November 30, 2009

.::I Am Officially In Team JACOB::.


Kamu sudah menonton? Saye sudah, siang tadi. Saye tak mahu bercakap panjang tentang Edward the Scissorshand. Eh.. silap. Edward Cullen yg sangat selebet, pale & mysterious itu.. Meninggalkan Bella & menganggap itu cara utk protect Bella. Protective kah begitu? The hero is damn jahat. Takde perike'vampire'an langsung.. Kesian Bella. Nasib baik dia strong. Walaupun tak berapa strong la coz hanya duduk di atas katil tanpa berganjak dari bulan Oktober hingga Disember. Ngahaha..

Nasib baik jugak ade biskut Jacobs. Eh.. silap. Jacob Black. Jacob berambut panjang sgt selebet ye. Tak suke tgk. Pas dia potong rambut, baru la smart. Sangat caring itu mamat. Funny. Beautiful. Ngehngeh.. 6pax. Protective. Dan sangat mengharapkan cintanya dibalas. Dia la yg teman Bella di kala si Edward Pucat itu mem'vanish'kan diri dari Bella. Sampai skrg masih x suka Edward. Wek Edward wek..

Soalan ni soalan. Sape leh jawab.. Kenape werewolf pack semua mantop-mantop?? Dalam buku Stephanie Meyer pun beliau describe werewolf pack mantop-mantop ke? Comel. Funny. Tough. 6pax. Nyum2. Hehehe.. Sam Uley tu macam ganas sket la muka dia. Mmg sesuai jd leader of La Push pack. Werewolf paling besar n hitam berkilat. Quil Ateara. Ni comel. Hehe.. Embry Call. Ni pun comel. Hehehe. Paul. Comel tapi garang. Hehehehe. Jared. Ni pun comel. Hehehehe. Ye banyak gelak di sini. Haniff, mintak maaf. Hehe. I love werewolf pack!!! Hehehe. Haniff, mintak maaf lagi.

Kesimpulan,

Ape yg ade pd Jacob & ade pd Haniff juge:
  • Caring - checked
  • Loving - checked
  • Protective - sangat-sangat checked
  • Funny - checked
  • Beautiful - heh.. checked
  • 6pax - last time i rase ni checked. hahaha.. cikgu PJ kan...
p/s: Jacob cuma watak. Haniff tetap di alam nyata. Ngehngeh...
I shy lah..

.::GuGuGaGa::.

With kesayangan, Muhammad Amirul Aiman yg tak mandi lagi..

GuGuGaGa bersama Auntie Ada..
Huhuhu...
Kepala Aiman dah nak same besor dgn kepala auntie dia.

Pegang anak orang memang la kekok..
Sok dah pegang anak sendiri confirm tak kekok punye...
Lalalalalalalala....

November 29, 2009

.::Our Special Raya::.

Gagaga.. Sudah sampai ke kolej UM jam 4.30pm tadi.. Banyak tido je sepanjang perjalanan. Traffic jam! Sangat boring coz kereta bergerak terkedek-kedek seperti itek pulang petang. Huhuhu.. Kesian Angah.. Drive sorang-sorang. Aku membuta.

Takde internet kat kampung. So memang x online since petang Khamis lepas smpai la hari ni.. 19 comments aku dah approved jap tadi.. Dan entry terakhir posted by Haniff tu pun aku baru bace jap tadi.. Wahaaaa.. Terharu.. & rase bersalah.. Bukan salah abg sorang.. Salah syg juge. I'm sorry for everything & I want u to know that I love u so much dear.. Thanks pd sume yg bg comments & nasihat yg membina.. Sgt hargai nasihat korang.. We are A-OK now. Alhamdulillah. Biasa la. Dah lumrah berchenta mesti ade gado-gado.. Haha.. I shy lah....

Hows ur Raya guys? Mine is quite thrilled lah.. 1st day of Raya was the meet & greet session of Haniff & my family.. Huhuhu.. Alhamdulillah everything went very OK.. Penerimaan abah & mama pun OK. Aku sgt-sgt happy.. Nak share gambar sopan-santun aku & Haniff dgn family aku kat sini. Hehehe...

Mama sporting gile...

Hahahahahaha.. Abah sporting gak?? Waa time ni agak cuak ye...

Abang da nak balik.. Missing u every second dear..

Ni ayat adik bongsu aku, Una pas Haniff balik. ''Abang Haniff ade scar kat dahi dia. Macam Harry Potter.." "Bukan laaa.. macam gangster!" Ana nyampuk. hehehe.. "Abang Haniff pandai amik ati mama & abah..'' sambung Una lagi.. Boleh gelak lagi tak? Hahahahahahahaha... (Haniff tolong jgn bangge sgt. Hehehe..) Everything went so well.. Alhamdulillah.. Guys, please pray for us.. Perjalanan ni masih panjang. Bnyk lagi yg bakal ditempuh lepas ni..

Ape-apepun.. This is the most special AidilAdha for me.. Thanks abang. ^__^

p/s: dapat makan kek lapis Sarawak free dgn seluruh ahli keluarga & sanak saudara. jiran yg dtg pun dapat makan. abang & kawan2 pun dapat makan. rezeki hari raya.

November 26, 2009

Special for Rabiatul Adawiyah. It's all my fault!


Assalamualaikum...

I'm very sorry.
It's all my fault.
You make me realized that ours are ours.
And you already show yourself to me.
You told me what you like, what makes you uncomfortable with and everything.
And thank you for that.
I promise to make my weaknesses become transparent as what you want.
I will be by your side every time, every second, anywhere you go.
I just wanna say sorry.
Well oh they might some problem between us that big big big as an elephant but we know that we can handle that problem together.
And we can still have a joy.
About your likes and dislikes,
now I know and I promise to give you some joy and some space for your triumph.
I wanna let you know that I need you and I love you.
Yes, I love you.
You take my heart and my mind to remember you all the time.
Sometimes, we have different view of something related to us.
But, we will discuss and we will get ours.
That's why I like you.
We had plan everything and we will go on with that plan.
I know that you love me too.
Every day you showed me and give your love.
Thank a lot for that.
You are intelligent and brilliant life companion for me.
Yes, you're a good one for me.
I give you spaces and your own life now.
Do it well okay.
InsyaAllah, ours are still ours forever.
Last from me Here, I love you so much.
Only you Rabiatul Adawiyah.
Thanks for everything.

.::Don't Let Me Fall::.


Underneath the moon, underneath the stars
Here's a little heart for you
Up above the world, up above it all
Here's a hand to hold on to

But if I should break, if I should fall away
What am I to do?
I need someone to take a little of the weight
Or I'll fall through

You're just the one that I've been waiting for
I'll give you all that I have to give and more
But don't let me fall

Take a little time, take a little line
Get the balance right
Give a little love, gimme just enough
So that I can hang on tight

We will be alright, I'll be by your side
I won't let you down
But I gotta know no matter how things go
That you will be alright

.::Being Me::.











I'm in pain.

.::Home Sweet Home::.

Tak sabar nak balik kampung. Bnyk sgt masalah. Palotak serabut. Hati tak tenang. Tak de sape yg boleh faham atau cuba nak faham. Buat lagi tambah masalah ade la. Jadi ROBOT [klik link] lagi baik kot. Tak payah pk masalah. Tak serabut. Tak menggila smpai mcm ni.

Harap-harap dpt tgk wajah mama & abah, hati jadi tenang balik. Will be going home with angah this evening. Or night maybe. Harap-harap traffic jam x teruk. Atau aku akan menjerit kuat-kuat dlm kereta mcm org gila.

My home sweet home

p/s: balik rumah bawak hati yg tak tenang. balik rumah bawak sakit. balik rumah bawak sedih. balik rumah bawak kek lapis Sarawak. heh. jemputlah beraya di Boxboxville, Maran, Pahang.

.::Me & My Virtual World::.

This is my thoughts and I'm not forcing you to read it. Tq.

I've been blogging for nearly 7 months now.. Yup. I can say that I'm a newbie here. I'm really new in this virtual world but I found myself happy with what I'm doing. I love reading other people thoughts. I love reading the stories of their life.. Many of them have really wonderful experiences in life. Some of the experiences are really incredible. Unexpected and inspires me.

People have different way of thinking, different way or writing and different way to express their thoughts. And this is how we connect to each other. We share everything here. We share our thought, laughter, sadness, and wonderful feelings here.

This is a part of my life. My virtual world. We are virtual friends that share everything in this virtual world. Even though I only knew very few of you, we share our journey of life together... We make people laugh with our stories, we make people think, we inspire people.. We share wonderful experiences and facts that others might not even know.

So, this is my thought. People's thought = There is no right or wrong with it. They share their opinions. For me, this is the beauty of virtual life. And I found happiness here. I'm just an ordinary girl who wanna share my experiences of life with people who are willing to share. I'm being myself. I'm being me. So let me be who I'm am. Let me live this life. Let me enjoy myself. I like being myself and the way I am now. Nobody can change me. Writing makes me feel relief from burden and problems that I need to face in the real world out there.

Thanks to you. Yes. You.. The one who are willing to read my stories.

.::InsyaAllah Kami Berchenta Utk Selamanya!::.



Kawan-kawan,
Tolong doakan usaha kami ini berhasil.
Doakan kejayaan dan kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat.

Terima kasih,
Thank you,
Arigato gozaimas,
Guten tag,
Merci beaucop.


Regards,
Hanx n Ada.


November 25, 2009

.::Kisah Benar Si Budak Bertuah::.

Tuah. Korang rase korang tergolong dlm golongan org bertuah tak? Korang pernah dpt cabutan bertuah tak? Atau korang mmg keturunan Hang Tuah? Atau korang dgn selamba badak & dgn muka tak malu mengaku yg korang bertuah? Dlm kata lainnye, buat-buat bertuah. Ok. Kisah aku kali ni ade kena mengena dgn kes keempat. Buat-buat kononnye diri ni bertuah. Dan akhirnya memang betul2 bertuah.

18 November yg lepas. Ini bukti. Ye. Lappy aku tak bleh nak print screen. Lappy lama. Zaman Jepun punye lappy. Jadi, aku snap2 je pakai henpon mahal aku. Hiks.


Lihatlah. Sangat tak malu bukan? Aku mengaku diri sendiri bertuah kerana menjadi follower ke-100 kak Suri. Hahahaha. Adeh.. Malu dgn diri sendiri sebab tak tau malu. Haishhh.. Alkisahnya selalu jenguk blog kak Suri sebab aku kan Clicker Tegar NuffNang. Meronda satu Malaysia sampai la terjumpa blog SuriSarawak, HomeMadeCake [klik link].

So itulah yg berlaku. Aku cuma berbasi-basi dgn kak Suri smbil klik Nuff beliau. Saje bergurau je nak kek tu. Tak sangka pula kak Suri amik serius. Kek dlm blog kak Suri sume cantik2. Warne biru, warna hijau, bunga2. Macam2 la. Memang terliur sgt kalo singgah blog beliau. Ye aku memang tak suke buat kek. Sebab tu tak boleh kawen lagi smpai skrg. Maaf ye Haniff. Nanti saye belajar. Hehehehe.

Kak Suri ade wat entri pasal kek lapis yg dia dah pos kepada pelanggannya pagi tadi. So, dah dapat agak kek aku akan sampai hari ni. Kek Lapis Ever Green [klik link] yg kak Suri janjikan dah sampai kat office kolej petang tadi.. Wahh sangat teruja!! Ye la.. At least aku dapat bawak buah tangan utk mama & abah di kampung esok. Boleh jadi juadah Hari Raya Qurban nanti.

Di kesempatan ni saye nak ucap banyak2 terima kasih wat kak Suri. Tak sangka la dapat kek lapis ni.. InsyaAllah nnti sy order kek pulak dari kak Suri. Mungkin kek tunang? Atau kek kahwin? Hehe.. InsyaAllah. Thanks a lot Kak Suri..

p/s : dengan ini, aku isytiharkan diri aku sangat bertuah. Sape2 nak makan kek ni sile la bertandang ke teratak burokku di BoxBoxVille di hari raye nnti. Terime kaseyy!

November 24, 2009

.:: Kau Berhak Menilai ::.

UM dah sunyi. Bebudak dah ramai balik kampung. Aku jugak yg still kat sini. Yg tinggal pun cuma mak-mak Arab & pak-pak Arab masyamm yg x balik negara diorg. Memang dah biasa setiap kali nak balik bercuti, aku antara yg paling lambat, memandangkan aku menumpang abang-abang yg bekerja. Raya kali ni, Along tak dapat cuti. So aku akan balik dgn Angah. Itu pun hari Khamis malam, lepas Angah habis kerja. Lambat gile. Tak sempat nak tolong mama mengemas rumah. Sorry mama.

Aku baru lepas dinner ni. Nasi goreng ketam. Then teringin makan ayam goreng kunyit. Sup kosong. Order tiga tu.. Abang cafe tgk muka aku je terus dia dapat teka. "Nasi goreng ketam!" sambil jari telunjuk menuding ke arah aku. Aku pun senyum aje. Memang tu je makanan yg boleh tekak aku terima. Kadang-kadang mee goreng mamak. Kadang2 kue teow goreng mamak. Itu je la menu aku hari2. Patut la kurus. Menu lain semua x sedap. Ish. Kalau abg-abg cafe tau aku ckp x sedap, mesti diorg kecik ati. Dah la kat kolej ni aku memang x ramai kawan. Yg jadi member aku pun cume abg-abg cafe n abg Umaidi western. Takde diorg, memang sepatah aku x bercakap dlm sehari. Dah la dgn roomates sendiri pun memang x ngam.

Ape aku bebel ni? Entah.. Just tulis ape yg terlintas dlm kepala.

Aku dah lama simpan ni. Ciri-ciri orang yg lahir bulan Januari:
  • Ambitious and serious.
  • Stubborn and hard-hearted.
  • Always looking at people's flaws and weaknesses.
  • Like to criticize.
  • Smart, neat, and organized.
  • Sensitive.
  • Quiet unless excited or tensed.
  • Rather reserved.
  • Very stubborn and money cautious.
Semuanya ada pada aku. Memang nearly 100% true. Dua kali dia mention tu. Point yg kedua, stubborn. Point terakhir, very stubborn. Aku memang dilahirkan degil ke? Tapi semua ni boleh diubah kalo aku nak. Ye. Aku memang nak berubah. Kesian kat org sekeliling aku. Mesti diorg tak sabar dgn perangai aku. I'm really tired of being me. Being who I am now. Terlalu degil & keras hati.

Yes, I know. Aku tak perfect. Memang aku takkan jd manusia perfect. Suka tgk salah org, tp salah sendiri tak nampak. Aku tau tu. & aku akan ubah. Bila kita sayang seseorang, kita sepatutnya terima baik & buruk org tu. Dan tolong dia perbaiki kelemahannya. Tapi aku kadang-kadang tak buat tu. Selalu nak ikut cakap sendiri. Degil. Keras hati. Tapi percayala. Aku sedang cuba. Bukan aku tak pernah cuba.

Abg, sayang nak minta maaf. Sayang bnyk wat salah. Bnyk wat abg kecik ati dgn perangai syg. Percaya la. I'm trying my best to change. Syg cuba tak jadi degil. Syg cuba tak keras hati. Lepas ni, abg berhak marah. Abg berhak menilai. & abg berhak tegur salah syg.

I love you. With all my heart.

.::Aku syg Adawiyah!::.


Aku syg die!
Aku cinta die!
Aku nak hidup selamanya dgn die!
Aku nak die bahagie!
Aku nak die selamat dgn aku!
Aku nak jg die sampai bile-bile!
Aku nak die tau yg aku syg die sgt2!
Aku nak family die happy tgk anak die bahagie dgn aku!
Aku syg Adawiyah!
Aku sedar banyak rintangan yg kami perlu hadapi!
Aku akan setia, jujur, n ikhlas utk bersama dgn die!
Aku ingin die jd teman hidup aku!
AKU SAYANG N CINTAKAN RABIATUL ADAWIYAH HAIRUNI!!!

November 23, 2009

.::Hobi: Mengembala & Bercucuk Tanam::.

Haniff menelefon.
Haniff : Hello sygku... tgh watpe?
Adawiyah : Main farm..

Haniff : Haaaa? Ape?
Adawiyah : Farmville kat Facebook.
Haniff : OooOOoo.. Hahaha..!


Chet! Haniff sangat suke menggelakkan kesayangannye. Kesayangankah aku? Hehe. Elehhhh.. Kalo time dia main PES tu.. X hengat dunia kan..?? Time org men game, dia best2 je gelakkan. Lalala..

Aku x penah addicted dgn games. Ye. Aku tak tipu ni. Sebelum ni mmg jarang men games. Yg aku reti pun, game Zuma.. Tu pun x abis sampai final level coz yg aku tau, last2 katak yg baling2 bola tu declare pemain yg berjaye tamatkan game tu sebagai adik bradik dia. Wahaaaa!! Dah semestinya aku bukan adik-bradik katak baling bola! So, aku pun stop main Zuma. Hahaha..

Ni nak cite pasal Farmville. Ala.. application dlm Facebook tu.. Korang main tak?? Aku cume main dua applications dlm Facebook. Farmville & Farmtown. Farmtown aku rileks kejap coz nak fokus pd Farmville. Wahhh..! Main game pun kena fokus! Lalala...

Seriously aku dah addicted dgn game ni. Dulu, aim aku cume nak dapatkan Villa sejibik, then aku stop main, tapi skrg dah tukar aim.. Nak tunggu sampai level 37 yg mane kite dpt unlocked semua seeds. Hehehe.. Entah hape2.. Umoq dah tua tp still men game yg ntahpapentah ni.. Ni semua angkara Tamayoy yg mengajar aku bermain Farmville.. Haishh..

Di saat dan ketika ini, XP Farmville ku dah 106 221 XP, Level 36. Bermakne aku memerlukan lagi 779 XP utk ke level 37.. Then bila dah unlocked semua seeds, aku akan stop men.. Haniff, tak payah risau dah saye terkocoh2 nak balik bilik ostel utk harvest tanaman saye ye. Hehehe...

Teturki, kekamben, gegajah, itek2, kekure, dan arenab2..

Kekude, blacksheeps of the family, bebiri puteh, dan kekucen..

Villa kesayangan, umah lelembu, angse x bertelur emas, & rerumah kesayangan.

p/s: saye tak mengembala khinzir/babi/pigs di Farmville mahupun Farmtown. Ladang saye ladang HALAL. Terime kaseyy...

.::Mardy Bum By Arctic Monkeys::.

Now then Mardy Bum,
I see your frown and it's like looking down the barrel of a gun,
And it's goes off,
When all come all these words,
Oh that's a very pleasant side to you a side I much prefer,
It's one that Laugh and Jokes around,
Remember cuddles in the kitchen yeah,
To get things off the ground and it was,
Up, up and away,
Oh but it's right hard to remember that on a day like today,
When you're all Argumentative,
And you've got the face on..

Well now then Mardy Bum,
Oh I'm in trouble again, aren't I?
I thought as much,
Cause you turned over there,
Pulling that silent disappointment face,
The one that I can't bear,
Can't we Laugh and Jokes around,
Remember cuddles in the kitchen yeah,
To get things off the ground and it was,
Up, up and away,
Still it's right hard to remember that on a day like today,
When you're all Argumentative,
And you've got the face on!
Yeah I'm sorry I was late,
Well I missed the train and then the traffic was a state,
That can be arsed to carry on in this debate,
That reoccurs,
And when you say I don't care,
Well of course I do,
Yes I clearly do!

AdaNiff love Arctic Monkeys Forever!

November 22, 2009

.::Perubahan Minor::.

Hi kawan2.. Hujung minggu ni merupakan hujung minggu paling bosan dalam sejarah kehidupan seorang budak bernama Rabiatul Adawiyah.. Hohoho. Melampau la kan..? Ye.. Sangat bosan, saya hanya tercangok di dalam bilik mengadap laptop. Sepatutnya di Times Square. Sepatutnya makan nasi goreng tomyam di 10th Avenue, sepatutnya bermain Bowling di AmpangBowl Times Square.. Itu yg sepatutnya. Tapi yg sepatutnya tu jadi x patut sebab my partner dah balik bercuti. Uwaaa!!! Haniff smpai hati kau tinggalkan aku kebosanan di sini. Huhu..

Perasan sesuatu? Header dah bertukar... & nama blog juga sudah bertukar. Blog ni sedang mengalami sedikit perubahan. Apekah perubahan itu? Ye, blog ni dah tambah sorang lagi contributor, which is my dear Chenta.. Haniff will join me writing in this blog. Waah..! Sangat seronok! Mula-mula dulu, I thought that he will not support me writing but a few hours ago he decided to make this blog OURS, not MINE anymore.

Ada Apa Dengan Adaniff, bukan Ada Apa Dengan Ada lagi.

Actually Haniff dah start wat satu blog utk kami berdua, tapi bila dibincangkan semula, tak salah kalau kami kongsi blog yg dah sedia ada ni. He can write his stories, and I can write mine.. We can share both stories together to share them with all of you.. (ye ayat kelam kelibut)

Tak mahu cakap banyak. Hopefully perubahan minor ini akan memberi perubahan major dalam hidup kami kelak, InsyaALLAH..

Di kesempatan ni gak nak ucap thanks so much to all the NuffNang Clickers.. Same2lah kita bekerjasama click2 ok.. Thank you so much sebab sudi membaca blog ni & diharap perubahan minor ni dapat diterima oleh semua..

BLOG KAMI, SUKA HATI KAMI. :)

p/s: sangat tak puas ati dgn header baru! ade mase nnti nak tukar len. hehe..

.:: WoW... Panjangnye...! ::.

Ok class. Today Miss Ada will give u some general information.. Haha. Gediks Miss Ada 'skeaping'..

Semalam jumpe Pakcik Google. Pastu jumpe Pakcik Wiki. Dua2 genius. Dua2 bnyak info. Jadi Miss Ada curik la info diorang utk share dgn kamu semua. Ahaks. Bukan curik. Amik utk kongsi sedikit info. Ok class. Please pay attention ok.. Yg kat belakang tu, kamu sembang ape?? Pay attention. Nanti Miss Ada rotan. (wow..garang..)

Tolong absorb ape yg Miss Ada nak kongsi dgn kamu semua ni k.. Nanti masuk pekse Miss Ada harap kamu semua dapat jawab. Faham semua?? Fahimtum? Understand?
Faaaaaaaaaaahaaaaaaaam Miss Ada (suara echo students dlm class..). Sungguh-sungguh berangan jadi chekgu ni. Hehehe..

Ok class. Do you know what are the longest place names in the world? If some of u knew, thats good.. Thats really good (sebut mcm orang Russia dlm 2012). Hehe..
Repeat after me ok. The longest place name in the world is:

TAUMATAWHAKATANGIHANGAKOAUAUOTAMATEAPOKAIWHENUAKITANATAHU

Ok class.. Boleh sebut? If tak boleh sebut, tolong ingat keyword dia ya.. Ni Miss Ada bagi keyword.. Mata. Kata. Hang. Au! Tamat. Tea. Pokai. When. Kita. Tahu.
Are you with me class?? Yes?? Good. Thats really good.

The second one is:

LLANFAIRPWLLGWYNGYLLGOGERYCHWYRNDROBWLLLLANTYSILIOGOGOGOCH

Ok keyword class. 1 je ye. Ingat A go-go. Hiks..


Ok thats enough information for today. Miss Ada pun berbelit lidah nak sebut nama places ni.. Ok. Hafal ye class.. Nanti kuar exam, sape tak dpt jawab, Miss Ada hantar kamu ke class paling corot.. Class dismiss. Thank you.

p/s: Nak lebih info, sila jumpa Pakcik Wiki Di Sini ye class..
Source of info & photos : Wikipedia

November 21, 2009

.:: Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya ::.

Hoyeah hoyeah...! Ini bukan entry Hari Raye Haji ok... This is a special entry for my little sister.
Si kecik kat depan tu, adik bongsu aku..

Husnatul Aflah.. Sedap kan name tu? Aku la yg letak name tu mase dia lahir dulu.. Mama cadangkan 2 nama. Husna & Aflah. So aku pun gabungkan name tu. Disebabkan name aku Rabiatul Adawiyah, aku pun dgn gatal menambah 'tul' pada nama dia. Jadi Husnatul Aflah... Hehe.. Kami comel bukan?? Hehe.. Selalu ejek nama dia. Unatul Cepelah. Kadang2 Usnatul Apelah! Ngee. Aku kakak yg suke buli adik. Terima kaseyy...!

Ok meh aku kutuk dia lagi & lagi. Hehe..

Aku selalu membebel kat si kecik ni..
Malas belajar kat umah.. Sangat malas. Orang tgk tv, dia tgk tv. Org bace majalah Wanita, dia pun nak jadi wanita gak.. Join bace gak. Org main game kat lappy, dia pun main gak kat PC.. Orang santai2 lepak2 baring2.. Dia pun join gak... Orang tido.. Dia lagiiiiiiiii laa tido memanjang..

Aku selalu membebel kat si kecik ni..
Dia malas bace sifir. Serius. Budak kecik ni tak hafal sifir. Sifir 2 n sifir 5 bolehlah. Kadang2 nak marah sgt.. Risau dgn study dia.. Bace sifir malas, bace buku malas, wat soalan Matematik pun selalu je salah... Ape nak jadi laaa budak ni sok.. Ish ish ish.. Risau risau..

Aku selalu membebel kat si kecik ni..
Ya ALLAH... Tulisan dia... Oh... Macam cakar ayam.. Adoi.. Kalo tgk buku dia.. Haishh.. Macam dah boleh balut belacan..! Yg ni, mama pun selalu gak bebel kat dia. Muahahaha. Padan muke.

Aku selalu membebel kat si kecik ni..
Sebab manje sangat. Mama selalu lebihkan dia. Tapi kadang2 mama marah gak dia ni, sebab dia malas belajar. Kahkahkah.. Kalo mama marah dia, kami yg lain gelak je. Hahaha.. (sebenarnye jeles sebab dia bongsu, semua yg dia mintak mesti dapat...)
Darjah 6 dah pakai henpon Sony Ericsson mahal ok... Aku yg belikan kat Low Yatt aritu...
Jeles.. Jeles... Sangat jeles..

Sekarang..
Aku dah tak leh nak bebelkan dia lagi.. Sebab dia dah abis pekse UPSR. Aku dah x leh marahkan dia lagi.. Budak yg pemalas ni, budak yg tak hafal sifir ni, dan budak yg bertulisan cakar ayam ni dah wat kami sekeluarga bangga... Tahniah buat adik Una coz dpt 5A dlm UPSR.. Yeay.. Hnss.. Hnsss... Kembang idong kak Ada.. Hehehe.. Seriously, I'm a proud sister!!

Kesimpulannye..
Don't judge a book by its cover atau dlm bahasa kita, jangan menilai buku melalui kulitnya.. Hehehe.. Mungkin dia dah fokus belajar dlm kelas, so dia dah tak perlu study kat umah.. Mungkin dia sengaja bertulisan cakar ayam, manje & pemalas sbb dia nakkan perhatian lebih dr mama n abah. Anak bongsu la katekan..

So adik, pasni Kak Ada x kan buli adik lagi. Sebab adik dah buat Kak Ada & family sangat2 happy.. Banyak lagi yg adik harus tempuhi kelak.. Kak Ada harap adik berjaya dunia & akhirat. Amin...

p/s: korang tak tau yg aku ade kembar kan? yg sebelah aku tu ialah kembarku.. :)

November 20, 2009

.:: Funny.. Isn't It? ::.

Funny how RM10 looks so big when we take to the masjid and so small when we take it to the store..

Funny how long an hour serving God looks and how short 60 minutes are when spent playing golf, fishing, or playing soccer..

Funny how laborious is it to read a surah in the Quran and how easy it is to read 2-300 pages of a best selling novel..

Funny how we believe what the newspapers say but question what the quran says..

Funny how we cant think of anything to say when we pray and don’t have difficulty thinking of things to talk to a friend..

Funny how we need a long time and have difficulties to memorize one or two verses of Al-Quran, but a very short time and easy to memorize song..

Funny how we can face the TV for hours yet we cannot face the qibla for 10 minutes..

Funny isn’t it…?

Author unknown.

.:: I Just Want You To Know ::.


Dedicated to the love of my life, Haniff..

Sometimes its hard to put my feelings into words,
but I want you to know that hardly a moment goes by
that I'm not thinking about you,
wondering what you are doing,
wishing I could be with you,
and counting hours until we are together again.

Sometimes when I'm with you,
I don't let you know how special you are,
and how your love means more to me than anything else in my life.

I may not always tell you but I really want you to know that
I love you so much. More than words can say..

I LOVE YOU

November 19, 2009

.::Tinggalkan Masalah Kita Sebentar::.

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, "Berapakah berat segelas air ini pd fikiran kamu semua?" Pelajarnya mengatakan bahawa berat anggaran segelas air itu ialah dr 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tapi bergantung kpd berapa lama anda memegangnya. Jika sy memegangnya selama 1 minit, tak ada masalah. Jika sy memegangnya selama 1 jam, lengan kanan sy akan sakit. Dan jika sy memegangnya selama 1 hari, mungkin anda harus memanggil ambulans utk sy (sgt tak hero lecturer ini. heh).. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama sy memegangnya, maka bebannya akan bertambah."

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya... Apa yg harus kita lakukan ialah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi."

Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik. Agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat (makmal bg kes aku ni), tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi esok. Apapun beban yg ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah cukup rehat, ambilnya kembali.

Source: Unknown

p/s: bebanan aku sangat berat sekarang. bahu aku kecik. tak terpikul rasenye. tapi aku dah tinggalkan di lab tadi.. esok kena amik balik...

Ada yang comel. Just seat back. Relax. Chill.
Bertabahlah..


November 18, 2009

.::Mari Bercerita::.

Maka tersebutlah kisah dua lelaki, Joko & Algojo mengembara di atas awan.. Sedang mereka asyik mengembara, mereka terlihat segumpal awan yang sangat cantik..

Algojo sangat teruja dgn keindahan gumpalan awan itu lalu menghampiri dan memijak awan cantik itu, tanpa mengetahui bahawa awan cantik tersebut telah disumpah..

BARANGSIAPA MEMIJAK AWAN CANTIK TERSEBUT, MAKA BELIAU AKAN BERKAHWIN DENGAN PASANGAN YG SANGAT HODOH.

Maka legalah Joko, kerana tidak memijak awan cantik. 'Nasib baik aku tak pijak...' katanya kepada Algojo yg pasrah sahaja dengan sumpahan tersebut..

Setelah pulang dari kerajaan langit dan mengembara merentasi awan, mereka pulang ke Bumi.. Benarlah... Algojo sudah terkena sumpahan dan berkahwin dengan wanita yang sangat hodoh..

Joko pula telah mendapat jodoh dengan wanita yang tersaaaaaaaaaangatlah cun.. Joko bangge siot!

Suatu hari Joko menceritakan kepada isterinya alkisah teman baiknya Algojo terkena sumpahan awan cantik dan berkahwin dengan wanita yang hodoh..

Isteri Joko tiba-tiba menangis teresak-esak... Joko cemas lalu bertanya isterinya. 'Mengapa kau menangis wahai dinda?? Adekah Algojo itu skandalmu??' tanya Joko.

Isteri Joko menjawab dgn teresak-esak. "Tidak kanda.. Sebenarnya dinda juga telah terpijak awan yg cantik itu'

Joko terkedu...



November 17, 2009

.:: [Contest] SIAPE COMEL? [Mesti La Saye...] ::.

Hakhakhak.. Tajuk yg berunsur perasan di situ. Ish ish ish... Ok. Hari ni saye dgn penuh bangge ingin mencuba nasib masuk contest lagi, memandangkan contest 1st yg saye join tu macam.... hahahahahaha je. Mesti kalah. Gelak banyak-banyak. Hahahahaha. Tapi tak kisah la. Self-satisfaction itu penting.. Menang kalah tu adatlah. Buat ape yg kita suke. Having fun. Living life to the fullest! Ok. Merepek sudah.

Well, contest yg dianjurkan oleh Cik Norlaila dlm blognye HitamPutihKehidupan sgt menarik & mempunyai nilai estetikanye yg tersendiri.. Ewah. Its about our childhood memories, yang wat kite tersenyum bila kita kenang.. Oh.. Sape tak seronok jadi kanak-kanak?? Seronok!!! Main pondok-pondok, main masak-masak, lari sane lari sini, panjat pokok, main nyorok-nyorok.. Ape yg kite mintak mesti parents tunaikan. Oh.. Life tanpa masalah! Tak macam sekarang.. Kita bertarung utk teruskan kehidupan, utk kita capai kejayaan yg kita idam-idamkan..

Ok. Lurus kepada point. Nak share gambar budak tercomel. Hahaha. Tercomot lebih sesuai. Actually, pics ni sangat berharga sebab ini aje la yang tinggal sbg kenangan mase kecik2 dulu. Sempat scan.. Pics asal dah musnah akibat banjir besar thn 2007.. Semua kenangan & gmbar2 dari zaman baby smpai skolah tak sempat nak diselamatkan..
Sedih. Sadis. Tragis. (bukan bodek ok)

Ok. Dgn ini saye memperkenalkan budak tercomot..

Description utk kedua-dua foto:

Nama: Rabiatul Adawiyah binti Mohd Hairuni
Tarikh/Tempat lahir: 12 Januari 1985 / Hospital Besar Kuantan
Umur: Seriously tak tahu umur saye berape mase ni. Nanti tanye mama. Update semula. Hiks

Foto-foto ni diambil di pagi Hari Raya kat rumah atok & nenek di
Maran (sebelah rumah saye je). Tgk lah. Kecik2 dah berunsur boyish. Abah tak belikan barbie doll, tapi beli racing car utk saye. VrooooOOoom!!!


p/s: Laila thanks sebab buat contest ni. Pilih la yg mane sesuai k.. Kalo dpt masuk dua-dua lagi besh. Hakhakhak..

.::Lenka - Anything I'm Not::.

I will never be, I will never be tall, no
And I will never be, never ever be sure of it all
Oh, why is the world so cruel to me
When all, all I ever want to be is anything I'm not

Gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I'm not
I'm not

I will never be, I will never be you, no
I will always be, I will always be me, that I know
But oh, even though I'm happy being me
I want to get away from all this harsh reality, oh

Gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I'm not

Yeah, gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I'm not
Anything I'm not
Oh, anything I'm not

Gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I'm not

Yeah, gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I'm not
Anything I'm not
Anything I'm not
Anything I'm not
Anything I'm not

.::Why Is It So Hard For You??::.






YES, I TRUST YOU.


DO YOU TRUST ME???





November 16, 2009

.::PadaMu Ku Mohon::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH, tiada kemudahan kecuali pada perkara yang Engkau mudahkan.. Aku berlindung kepada kalimah-kalimah ALLAH yang sempurna dari murka, seksa, kejahatan hamba-hambaNya, dan dari bermacam ragam gangguan syaitan serta kedatangannya..

Ya ALLAH, aku adalah hambaMu. Anak hambaMu yang berada dalam genggamanMu. Ubun-ubunku berada di tanganMu, berlalu dalam hukumMu, keadilan berada dalam ketetapanMu.

Aku mohon kepadaMu, melalui seluruh nama yang baik untukMu, nama yang Engkau gunakan untuk menamai diriMu, nama yang Engkau turunkan dari kitabMu, nama yang Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu, nama yang Engkau pilih untuk disimpan di sisiMu pada alam ghaib, kiranya Engkau menjadikan al-Quran yang mulia sebagai cahaya kalbuku, menyegarkan hatiku, mengikis kesedihanku, dan melenyapkan kebingungan serta keresahanku.

Apabila semuanya serba tak kena, dan engkau tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, engkau masih boleh bersandar kepada DIA yang Maha Mengasihi. Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA yang memberi cahaya. Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA yang tak pernah melukakan hatimu.

DIA Maha Adil.

November 15, 2009

.::Mumbo Jumbo [MUMBLE] Double Trouble::.

I don't want much.
I just want everything.

Heh.. Ini lagu Bunkface.

But, can I really get everything that I want??

No. No. No.

I may not get what I want.

But I already got what I need.

Air, food, shelter, family, friends, memories,
love, joy, hope, sadness.

And everything that will make me the person that I am now..

Ok. I'm motivated enough.

c.h.a.Y.o.!.

.::A Picture Tells A Thousand Words::.


For everything, there is a reason...


A time to be born, and a time to die...


A time to kill, and a time to heal...


A time to keep, and a time to throw away...


A time to weep, and a time to laugh...


This entry is for CIK BULAN and her blog BULAN ITU AKU

November 14, 2009

.::'POT' Hitam Diserbu Lagi::.

P


O


T


.


H


I


T


A


M


Background belog saye sgt HITAM bukan??? Kamu suke tak?? Oh bukan mahu cakap pasal background belog saye ni. Tapi mahu cakap tentang POT HITAM a.k.a org HITAM.

Saye jarang menonton TV krn tinggal di hostel.. Bukan sahaje Nur Kasih. Malah Buletin Utama juga jarang sekali saye tonton.. Hanya dapat peluang menonton Buletin Utama secara kebetulan, kalau turun ke cafe beli dinner.

Minggu lepas, keluar berita pasal POT HITAM. Gerun. Takut. Seram. Mereka bersaiz besar. Mereka boleh lakukan ape saje pada kita orang Asia yg bertubuh kecil ini. Mereka terlalu berleluasa di negara kita. Padang bola di kawasan perumahan pun mereka conquer. 20% kawasan perumahan dihuni mereka. Orang kita tak berpeluang beriadah. Anak dara diganggu. Bini orang pun mereka lenjan. Anak-anak kecil tak berani keluar rumah. Apekah??? Kenapekah?? Why??? Why???

Hari ini, sempat tonton Buletin Utama sekejap tadi. Isu yang sama lagi.. Tapi tak dengar butir isinya.. Cuma nampak mereka diserbu pihak berkuasa.

Sejujurnya, sangat takut dengan keadaan ini.. Kes rogol, kes dera.. Banyak melibatkan mereka.. Tempat kita dah tak selamat... Dah takut nak jalan sorang-sorang. Takut jadi mangsa POT HITAM.. Pihak berkenaan.. Kenapa ini berlaku? Kenapa tak ada tindakan?? Kami takut di tempat sendiri. Kami dijajah lagi di tempat sendiri.

Tolong buat sesuatu...

.::Aku Tak Dapat Bercuti Macam Korang::.

Waaaaaaa.. Sangat jeles bila blogwalk.. Sangat jeles dgn semua orang... Semua dah selesai exam & balik kampung, sedang aku masih terkapai-kapai di sini.. Uhuk uhuk.. (T__T)

Ini ialah cuti sem kedua aku tak balik bercuti. Cuti semester lepas pun x balik kampung.. UM sangat sunyi bila semua students degree balik kampung.. Yang tinggal cuma sekerat dua. Mujur la aku duk 11th. College ni. Kat sini ramai international students, dr Arab, China, Jepun, Indonesia, Singapura.. Name pun International college kan.. So x de la sunyi sangat since diorang tak balik negara diorg..

Aku dan 11th College. Bukan aku yang curik huruf 'Y' itu ye. Hakhak..

Aku tak dapat balik sebab on-going labwork kami masih belum settle. Masalah utama ialah bila chemicals yg di order lambat sampai.. Chemicals yg di import amik mase hampir sebulan utk sampai. Mungkin awal Disember nnti (harap-harap lebih awal).. So sgt bnyk kerja tertangguh..

Kalau nak diceritakan kat sini, aku takut aku down.. Sebab ikut perancangan awal, akhir tahun ni aku dpt tamatkan program masters ni, tapi banyak sgt halangan.. Especially chemicals. Tak masuk lagi alkisah orang2 sekeliling & makhluk2 di lab, lagi la banyak masalah.. Lumrah la tu.. Salah faham berlaku kt mane2.. Aku dah malas nak amik peduli hal ni.. Idop macam roda. Ade atas, ade bawah.. Kena terima.. Talam dua muka banyak. Talam 3, 4, 5, 6 muka pun mungkin ade. Tutup mata saje lah..

Aku, Kama & Nora. Sorry Fifi pic kamu takde di sini.. Hiks. Ade gaya saintis tak? :p

Ape yang penting, aku mengharapkan keajaiban.. Hakhakhak... Aku mengharapkan aku dpt selesaikan semua ni secepat mungkin.. InsyaAllah.. Thanks banyak2 pd Geng Sedut (geng aku di lab).. Sebab korang la aku masih kuat di sini.. Sorry sebab selalu dtg lab lambat. Hakhakhak.. Sori jugak sebab lately aku kerap kurang sihat.. Entah ape yg tak kena..

The SEDUTers, Kama, Fifi, Aku & Nora.. You guys are my strength. Thanks a lot..

Kawan2, doakanlah kerja aku selesai cepat.. Kalo boleh awal tahun depan aku nak tamatkan study, insyaALLAH... Aku dah 24 ni, sepatutnya masa ni aku dah dpt tolong mama & abah.. Dapat bagi duit tiap-tiap bulan kat diorang.. Tapi sampai skrg masih belum berpeluang lagi. InsyaALLAH. Aku percaya pada rezeki Dia. Aku percaya setiap orang ade bahagian masing-masing. Doakan rezeki aku murah.. Amin..


Mahu kenal Geng Sedut??

Gi jalan-jalan kat blog diorang k.. Klik2 link di bawah :)





November 13, 2009

.::Close To Me::.

My dear, thanks for EVERYTHING...

November 12, 2009

.::2012 & Daytona::.

Seperti biase, keje lab habis awal lagi hari ni. Ok.. itu ayat tak jujur. Ini ayat jujur. Kami dengan selamba badaknye menamatkan keje lab awal lagi hari ni sesuka hati kami sahaja. Hakhakhak.. So, ade peluang aku beronggeng di sebelah petang.. Ole..!!

Semalam mama call, mintak aku tlg belikan kasut BUM utk adik bongsuku Una.. Then mama suh pos kasut tu ke kampung.. Aku pun dgn x membantah bersetuju saje. So, hari ni aku ke MidValley after lab. Cari kasut. Pilih, capai, try, beli (mama bank in duit utk beli kasut ni). Semudah ABC. Ye.. semudah ABC jika wang bnyk di dlm poket.. Poketku kering gile skrg. Kering kontang. Kemarau.. So, memang life akhir tahun ni tidak semudah ABC. Pasrah saje..

Memandangkan Chenta sudah memulakan cuti sem, maka aku pun rase nak amik kesempatan la kat dia. Huhuhu.. Jgn slh fhm ye. Bukan amik kesempatan.. Tapi grab peluang yg ade utk memudahkan kerja aku utk x mengepos kasut itu & berurusan dgn pjbt pos.. Lagipun hantar by-hand itu kan lebih selamat.. Aku mintak tlg Chenta hantarkan kasut Una ke rumahku hujung minggu ni memandangkan Chenta bakal balik Pahang esok... Hakhakhak..

Chenta, selamat bertemu dgn mama utk kali pertama... Selamatlah kau kena basuh dgn abah ye... Hopefully semuanya ok nanti. Aminnnn.... Chenta cuti smpai akhir tahun depan.. LAMENYE.....!!!!! Tak pe Chenta. Saye janji utk duduk diam-diam sahaje di hostel sepnjg ketiadaan kamu.. Huuu... Sumpah hujung mingguku lepas ni BOOOOOORING gile....!!!

After beli kasut ptg td, aku pun gerak ke Bangi, niatnye nak hantar kasut je la.. Dlm perjalanan tu aku dpt sms dr Chenta.. Kwn2 dia ajak gi Alamanda.. Aku on je la.. Ade gak peluang aku meronggeng dgn Chenta sblm dia bercuti panjang.... Kami berempat (aku, Chenta, Budin & Judin) gerak ke Alamanda...

Agenda utama di Alamanda, menonton 2012.. Malangnye, tiket lak sold out.. Kalo ade pun single seats... Alahai takkan nak duk sorang seat atas, sorang seat bwh, sorang kanan, sorang kiri kot... Akhirnye kami pun membatalkan hasrat menonton 2012 itu & hanye merayau2 saje di Alamanda...

Frust tak dapat tgk 2012, dpt popcorn 2012 pun jadilah... Hakhakhak...

Daytona. Orang kate itu game racing sepanjang zaman. Ye??? OOoooOooo.. Aku baru tau. Haha. Layan aje la bakal2 cikgu ni kat main game kat Alamanda setelah masing2 frust tak dpt tgk 2012...

Hepinye dia..

Kalah dgn Judin. Hakhakhak...

Dari kiri: Cikgu Budin, Cikgu Chenta, & Cikgu Judin
hoh... kantoi dgn anak murid ni kang cikgu2 sekalian....

Ok.. Setelah melihat mereka begitu seronok bermain Daytona ini, maka baru aku tahu, memang benarlah Daytona itu game racing sepanjang zaman... Dan utk mengukuhkan lagi pernyataan itu, inilah buktinya............

Ini pic yg akak aku send bulan lepas.. Anak saudaraku berumur 3 tahun stgh ini pun rupe-rupenye dah terjebak dgn Daytona... Kukuh kan bukti aku ni?? Hakhakhak...

I enjoyed my evening very much... Thanks a lot to my dear Chenta, Judin & Budin.. Sangat enjoy dgn diorang ni, bakal2 cikgu PJ yg sempoi oi oi.. Seronok berkawan dgn diorng.. & bercinta dgn Chenta pun seronok juga. Hahahaha...

Memandangkan bukti disahkan kukuh tanpa sebarang keraguan, maka dgn ini aku isytiharkan.. Daytona ialah game racing terhebat sepanjang zaman... Terima kasehhh..

November 11, 2009

.::Mencampak Bola::.

Oh... Aku sangat sangap mencampak bola skrg.. Bola 10kg yg paling ideal utk dicampak ke muka kau & org2 yg tak puas hati dgn aku.. Oh. Bukan. Bukan ke muka kau atau mereka. Campak bola bowling maksud aku.

Semenjak berteman dgn Chenta ni aku jadi ketagih mencampak bola.. Bagus juga. Sepanjang hidup aku memang jarang beriadah. Dah la kurus kelengking. Riadah malas. Ketiak tak pernah berpeluh. Kakaka.. Memang ade hikmah la aku berteman dgn bakal Cikgu PJ itu. Heh. Berpeluh jugak ketiak aku akhirnye. Kakaka.

Campak bola ni memang best. Seronok. Puas (kalo dpt wat strike la..). Fun. Dan yg paling penting, pade aku la kan, mencampak bola ni dpt increase confidence level. Macamane? Ye la.. Lane tu kan kanan kiri entah sape2 lagi yg main. Kalo orang yg malu2 ayam nak mencampak bola, confirm masuk longkang punye..

So, kat sini la kite boleh belajar jadi lebih yakin. Lantak ko la steps ko salah ke, nak terkangkang kat depan tu ke, nak terbang ke, nak meluncur ke, nak buat summersault berpusing kat depan tu ke, nak campak sampai pecah lane tu ke (ha yg ni kau tanggung sendiri la kalo dah pecah), at least ko ade keyakinan nak mencampak. Tak ade rase malu, segan mahupun control ayu..

So, sape2 yang nak rase nak belajar increase confidence level secara sempoi oi oi.. Aku sarankan, jom la kite mencampak bola.. Ajak kawan2, geng, atau family. Di samping dpt mengeratkan silaturrahim antare kite, mencampak bola ini juge dpt dijadikan hobi & aktiviti riadah yang menyihatkan...

Memilih bola 10kg untuk dicampak..

Campak...!!!

Hak hak hak.. Izinkan aku tayang kekalahan aku di sini...
(TH=Haniff TA=Adawiyah)

November 10, 2009

.::Dare You To Move::.

This song is dedicated to a friend of mine. Hey.. I just want you to be strong.. I know its hard. I've been there before. Things happened for a reason. Maybe you don't have any clue right now. But later, you will know. Believe me. You'll find someone better, who will appreciate you more. Just be strong. Enjoy life. Live life to the fullest.. I dare you to move.. Its not the end, its the beginning.

Switchfoot - Dare You To Move

Welcome to the planet
Welcome to existence
Everyone's here
Everyone's here
Everybody's watching you now
Everybody waits for you now What happens next?
What happens next?

I dare you to move
I dare you to move
I dare you to lift yourself up off the floor
I dare you to move
I dare you to move
Like today never happened
Today never happened before

Welcome to the fallout
Welcome to resistance
The tension is here
The tension is here
Between who you are and who you could be
Between how it is and how it should be

I dare you to move
I dare you to move
I dare you to lift yourself up off the floor
I dare you to move
I dare you to move
Like today never happened
Today never happened

Maybe redemption has stories to tell
Maybe forgiveness is right where you fell
Where can you run to escape from yourself?
Where you gonna go?
Where you gonna go?
Salvation is here

I dare you to move
I dare you to move
I dare you to lift yourself up off the floor
I dare you to move
I dare you to move

Like today never happened
Today never happened
Today never happened
Today never happened before

.::Kenape Saye Suke Rumah Saye?::.

Kenape saye suke rumah saye?? Sebab ade mak.. Ade ayah.. Ade adik.. Ade kucing saye. Huhu... Ingat tak iklan tu? Iklan Petronas. Budak laki model iklan tu mesti dah besar panjang skrg ni kan..? Huhu...

Ok. Nak tunjuk sebab kenape saye suke rumah saye. Ole!!













Huhuhu.. Inilah salah satu sebab kenape saye suke rumah saye.. My mom's orchids garden.. Orang kate mama ni tangan dia 'sejuk'.. Tanam ape pun menjadi.. Oo yeah. Sgt rindukan kampung halaman....