baca blog si JOE ni.  Penuh dgn entry-entry yg memberi sumber inspirasi.  Perasan tak? Followers dia pun 111 orangs juge...

Seterusnya aku pun balik rumah... Scroll sampai bawah, aku terjumpa ini pulak...

Orang lidi lelaki berbaju hijau tanpa seluar sedang memimpin tangan orang lidi perempuan berskirt oren menuju ke tepi.. Ade ape kat tepi tu aku sendiri tak tahu...Hehehe.. Tapi, angka itu yg menarik perhatianku..
11 months, 1 week and 1 day..

Jadi, kesimpulannye, my lucky number for today is 1.  Yeay, clap clap clap.. Suke No.1.. Hmm.. Dah hampir setahun kami bersama.. Awal tahun depan bersamaan 11 Januari genaplah setahun kami berchenta. 11 Januari = 11.1.  Hehehe.. Kan betul aku cakap?? 1 is my lucky number for today..

p/s:  semoga impian kita tercapai sayang. InsyaAllah.
p/s: aku dah cakap entry ni mengada-ngada. silalah kutuk. terima kaseyyy...

.::Nuffnang Hilang???::.

Pernahkah anda mengalami masalah ini..??

Icon / Link / Simbol Nuffnang Ads hilang.


Nuffnang Ad - Leaderboard hilang


Nuffnang Ads - Skyscraper & Large Rectangle hilang

Aku guna Google Chrome.  Semenjak dua menjak ni, masalah icon Nuffnang hilang kerap berlaku..  So, kalau buka 4-5 blogs sekaligus utk klik2 iklan korang, Nuffnang plak hilang di ketiga-tiga Ad units, maka x dapat nak kliklah...  Aku terpaksa close semua, then buka guna browser lain (FireFox).

Google Chrome is my main browser coz laju sket nak bukak blog korang.. Tapi kalau masalah ni selalu berlaku, x syok lah... FireFox plak slow sket.. Tapi x pernah terjadi masalah Nuffnang ads hilang ni..

Adakah aku seorang sahaja yg mengalami masalah ini?? Sesuka SUKI dia je nak hilang2 kan?? Nyampess!

Mengapakah ini terjadi?? Ade sesape leh membantu??

p/s: AKU BUTA LEMBAB IT.

December 18, 2009

.::Mamai::.

Just got back from my auntie's house at Kelana Jaya.  Alhamdulillah hari ni aku sambut Tahun Baru dgn family.  Semua ahli keluarga berkumpul.  Atok & nenek pun ade sekali.  Kami ke Putrajaya utk Majlis Aqiqah anak saudara sepupu aku.  Majlis sangat meriah.

Aku ulang, majlis sangat meriah.  Tapi diri sendiri tak meriah. Serius. Aku nak tolong diorang masak-masak pagi tadi.  Petang semalam sampai Kelana Jaya aku just sempat tolong potong sayur, kupas bawang, gunting lada kering.  Tu je yg aku sempat buat.  Then demam aku makin teruk, so aku tidur awal..

Pagi tadi, aku bangun pun still tak berapa sihat.  Then maksu aku offer ubat selsema.  Pas telan ubat tu, aku jadi mamai dowh..!!! Penangan ubat selsema yg maksu aku bagi pagi tadi, effectnya sampai ke malam ni aku still rase mamai.  Aku dah ckp kat mama, tak nak makan ubat sampai habis kenduri sebab aku nak tolong. Tapi mama insisted suh aku  makan ubat gak, takut berjangkit dgn orang len.

Dari pagi tadi, lepas telan ubat, aku :
  1. tidur balik lepas tolong mama hidang nasi lemak utk sarapan
  2. bangun tapi termenung atas sofa (maksu gelakkan, dia cakap sebab ubat yg aku amik tu aku jd mamai)
  3. sambung tidur lagi sampai 11.30 pagi (mase ni lauk-pauk semua dah siap masak)
  4. termenung lagi sampai 12.30 tghari.  serius aku mamai gile mase ni
  5. bertolak ke Putrajaya tapi aku tidur lagi dlm kereta
  6. mamai kat kenduri, aku naik tingkat atas umah, baring & tertidur lagi
  7. salam-salam dgn sedara mara yg baru sampai dgn keadaan blurr & mamai
Aku rasa aku la manusia yg PALING SELEBET dlm majlis tadi.  Macam drug addict je.  Koya, mamai, lalok.. Handphone pun aku tinggal dlm kereta..Tak sempat snap satu gambar pun. Gile mamai dowh..  Nasib baik family faham yg aku dah terkena penangan ubat selsema..


Yang diraikan, Adwa Affan bin Hairul Anuar
(pic ni pun aku curik dari FB sepupu aku.. mamai.. x snap gambar pun tadi)

p/s:  Actihist tablet mengandungi Triprolidine Hydrochloride 2.5mg & Pseudoephedrine Hydrochloride 60mg.  Ade pharmacist tak yg leh describe mengapa aku jd terlalu lalok hari ni???


p/s:  masih mamai ketika entry ini ditulis. 

December 17, 2009

.::BLACK & WHITE PHOTO Contest::.




Saje suka-suka nak join contest ni.. Muahahaha..


"THEY ENVY ME"


December 16, 2009

.::Kencing, Kicap & Katak::.


Aku demam. Tekak pedih. Lidah luka. Badan panas. Tak suka bila mula-mula nak start demam ni. Sangat tak selesa.. Makan panadol pun still x jalan.

Istajib suruh minum air & kencing banyak-banyak. Make sense. Memang minum bnyk & kencing banyak skrg.

Azizi suruh makan kicap??? Haishh budak ni kalau bab dongeng dia No.1.

Kak Ira jiran bilik pun demam. Kak, kita sehati sejiwa. Haha. Akak pun tau saya tak suka roomates saya. Saya kutuk mereka di SINI, SINI dan SINI.

Istajib, Firdaus, & Azizi (Geng Tengok Wayang) dah tgk cerita katak. The Princess and The Frog. Tak aci. Tak adil. Kenapa tak boleh benci buaya?? Kalo buaya darat macamane lak??

p/s: Haniff, kamu sibuk lagi? Asyik dgn band Indon di MWBC syiak. Bila mahu dating bah? Kita tgk cerita katak juga?? Maun tak maun?? Heh...

p/s lagi: Jalan-jalan utama area KLCC ditutup utk perjalanan program MWBC 2009 hari ini. Terima kasih.

December 15, 2009

.::Pulau Langkawi : Day #1::.

This week aku nak cerita pasal trip kami melancong ke Pulau Langkawi pada 11 hingga 13 Disember lalu. Excited sebab ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke pulau peranginan terkemuka itu..

Hari Pertama - 11 Disember 2009 (Jumaat)
Kami bertolak dr Jeti Kuala Perlis & tiba di Jeti Pekan Kuah, Pulau Langkawi seawal jam 10 pagi. Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang satu jam.

Sampai di Jeti Kuah, abg ipar ku menggunakan khidmat travel agent di sana & menyewa kenderaan utk kami sekeluarga. Kami bersepuluh. Mama, abg Zaki, sis Ayu, Along, Angah, aku, Ana, Una, & anak-anak sedare yg cute lagi nakal, Hazmi & Aiman. Perjalanan diteruskan utk mencari homestay wat kami huni selama 3 hari di sini. Kami menyewa di Langgura Baron Resort, sebuah resort yg terletak di pesisir Pantai Chenang.

Sebelum sampai di resort, kami sempat singgah di Telaga Harbour, kawasan berlabuhnya kapal layar (yachts). Tak plan pun utk singgah, cuma kebetulan buat pit stop kat Petronas Quay. So sempat la klik2 gambar di sana. Banyak kapal layar. Sangat cantik pemandangan kat situ.

Mama, Ana, aku, Una & kapal-kapal layar

Ngam2 jam 1 tghari, selesai memunggah barang-barang ke bilik penginapan, yg lelaki menunaikan solat Jumaat.. Aku? Membuta kat bilik. Heh.. Letih. Tak sempat rehat coz bertolak dr KL ke Kedah then terus ke Pulau Langkawi. Then sempat la berlari intai pantai kejap.. Cantik!!!!

Aktiviti petang, kami ke Gunut Mat Cincang.. Yang ni memang syok!! Naik cable car tertinggi di Asia utk ke puncak gunung. Sape-sape yg gayat mmg confirm takut nak naik ni. Tapi kami lima adik-beradik steady je. Haha. Una yg cuak sket. Tinggi woo.. Stesen terakhir berada di ketinggian 652.5 meter di atas paras laut. We are at the top of Pulau Langkawi. Hehe.. Angin sgt kuat, pemandangan sgt cantik. Langit & lautan macam bersambung. Memang indah ciptaan Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

Indah Ciptaan-Nya

Dah tahu kisah Gunung Mat Cincang? Tak pasti kesahihannya tapi diceritakan bahawa dua sahabat Mat Cincang & Mat Raya menjodohkan anak mereka tetapi anak Mat Cincang berlaku curang lalu berlaku pergaduhan dan masing-masing bertukar menjadi Gunung Mat Cincang, Gunung Raya, Pekan Kuah, Kampung Kisap dan lain-lain.

Atas jambatan Gunung Mat Cincang

Hoyeah.. First day kat sini memang menyeronokkan.. Thanks to Abg Zaki, Sis Ayu, Along & Angah yg support family trip ni.. Enjoy sangat-sangat. Esok sambung pulak aktiviti hari kedua. Hehehe..

December 14, 2009

.::Di Mana Adab Kamu??::.

Saya bukanlah mahu kamu menghormati saya. Lantak kamu lah tidak mahu hormat pada saya.. Tapi cukup lah sekadar kamu beradab.. Kamu tidak belajarkah ilmu itu? Belajar setinggi-tingginya sampai menara gading, tapi ilmu adab pada orang tua..?? Hmmm..Tidak adakah pada kamu?? Common sense?? Fikir logik?? Hormat orang tua?? Tidak berfikirkah kamu??

Orang tua saya singgah sebentar ke bilik kita, mahu tumpang ke toilet & singgah melihat kolej yg saya diami sepanjang saya belajar di sini.. Jauh perjalanan kami tadi, dari Kedah ke sini, kemudian mahu pulang ke Pahang. Mahu berehat & singgah sebentar melegakan sakit badan kerana terlalu lama di dalam kereta.

Orang tua saya memberi salam. Kamu membalas tapi tidak menoleh? Amboi.. Tiada leherkah kamu? Atau leher kamu terkehelkah semasa kamu tidur? Tak mengapalah.. Mungkin kamu terlalu kusyuk menonton filem yg kamu download. Jadi kamu tidak mahu apa-apa mengganggu konsentrasi kamu.

Orang tua saya di situ. Tapi kamu terus membelakangkan kami. Kamu hanya perlu menoleh dan melangkah setapak untuk bersalaman dan bertanya khabar kpd orang tua saya. Tetapi kamu tetap tidak berganjak.. Benarkah kamu pelajar peringkat sarjana jika begitu perilaku kamu?? Maaflah sekiranya saya kurang ajar di sini.. Tapi tidakkah ibu bapa kamu mengajar kamu beradab pada orang tua? Sekadar berbasi-basi bertanya khabar.. Tidak bolehkah kamu berbuat begitu??

Janganlah terlalu bermegah.. Berbangga. Tolonglah ubah sikap. Kamu terlalu kurang ajar hari ini. Sampai orang tua saya bertanya ''Kenapa roomate kau macam tu?? Mama masuk bilik langsung tak tegur"..

Benar. Saya sangat terkilan dengan sikap kamu. Ilmu kamu tinggi, tapi kamu langsung tidak beradab..

Sangat memalukan.

December 12, 2009

.::Just A Little Piece Of Heaven::.

I feel like staying in a very peaceful place now. Sgt tenang di sini.. Segala masalah dah dibuang jauh-jauh. Semua makhluk yg ada kat sini nampak sgt gembira.. Kalau ade aliens hijau pun, mesti diorang happy kat sini. Hehe..

Tak kisah dgn baju n track suit yg tak sempat nak kering.. Pantai tepi rumah je.. Bila-bila masa nak terjun, terus terjun mandi manda. Tak kisah dgn warna kulit yg makin terbakar sbb berjemur tgh panas.. Tak kisah dgn masalah.. Kat sini, dah jumpa ketenangan. Dah jumpa hidup tanpa hiruk pikuk & keserabutan kota. Tenang. Sangat tenang..

Esok.. Perlu kembali ke sana. Perlu harungi semula segala keserabutan. Perlu hadapi juga segala masalah tiap-tiap hari. Bosan. Sangat bosan...

p/s: Boleh tak nak stay sini lama lama lama lama lama lama lama lagi???

December 11, 2009

.::Pulau Langkawi Terbaeeek!!::.

Hai kawan-kawan. Just a short update from me at Pulau Langkawi. Sampai sini kul 10a.m tadi. First time naik feri dr Kuala Perlis & first time melancong ke Langkawi. Haha.. Sangat jakun.. Pas solat Jumaat tadi kitorang naik cable car kat Gunung Mat Chincang. Excited gile! I'm at the top of the world!!

Kitorang stay kat area Pantai Chenang.. Mengadap laut. Petang tadi sgt bersemangat nak bermandi-manda tapi kat tepi pantai bnyk obor-obor. Bahaye coz leh sebabkan badan gatal-gatal. So just jalan tepi pantai sambil kutip sea shells.. Sangat seronok lah hari ni..

Kat cc skrg. So x dpt nak upload pics. Kanan kiri sume foreigners tgh surf tenet. Cuci mate jap. Hahahaha... Thats all from now. Nak sambung merayau malam bersama keluarga.. Taaaa!!!

p/s: Pulau Langkawi terbaeeekkk wok!!

December 10, 2009

.::New Updates Are Available::.

Hehe.. Title tak leh blah..

Sedang menggunakan lappy HP Firdhaus lagi utk mengupdate belog di dalam lab. Hari ni sangat letih. Sebab berulang-alik ke sana sini. Rota.. Rota.. Rotary evaporator kat lab sebelah rosak.. Semalam ok je dia berchenta dgn aku. Hari ni mengade-ngade lak dia nak rosak. So kena cari rotavap kat lab lain. Pastu gi layan centrifuge machine lak. Nasib la machine ni suka berskandal dgn aku. Tak de wat masalah pun. Haha.. Duduk kat lab ni, berchenta dgn machine. Gile.

Pagi tadi aku bangun awal. Aku packing barang. Aku nak lari dari kolej. Sebab aku tak suka roomates aku. Serius. Aku tipu. Aku tipu tang nak lari tu je. Tang tak suka roomates tu aku tak tipu.

Bersungguh-sungguh aku packing barang tau. Sebab petang ni nak chow. Hehe. Ponteng lab esok. Aku nak join family holiday ke Langkawi. Haha.. Ni first time tau nak gi sane. Umur nak masuk 25 tahun, ni baru 1st time nak naik feri. Gile jakun ni. Agak-agak mabuk laut tak?? Haha. Poyo oihh..

Mama dah sampai ke Kedah semalam. Diorg gerak dgn kakak & abang ipar aku, Rahayu & Zaki ke rumah mereka di Kedah. Kembar aku Noor Farhana a.k.a Ana pun ikut sekali coz dia tgh cuti semester. (hehe.. ramai yg kate kami kembar kat entry sblm ni. Encik Suki pun sudah tertipu). Hahaha. Adik bongsu aku Husnatul Aflah pun ikut sekali. Dia dah habis UPSR. So ni la hadiah mama aku kasi kat dia. Melancong melawat Langkawi. Chet.. Aku abis UPSR dulu mama x bawak gi memane pon.. Lalala..

Malam ni insyaAllah aku bertolak dari Kelana Jaya dengan abang sulung aku, Mohd.Hafizul Fadzli. Kami berdua je. Jauh siot.. Nak ke Kedah nun malam-malam buta. Dah la Along drive sorang-sorang. Harap-harap kami sampai dgn selamat.

Abang aku lagi sorang, Azri Aizuddin @ Angah, tak dapat ikut family holiday ni atas urusan kerja. Adik lelaki aku Mohd Shahir pulak tak dapat cuti coz sedang belajar di matrikulasi. Hehe.. Cha In, jangan jeles ye Kak Ada dpt ponteng lab dan ikot mereka bercuti. Hahaha...

Maybe aku tak dapat nak update blog selama 3-4 hari.. Tapi hopefully kat sane nanti jumpe CC. Mane leh beb tinggal blog kesayangan ni tanpa new updates everyday. Hahaha.. Haniff pun sibuk dgn MWBC smpai 20hb. Lagi la susah nak update. Dan still tak sure dia dpt duty kat Ipoh or Kuala Terengganu.

Aku nak enjoy. Aku malas nak fikir serabut kerja kat lab ni. Nak release tension. Nak rilek.

p/s: saje letak name adik beradik aku. nak tgk ade yg alert ke tak.

soalan: berapa ramaikah adik-beradik Ada?? Sila susun mengikut aturan sulung ke bongsu. hehe...

p/s lagi: selamat bercuti kawan-kawan...!

December 09, 2009

.::Kembar Aku::.


Aku Ada. Dia Ana.
Kami kembar.
Kami suka pakai baju sama warna.
Tak sama warna pun x apa, janji sama.
Sama tak?? Memang sama. Sebab kami kembar.
Kenapa? Tak percayaaaa?




p/s : ye... tak payah percaya. aku tipu. ini adik aku. 4 tahun lagi muda. dan aku la yg nampak lebih muda tu. wakakaka.. sorry Ana...

December 08, 2009

.::Kenanganku::.

Tiba-tiba aku teringat kenangan sekolah rendah. Teringat salah satu subjek drpd SEMUA subjek yg aku suka.. (aku sgt suka sekolah rendah.) --->Pendidikan Muzik. Eheh.. Mata pelajaran Pendidikan Muzik ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah, bg memenuhi KBSR --> Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (skema gilerr).

Best woah kelas Pendidikan Muzik.. Belajar semibrif, minim, minim bertitik, krocet,kuaver, semi-kuaver. Korang semua belajar jugak kan? Mase kat sekolah, aku join pancaragam. Paling cikai aku main tamborin. Pastu up sket main tiup-tiup recorder. Pastu yg paling up aku dpt main tiup-tiup melodian. Dah hafal notes sume beb. Aku rase sangat rugi sebab ilmu muzik aku terkubur terus lepas sekolah rendah. Minat tu tersangatla ade, tapi aku belum betul-betul berpeluang nak serius main alat muzik.

Atok aku gile hebat main biola, tapi dia dah tak nak ajar cucu cicit dia dah. "Atok dah tua, tak nak ajar dah. Nanti nak belajar, masuk kelas." Aku faham benar maksud atok, dia tak akan ajar cucu cicit dia main alat muzik bertali. So, InsyaAllah atok, Ada nekad akan belajar juga satu hari nanti. Hmmm... Ade sape-sape bermurah hati hadiahkan aku GITAR KAPOK atau BIOLA?? Sangat teringin.. Hehehe... Bile boleh dapat?? Aku nak belajar sangat-sangat..

Ok berbalik kpd Pendidikan Muzik. Aku masih hafal lagu-lagu ni.

-Ais Kacang-
Ais kacang.. Ais.. Ais kacang..
Bila cuaca panas dan rasa dahaga..
Singgah di gerai, ais kacang diminta..
Susu dan jagung, kacang dan lengkong..
Air gula berwarna...
Campur semua, enak rasanya..
Kegemaran kita semuaaaaaa..

-Menampi Padi-
Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama
Potong memotong membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk
Inang tampi
Kini mesin jadi pengganti..

-Telefon Berbunyi-
Telefon berbunyi ring ring ring..
Ku angkat ku tanya siapa..
Telefon berbunyi ring ring ring..
Ku dengar ku dengar suara...

p/s: amacam? korang masih ingat tak? kalo korang lupe, samada korang ade Alzheimer atau korang memang tak cool. heh...
p/s lagi: ring ring ring ring.. puas telefon Haniff berdering tapi tak diangkat.. Sudah tidurkah dia? heh...

.::Mood: GILA::.

Gadget :
Webcam Lappy HP Firdhaus

Model-Model :
Teman seperjuangan @ Member makmal @ Geng Sedut
@ Sahabat suka duka @ Best friends @ Bloggers

Umur :
2 tahun 4 bulan
hehe. baca:24 tahun

Lokasi :
Makmal MUCED, Fakulti Sains UM

Mood :
Gila

Sila klik utk tumbesaran. Muahahaha.
p/s : aktiviti tak normal akibat terlalu bosan di makmal.

December 07, 2009

.::I Miss You::.

Update. Malaysia World Band Competition (MWBC 2009)
Haniff: Volunteer as Field Marshall.

Text message received.
Read:
Sayang, abang kena duty kat Ipoh.
9hb ni gerak sampai 14hb.
Pastu kami semua akan bertugas kat KL lak.
Penutup kat Putrajaya.
Muahh! Luv u.

................................................

The minute you are away from me, I started to miss you
I miss you more than you could possibly imagine
And I want you to know that I keep thinking of you
And I can't wait to be with you again
Very soon.. I hope

Miss you. Love you.


Abang.. Sayang rindu.. (T_T)


.::Modread - Neeruza Ozawa::.




Berdetak
Detik arah perjalanan
Ini pun terhentak
Oleh penawanan perasaan

Yang menghilang
Mampu membawa rasa
Yang telahpun tenggelam
Kepada dia yang tidak pernah ada

Kasih tiada daya
Menutup mataku
walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih
Melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Oh pergilah
Satu hidup bahagia
Yang telah pun tertewas
Dengan satu kesalahan
Yang mungkin dimaaf
Perasaan ini seperti
Telah pun mati
Hanya jasad aku berdiri sendiri

Dia yang telah tiada
Hilang di mataku
Walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu
Senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku


p/s: layan woaah lagu ni.. best.


December 06, 2009

.::Tak Habis-Habis Lagi::.

Ngaaaa.. I jadi oreng puteh sekejaplah.. Ni dinner I untuk malam ni.. Fries panassss.. Hahaha.. Abang Umaidi kasi yg special punya. Biasenye sos dan mayonis dia campur dlm satu bekas kecik je, tapi malam ni dia asingkan dlm dua bekas. 'Special utk Ada', kate Abg Umaidi. Heh... Friesnye bnyk plak tu. Tak abis makan lagi ni. Malam2 sket kang smbung kunyah lagi.. RM3 je.

Malam-malam lain, aku layan nasi goreng ketam, kuey teow goreng mamak, mee goreng mamak, nasi goreng pattaya, kuey teow kungfu.. Tapi malam ni aku dah bosan dgn menu harian tu.. Gerai kat kafe terhad sgt kat kolej aku ni. Ade 4 booths je ade. Satu tu cafe yg bese aku beli makanan.. Tengok muka aku je abg kafe tu dah boleh teka aku nak makan ape. Muka regular customer ni.

Satu lagi booth makanan Arab sbb kat sini ramai students Arab. Sori.. Tak kena dgn tekak aku. Kalo mama & abah aku ade kat sini, mungkin diorang suka makan makanan Arab ni.. Hmmm..

Satu booth lagi, booth makcik Indon.. Makanan Indon je bnyk. Sini plak memang tempat lepak students dr negara jiran kita tu. Aku belum pernah try. Sebab selalu crowded. Hehe. Yg satu lagi lak, gerai mamak. Tak boleh blah gak tekak aku dgn makanan kat sini.. Plus, abg Umaidi ade share rahsia ttg gerai ni kat aku & membuatkan aku terus tak lalu membeli kat mamak tu. Haha. Rahsia.

Friendster pun dah ubah layout beb...! Lame dah tak jenguk account Friendster aku, so aku bukak la tadi.. Hijau... Boleh tahan laa. Haha.. Bagus juga. At least, Friendster dah buat perubahan skit.. Kalau stay dgn yg lama, muak ohh..

Haisshhh.. Cerita aku hari ni tak habis-habis berkisar ttg layout & template.. So, cukuplah utk hari ni. Esok, buka buku baru. Malas nak fikir pasal ni lagi.. Stick aje dgn template blog yg lama..