October 31, 2009

.::PitiPitiPuuuu::.

Huarrghhh..! Surat PTPTN dah sampai. Koi kena bayau hutang.. Hakhakhak..

Mane koi nak cekau duit?? Koi study pun belum abih lagi..

So.. Tadi koi, mama dan abah decided utk buat penagguhan bayaran.. Itulah sebabnye koi berada di CC yang serba kekurangan di kampung ini utk mendownload borang penangguhan bayaran PTPTN...

Sori la PTPTN.. Koi memang berhasrat nak membayau.. Tapi koi belum mempunyai keje lagi. Koi mmg tak suke tanggung hutang.. Tapi family koi terpaksa juga meminjam.. Kalo tak koi ni tak de la dapat belajar smpai tahap skrg..

Koi janji, lepas koi abih study Master ni, koi dapatkan kerja yg bagus2 & koi akan bayau cepat2 utang piutang koi tu.. Koi tau ramai lagi student2 nak guna duit pinjaman.. Tapi nak bayau utang tu skrg.. Mungkin tidak.. Maafkan koi wahai PTPTN..

Oh koi berada di kampung sekarang.. Koi happy.. Koi dapat wat kerja koi dgn tenang... Koi x merana azab migrain kat umah. Koi dapat makan nasi kasih sayang mama.. Koi happy sangat.. Koi rase tak nak balik UM la sok. Koi nak lepak lame2 kat kampung. Hakhakhak..! Tadi baru semangat nak bayau PTPTN.. Last2 nak duk kampung lelame kan?? Bile mase nak abih Master koi kalo koi duk melangok je kan..?

Ish ish.. Tukar fikiran. Baik la... Esok koi kan balik UM dengan semangat baru... Kawan2 semua jgn lupe doakan koi... Koi nak sukses.. Nak bagi abah & mama happy.. Nak bagi abah & mama senang.. InsyaAllah. Aminn...

Oh ye.. Memandangkan koi berada di kampung sekarang.. Koi nak share dgn korang.. Buah kegemaran koi sepanjang zaman. Kalo koi tanye korang, mesti korang jawab.. Durian, rambutan, manggis, dan segala jenis buah la kan..?

Ok ini la buah kegemaran koi sepanjang zaman.. SALAK....

Uii.. Fresh dari ladang...

Zoom in...

Zoom zoom lagik...

Ini buah salak jiran sebelah umah koi. Dia dah pesan.. "Kalo nak, ko panjat je la pagar tu Ada.. Ko amik sendiri.." Hakhakhak.. Ape lagi.. Semalam aku pun suh la abah koi panjat pagar sebab aku nmpak dah ade yg masak.. Hahaha. (bukan koi yg panjat)

Pakcik Zahari, terima kasih la pakcik.. Salak pakcik ni sangat sedap.. Len kali pakcik jual la RM6 sekilo. Baru untung. Hiks.

p/s: jiran korang kat kampung ade pokok salak tak?? (soalan kerek)

October 29, 2009

.::Untuk Kita::.

Pesanan. Hanya sebesar tapak tanganku tapi sangat besar ertinya.
Ilmu itu milik-Nya yang tak akan pernah habis.
Bersyukurlah dengan ilmu yang dimiliki dgn mengabdikan diri pada-Nya.
InsyaAllah hidup kita akan beroleh keberkatan di dunia & akhirat..

October 28, 2009

.::Maaflah, Pinangan Awak Ditolak::.

"Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama kedatangannya..."

Petua di atas ialah petua mengatasi senggugut yang aku baca hasil bantuan PakCik Google..

Adeh laaaaa.. Mane aku nak cari buah pinang time macam ni? Nak bangun pun tak larat.. Tulis entry ni pun aku tgh berbaring senget. (ye aku melebih2.. sebenarnya aku sedang duduk. tapi serius. sakit teramat..)

Tak dapat terima pakai petua pinang-meminang tu sekarang. Balik kampung nanti minta mama carikan buah pinang kat jiran-jiran keliling kampung.

Kesimpulannya, pinangan sembilan pinang ditolak bulat-bulat. Tanpa kompromi. Maaflah pinang.

p/s: aku betul-betul tengah sakit kalau ade yg nak cari pasal dgn aku sekarang ni, memang aku terajang hidup-hidup.

Mama... sakit... (time sakit baru nak cari mama. jahat)

.::TMO Zombie Kg.Semangat::.

Ye betul. Entry banyak gambar je sebab baru kemaskini folder2 gambar dlm lappy. Nanti dah puas cerita pasal gambar baru tulis2 pula ok...?

Tak lame lagi filem baru nak keluar. Zombie juga. Zombie Kg.Semangat, Maran. Boleh cari dalam peta negeri Pahang ye. Dlm filem ni zombie keluar waktu siang utk mencuri buah pisang keliling kampung. So diorang tak sebut otaaakk...otaaakkk...ootaaaakkk.. otaaakk macam selalu.. Diorang sebut banana bananana banananaa bananananaaaaa. Gitu.

Sape nak cuba tuah jd pelakon tambahan? Boleh dtg odisyen ye. Casting dulu. Nak tgk keserasian wajah dengan alat make up. Sebab tau2 je la. Budget ciput. So kos make up pun ciput. Waktu & tempat ditetapkan kemudian. Awie bukan watak utama citer ni sbb pengarah takut nak amik dia lepas dia gi sound Ustaz Rock itu. Haha.. Kalau ade yg baca berita tu korang fahamla. Que Haidar ganti dengan Dafi. Cam cumel je. Haha.

Ok ini ialah tutorial bermake up zombie. Simple. Anda boleh lihat & lakukan sendiri di luar rumah. Dlm rumah pun boleh kalo korang sanggup mencemarkan udara di dalam rumah sendiri. Ok aku mulakan tutorial sekarang.

On your mark.. Get set..

Go...!

Tadaaaa!! Ini la hasilnya..! Zombie Kg. Semangat.. Hehehe...

Align Center
Yang ini versi lelaki.

Sure filem ni ata untung, tatak lugi punye maa.. Nantikanlah...Zombi Kampung Semangat di pawagam bersebelahan kedai pomen anda di seluruh Malaysia.

p/s: Bile korang nak klik klik Nuffnang aku??

October 27, 2009

.::Mind Your Language::.

Ogos lepas aku dan abang2ku bercuti di Port Dickson. Tadi aku sempat tengok balik gambar2 yg sempat aku snap kat sana, so aku nak share la ape yg aku snap ni. Bukan nak kondem sape2 ye, just nak share aje..

Korang mesti pernah ternampak benda yg sama di tempat-tempat percutian/peranginan yang lain. Bila dibaca, mmg rase nak gelak.. Tapi sepatutnya pihak berkenaan/berkuasa patut ambil perhatian ttg perkara ni. Ye la, tempat-tempat percutian bukan saje menjadi kunjungan orang2 kita, malah pelancong2 dari luar juga. Jom kita terjah.

Kamu mahu makan banjo? banjar? benjol? benjo?
hehehe..

'Bilek' ni bahasa Melayu zaman bile ye?
hehehe..

Ha.... yg last ni special sikit. Kanak-kanak lelaki (boy) & kanak-kanak perempuan (girl) yg nak masuk jamban perlu membayar RM1.

Hurrrmmm.. Abis tu women & men kena bayar berapa ye kalo nak masuk jamban ni??
hehehehehe..

Someone should really teach them proper language. -_-"

.::Korang Termotivasi Tak?::.

Hi guys.. Seriously I'm not in a good mood to do anything today. Malas sgt. Dunno why. Literature review pun x gerak2 lagi. Sedih la. I really dunno what happen to me. Orang Kampung Semangat ni sangat tak bersemangat...

Few days ago, I browsed PakCik Google to search for quotes that can give extra motivation to me. Wanna share this with all of you.

It wrote:

"If you're ever feeling down about yourself, like you can't do anything right, just remember; you were once the fastest, strongest, most victorious sperm out of millions"

sciencedaily.com

From a biologist point of view, it make sense. Million of sperms work hard swimming & try to penetrate layer by layer of nourishing shell surrounding the egg till it reach and penetrate the zona pellucida. (fakta aku ni betul ke? heh..)

At the final end, just one sperm succeeded. Tak ke bangga menjadi sperm yg satu itu???

Maka boleh la bersetuju dgn quote tersebut.

Hmmm... Korang rase termotivasi tak?? Kalau rase termotivasi, click click la Nuffnang aku. Haha.

.::GohTong-RohYong::.

Hari Senin - Dah lame aku x hapdate pasal keje-keje labwork Geng Sedut. Dulu mse baru start, semangat gile babeng. Sekarang? Mesti la masih bersemangat menunggu chemicals yg dah di order tp tak sampai2. Oleh krn itu kerja kami agak tergendala. Tapi masih bersemangat. Perlu tekankan itu.

Nothing much to do in the lab today. Jadi kami berempat bergohtong-rohyong mengemas lab kami yg sememangnya dah kemas sambil makan rambutan yg Nora bwk dari kampung.

Jom aku bawak korang melawat lab aku yg cantek itu. Nak datang, dialu-alukan. Lepas tu boleh jemput korang minum2 skali. Heh..

Tengok working bench kitorang. Berkilat bukan? Itu aku la yg lap dgn bersungguh-mungguh tadi. Gunakanla sabun Decon. Lupakan yg lain.. Hihi. Fridge yg cumel ni kalo bawak balik kolej ni best jugak ni. Boleh letak air sedap. Hari2 dapat minum sejuk. Haisshh.. Kalo korang leh nampak, yg tudung oren itu ialah Nora sedang makan rambutan.

Lihatlah. Bersusah payah aku panjat bench ni tadi nak susun chemicals ni sume. Cantek kan aku susun? Kemas x? Ni dah confirm pandai mengemas ni. Anak sapaaa la ni. Lulus x utk wat calon bini? Wakakaka.

Haaa yg ni pun aku panjat tadi... Migraine pun migraine la. Sanggup gak aku panjat demi lab terchenta ini. Kat depan tu yg pakai selendang putih hitam yg nampak sipi-sipi je tu ialah Kama sedang berladang FarmVille.

Pandangan dari sudut lain. Yg pakai lab coat itu ialah Fifi sedang menghapdate status FB.

Haaa rak ni sebenarnye penuh barang2 peninggalan orang2 yg gunakan lab ni sebelum kami. Diorang bertiga dah kosongkan rak ni. Ade 4 section kan dari atas smpai bwh. Korang dpt agak x aku dpt level yg mane?? Memandangkan aku paling kecik cumil & pendek, maka aku dapat yg paling bawah. Diorang cakap aku senang nak tunduk-tunduk amik barang.. Pasrah.

Ok itu saja lawatan lab kita utk hari ini. Meh2 jemput minum la kan sebab korang tetamu kan. Aku sajikan korang dgn minuman yg x pernah korang rase kat luar.

Methanol, Acetic Acid, Acetone, atau Dichloromethane. Mane satu yg korang rase macam best je nak sebut & paling sedap nak teguk?? Muahahahaha...

Pas kemas2, kitorang gi lunch. Kul 11 lebih kot mase tu. Kitorang makan kat Kafe Sains. Kafe ni baru. Agak selesa. Ini kali kedua aku makan kat sini. Dan mungkin juga kali terakhir.

Nasi putih, ikan masak taucu, terung masak lada, & sedikit sambal tempe ini berharga RM4.60. Kalo kat kafe lain, ia mungkin berharga RM3.50 sahaja. Kafe Sains = mahal. Mungkin krn maintenance tempat baru tu tinggi. Entah. This will be my second & last time eating there. Thank you. Peace.

October 26, 2009

.::MU Kalah...::.

Ye. Benar. MU kalah.
Pemilik baju merah ini pasti bersedih malam tadi.
T__T

October 25, 2009

.::Made D Bali..Eh..Bangi la::.



My dear Chenta,

Even though you don't like to focus your face
to the camera lens whenever I want to snap our photos,
I just want you to know that
I'm so lucky to have you by my side..
^__^

.::This is FACT::.

Patients with migraines know precisely when and how often and how long their headaches strikes. They often come with long lists. When you have patients with lists, you have a patient with migraine.

Ok. I just have one short list.

1) When? It starts early in the morning.
2) How often? EVERYDAY.
3) How long? It will strike from the morning till I-DON'T-KNOW-WHEN.
4) Why? The presence of COFFEE.
5) Who the hell drink them while you are around? My room mates.

Ok. This is the fact:

I HATE MY ROOM MATES...!!!!

.::Ini Entry Jiwang::.

I DO NOT LOVE YOU
-pablo neruda-

I do not love you as if you were salt-rose, or topaz,

Or the arrow of carnations the fire shoots off.
I love you as certain dark things are to be loved,
in secret, between the shadow and the soul.

I love you as the plant that never blooms
but carries in itself the light of hidden flowers;
thanks to your love a certain solid fragrance,
risen from the earth, lives darkly in my body.

I love you without knowing how, or when, or from where.
I love you straightforwardly, without complexities or pride;
so I love you because I know no other way than this:
where I does not exist, nor you,
so close that your hand on my chest is my hand,
so close that your eyes close as I fall asleep.

I'm lucky to have you by my side.
I LOVE YOU, MY STRAWBERRY.


p/s: dah bagitau ni entry jiwang ok. jgn geli. ngaaa~

October 24, 2009

.::Telatah Mereka::.

Permata hatiku

Muhammad Zal Hazmi
Muhammad Amirul Aiman

My sister selalu send mms pics anak-anak dia. Kira nak update perkembangan terbaru kat Cik Ada diorang la ni.. I really miss both of them..

Woah.. Yg ni aksi 18SG ni. Si adik masih kecik. So si abang cemburu bila ibu asyik lebihkan adik. Lalu diONGBAKkan adiknya ketika tidur.. Huuu..
Satu lagi kepelikan di sini, si adik telah dibedung tapi kakinya masih bergerak2 & boleh diregang2. Hahahaha...!

Si abang dah ada rasa tanggungjawab, dah boleh diharap. Tolong ibu susukan adik. Haha sangat cumel... Si adik yg butak itu nampak makin gomop...

Dua-dua dah boleh berdikari sendiri. Haha so cute both of them.. Sangat rindu abang & adik..

October 23, 2009

.::Bukan Gadis Ayu::.

Aku tengah membaca. Aku tengah menaip. Banyak lagi nak taip nih. 30 pages max of literature review. Hoh..! Sambil2 tu aku sumbat telinga dgn earphone Phillips yg Nora belikn kat Lowyatt. Dengar lagu dlm playlist. Ok.. Semua lagu slow. Layan je la pepagi ni. Roomates dah tido, so aku boleh wat sesuka hati (aku pernah bagitau yg aku tak suka roomates aku kan??)

Sampai lagu Dead & Gone: T.I & Justin.. Ok aku head-bang slow2. Masih ade ciri-ciri keayuan di situ. Manis gitu. Hahah..! Abis melayan Mati & Hilang oleh Justin TasikBalak & T.I, aku tersedar yang head-bang aku makin laju. Makin kuat. Head-bang lagi.

Hoh.. Hilang ayu dah ni.

Tak puas hati dengan pergerakan kepala sendiri yg tak nak stop head-bang, aku tgk la kat playlist. SYSTEM OF A DOWN (SOAD) - Chop Suey. Huarghh! Ini sangat hardcore bagi seorang gadis! How the hell the song is in my playlist? Oh.. Mungkin dalam pendrive lama. Transfer files kelmarin. Sekali dengar, nak lagi. Aku layan lagi. 3-4 kali. Kepala aku tak nak stop head-bang. (Ok I just listen to the melody and ignore the lyrics).

Head-bang & head-bang lagi hinggalah aku tersedar.

Aku ni hardcore rupenye, ganas. Aku bukan gadis ayu. -_-"


Oh sebelum terlupa, sebab aku ternampak SOAD kat atas ni, aku nak cakap pasal SOAP. Heheh.. Quote dari orang-orang sekeliling:

--> Ada dah putih!
--> Tak aci, nak jugak!
--> Makin bersih & putih (ini Chenta yg cakap..heheh)
--> Ko pakai produk ape? SK11 ke? Muka dah bersih la (wahhh ingat aku kaye nak pakai produk mahal2)
--> Nak try jugak la. Beli kat mane? (hah aku beli kat Maran. Jom wat rombongan gi Maran semata-mata nak beli produk ni. Hahaha..)
--> Semakin berseri. (haha tak bleh blah yang ni..)
--> Aku cari tak jumpa la. Produk lain ade la. (ade senang je nak cari. kat booth2 kecik kosmetik buatan Malaysia pun mesti ade)

Oh terima kasih la ye orang sekeliling. Sebenarnya tak berniat nak mengubah keputihan wajahku. Wahah.. Just nak buang kesan jerawat yg bnyk bertapuk kat muka ni kan, since kulit muka aku kering. Masa kat kampung aritu, pegi kedai kosmetik. My sister dah guna Tia Amelia utk buang jeragat kat muka dia. Aku pun pelik, dia bukan warganegara Australia @ UK @ US smpai muka berjeragat cam omputih! Tia Amelia elok utk buang jeragat. Disyorkan beli krim jeragat & jerawat.

Ok ini la rahsia wajahku yg dah bersih sikit ni ye. Guna 2-3 minggu pun kulit dah jadi lebih bersih dari asal. Aku guna De' SARA. Harga satu set RM89.90 je. Lebih murah dari set Tia Amelia. De' SARA guna beras sbg bahan asas. So memang x de masalah kulit menggelupas. Ada produk yg gunakan betik or bahan lain yg boleh wat kulit menggelupas & jadi pedih. Tapi takde masalah tu dgn De' SARA. Mungkin juga ikut kesesuaian kulit masing-masing.


There. The damage is done. Secret revealed.

Hurmmm... Aku ini masih gadis ayu kah??? *wink*

p/s: belilah barangan buatan MALAYSIA. Tq.

October 22, 2009

.::Hoyeah..! Hoyeah..!::.

Hoyeah..! Apekah yg sedang aku lakukan ini?? Literature review masih terkontang-kanting tapi masih sempat meng'edit'cipta header baru. Gagaga..

Bila la nak insaf kamu ni Ada? -_-"

Beberapa entry sebelum ni pendek-pendek --> menandakan aku sedang sibuk dgn urusan study & membaca journal sehingga naik juling anak mataku. (Juling air yg bersifat sementara sahaja...)

Yo lah tu Ada.. Study la sangat. Hahahahahahampeh...!

Suke tak header baru? Or the old one is better? Sila mengkomen segera kepada budak busuk ini. Trimas.

Ini semestinya header lama ye kawan-kawan..

p/s: Actually aku pun x tau kenapa header tu menjadi PINK..! Walhal aku sangat geli dengan kaler MERAH BERJAMBU..! Euww..! (aku bukan berjiwa perempuan ke?)

October 21, 2009

.::Rumah Bertangga Puan Sulastri::.



Credit to Akmal Mustafa, the photographer.

11 Oktober 2009 - Hari bersejarah buat salah sorang Geng Achinoyo, Sulastri. Majlis persandingan berlangsung di Kepong. 3 orang geng Achinoyo je dpt dtg. X cukup korum, but at least kami datang selaku dayang-dayang ye Su. Heheh... Dayang Syaz jauh di Kuantan, tak berapa sihat. Dayang Baya pulak kat Johor. Smbung study kat UTM. Tengah sibuk study & kuliah.

Selamat pengantin baru aku ucapkan buat Sulastri & pasangan. Selamat menempuh alam rumahtangga. Aku rase korang bakal jd pasangan paling sempoi oi oi.. Moga kekal ke anak cucu. Aminnn...

p/s: Achinoyos sekalian.. Lepas ni giliran siapa lak??? Aku rase nak tunggu korang SEMUA kawen dulu, turn aku paling last. Hiks.

October 20, 2009

.::STUPID dumb dumb::.

This is just a stupid entry telling everyone that
I'm a little STRESSED OUT right now.

So just turn around and leave quietly
and no one gets hurt.

Thank you. Peace. 1Malaysia.

October 19, 2009

.::Kama Membuka Rumah Lalu Rumahnya Terbuka::.

Aku baru bangun tido. Jam menunjukkan 1.58 pagi ketika aku mula menulis entry ini. Sampai ke rumah dari Sungai Buloh jam 6.30 ptg tadi. Lepas maghrib, aku tido. Bangun jam 9 malam. Lepas Isya' & bermesej cinta dgn Chenta, aku tido lagi. Ni baru bangun. Kenapa?? Sebab ini adalah penangan Kama membukak rumahnya. Aku terlalu kenyang menyebabkan perutku menggendut. Mataku pun ape lagi, turut menggendut sama. Sangat berat nak dibuka. Ohhh.. Kalo tiap-tiap hari makan macam ni, 10 kilo yang aku idam-idamkan mesti aku dpt kecapi dlm masa yg sangat singkat...!

Aku makan 3 round. 1st round, laksam. Fuiyoh marvellous wa cakap lu..! Sedap Ya Rabbi. (alhamdulilah rezeki. Aku rindu betul dgn makanan air tangan mama aku. Dapat air tangan MakCik Kam ni pun kire marvellous jugak). 2nd round, nasi minyak. Yang ni pun fuiyoh marvellous wa cakap lu..!

3rd round makan kuah durian + pulut & roti. Pasti lagi terangkat kalau ade roti jala. Kama cakap dia tak sempat nak menjala. Ade orang menuba kat sungai belakang umah dia so hasratnya menjala dibatalkan begitu sahaja. Hiks. Sepatutnya ade 4th round, soto. Tapi Fifi, Ista & Zizi cakap terlalu pedas. Aku tak tahan pedas, so aku tak makan. (Alasan sebenar ialah perut aku terlalu kecik. Tak dapat nak sumbat semua walaupun MakCik Kam memaksa kami makan & makan & makan & makan & makan lagi. Ohh nafsu aku mampu, tapi perutku dah tak mampu...)

MakCik Kam sangat seporting. Menceritakan kisah mase dia mude selim jelita dulu. Oh memang selim jelita MakCik Kam. Beliau mengeluarkan 2 foto kawen bersama gaun kawennya dari bilik. Oh confirm selim. Anaknya pun x leh lawan keseliman ibunya. Hihi sori Kama.

Ape2pun, hari ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri. Hari paling kenyang sepanjang hidup. Betul. Perut aku menggendut. Senak bagai nak rak. Yang paling best lagi ialah kami sempat mentapau makanan2 utk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Dah la makan banyak, tapau pulak. Budak-budak ini memang pelantak tak tahu malu namenye.

Thanks Kama kerana telah membuka rumah kamu. Dan membuka bilik kamu juga sebenarnya. Ista landing paling awal. Dia kemas tak cadar bilik kamu? Hiks. Nora sangat jeles dengan bilik kamu. Dia bising.. Dia cakap JELES! JELES! berulang kali. Aku tak cakap ape2. Aku diam saje. Tapi sebenarnya aku pun jeles. Hehe.

Bersama ini aku abadikan (apekahh) foto kita bersama. Rumah Kama mewakili Kama sendiri. Ista ialah jurufoto. Fifi ada di belakang (kanan) sedang sibuk mentapau soto. Ok. Cukup korum. Thanks again Kama.


p/s: aku tak pasti apa yg sedang aku fikirkan sekarang. kepala aku tgh ligat berfikir sebenarnya. aku rasa seseorang sedang memerhatikan aku dari jauh (dari alam maya). dia stalk aku di Facebook. mungkinkah dia juga stalk blog aku ini & mengikuti setiap perkembangan aktiviti-aktiviti harianku yang memang tak kembang2 ini? aku musykil. perlu menyiasat. is she a stalker??

October 18, 2009

.::Somewhere Over The Rainbow::.


Creating text message, she wrote:

--> I bought two tickets to the end of the rainbow. Will you come with me?

Sending text message...


Waiting the reply ........ O__0 ........


1 text message received, he wrote:

--> Yes dear. Wherever you go, I'll go with you..


Few seconds later, another text message received, he wrote:


Owhh.. She was shocked & melted.
What an unexpected answer. -_-"

October 17, 2009

.::Harta Karun & Kemalasan::.


Ini ialah harta karun terbaruku. Craving for these books for months..! At last dapat juga aku beli di MPH Midvalley dgn harga berbaloi-baloi RM64.90 utk 3 buah buku (harga 2 for 3). Dah seminggu lebih aku beli tapi masih belum dibuka. Terletak elok atas meja studyku. Aku sendiri telah menjatuhkan hukum haram membuka balutan harta karun ini.

DiHARAMkan membuka & membaca buku2 Cecelia Ahern ini selagi Literature Review anda belum siap..!

Ohh.. Nampaknya berkurun lame lagi la boleh aku bace buku ni. Literature Review tak siap-siap lagi.. -_-''

p/s: Kenapa aku menjadi terlalu malas? Tidak fokus? Adawiyah...!!!!! Tolong rajin...!!!

October 15, 2009

.::Nostalgia::.


4 Mawar 1995
Duduk dari kiri : Ruhaifi, Anas, Ikhwan, Roziman, Teacher Choo Swee Phing, Ustazah (sori x ingat name), Cikgu Ch'ng, Cikgu Habibah, Cikgu Idzhar, Cikgu Mat Lazim, Norashidah, Jumaatun, Balqis, Aku Comel.

Berdiri (P) : Faizan, Syazwani, Aizan, Elyana, Che Nurr, Marhayanti, Asma Azuani, Fazilah, Hidayah, sori x ingat name, Aishah, Aimi, Alwana

Berdiri (L) : Azmi, Akram, Syed Nasa, Shaikh Hizami, Zamri (arwah), Izzany, Razif, Sri Manikumaran, Jason, Amri, Raja Farid, Amri, Farhan, Shahrun, Hafiedzul, Dzikri

Aku dgn ini nak ucapkan juta-juta terima kasih kpd Raja Farid (sila cari dlm gambar) coz dah mengupload gambar ni kat Facebook. Dulu aku pun ade simpan sekeping gambar ni. Tapi oleh kerana banjir besar last year kat umah aku, semua album2 gambar dah tenggelam dek air banjir & lumpur. Maka tiada lagilah gambar kenangan yg aku simpan bertahun2 lamanya. 1995, mase tu umur 10 tahun. Dah 14 tahun berlalu, dan aku masih lagi kecik macam dulu. Muahahaha..
Berbangga dengan diri sendiri coz still lagi ingat hampir semua nama kawan2 lama..

Tapi yang sedihnya, seramai2 kawan sekelas ni, tak sampai 10 orang pun yang still in touch dgn aku. Itu pun dlm Facebook & Friendster - Raja Farid, Razif, Azmi, Ruhaifi, Shaikh, Anas, (wah kenape semuanya lelaki??..) Hahaha... Yang kerap berjumpa cuma Alwana & Izzany & Balqis coz diorang masih menetap di Maran.

Sangat seronok dapat mengimbau kenangan lama. Nostalgia ni. Gambar yang sekeping ni dapat buat aku tersenyum sendiri. Memang banyak kenangan zaman sekolah. Nak dicerita, mau sampai esok pun abis.

Kan bagus kalau tali persahabatan kita kekal dari kita kecik sampai la kita tua.. Dari kecik, sampaila dah kahwin & beranak-pinak. Wahh.. Gitu... Oh ya sebut pasal kahwin, dah 8 orang dari kawan-kawan kelas 1995 aku ni dah berumahtangga. Masih minoriti. Hehe.

p/s: korang cam tak mereka2 yang berbaju biru dalam gambar tu? Haaa... Itu la barua-barua sekolah a.k.a Pengganas Sekolah. Hahahaha.. Korang jgn main2.. Walaupun aku yang paling kecik antara barua-barua tu semua, aku ni Penolong Ketua Barua tau. Ketua Baruanya si Roziman tu. Dua tahun berturut-turut aku sandang jawatan Penolong Ketua Barua. Hahahaha..

This is damn serious, I really miss my past journey...!!!!

Buat kawan-kawan seperjuanganku sekalian, aku doakan kalian semua berjaya dlm apa saja bidang yang kalian ceburi. Persahabatan kita akan kekal selamanya, insyaAllah.

Sape2 yang baca entry ni, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kpd salah sorang classmate aku ni, Allahyarham Zamri yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu akibat kemalangan jln raya. Al-Fatihah.

October 14, 2009

.::Papadom = 4 hari = RM1juta::.

Korang penah makan papadom? Papadom ni feveret abah. Mase kecik2 dulu mama slalu gorengkan utk abah. Makan dgn nasik. Aku makan jugak. Ganti cikedis. Huhu. Papadom yg mama goreng bukan besar bulat macam Saadom punye papadom. Tapi yg kecik2 petak2. Kalo org x bese makan, mmg diorg kate tak sedap. Tp bagi aku, papadom sedap.

Korang dah tgk cite Papadom ni? Aku sudah. Dengan Chenta. Last Monday kat MidValley. Kitorang masuk panggung lewat 15minit, so permulaan cerita tu ade la sikit yg tertinggal. Kaye Afdlin Shauki & geng pembikin filem ni. 4 hari dah dapat kumpul RM1juta. Dah balik modal pembikinan filem tu. Tahniah tahniah. Clap clap clap..!

Nak aku bagi sinopsis cerita? Tak payah la kot. Korang boleh jumpe Pak Google & tanye sendiri sinopsis cerita ni. Senang. Tak panjang aku tulis dalam ni. Hakhak.

Well.. Cerita ni memang menarik. Tambah2 dgn lawak Afdlin yg memang natural tu. Mmg seronok kat panggung. Masing2 gelak sakan. Bayangkan, kalaula abah aku macam Pakcik Saadom ni.. Tiap2 mase bersama aku, mesti aku selamat. Secure. Haha.

Yang paling best tentang cerita ni bagi aku mesti la lokasi penggambaran. UiTM Shah Alam beb.. Mengimbau kenangan degree aku beberapa thn lepas.. Dewan kuliah, kafe, kolej dalam cerita tu semua tempat lepak. Memang betul2 mengimbau kenangan lampau. Area dewan kuliah Fakulti Sains. Kafetaria kat Menara. Kolej Delima 2. Tempat lepak semua tu.. Teruja sangat tgk cerita ni.

So pade sesape yg belum tgk, pegi la tgk. Jalan ceritanya ringan. So boleh la rileks kan minda korang yg kusut dgn keje & study tu. Boleh gelak2. Release tension.

Ok. Sambung wat Literature review.

p/s: from now on, Haniff ialah PapaNiff saya. Hiks.

October 13, 2009

.::Tolonglah Rajin::.

Dulu.. Ade Teacher Choo Swee Phing nak merotan kalo tak siap keje skolah @ salah grammar dlm esei..
Dulu.. Ade Cikgu Rahim nak menengking & mendenda naik atas kerusi kalo tak siap keje skolah @ tak hafal sifir..
Dulu.. Ade Cikgu Mahathir nak mendenda & memerli kalo tak siap keje skolah @ salah tatabahasa dlm karangan..
Dulu.. Teacher Choo, Cikgu Rahim & Cikgu Mahathir akan menegur & bagi nasihat supaye x malas & jadi student yang rajin kat skolah...

Sekarang.. Semuanya sendiri.

Kau nak MALAS? Kau nak super MALAS? Kau nak super duper MALAS? Terserah... Siap tak siap, kau sendiri tanggung. Padan muka.

Betul. Aku sangat malas skrg. Aku dah langgar due date. Aku dah jauh tertinggal. Aku tak tau kenapa. Aku jadi sangat malas.

Ade ubat utk jadi rajin tak? Pil? Kalo ade, bagilah aku makan. Nak telan banyak2. Overdose pun tak ape. Biar aku jadi super duper rajin.

Tolonglah.. Sesiapa.. Tolonglah rajinkan aku.

Aku nak rajin.

Bagi la aku rajin.

Adawiyah, tolonglah rajin..

October 11, 2009

.::Ahh..Cunnya..!::.

Toyota Vios TRD Sportivo.. Cun tak???



October 10, 2009

.::Kelibat Si Penyair::.

.::KAMi::.

"Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang2 yg boleh kita berhubung.. Tapi apakah itu kawan? Geng warong kopi? Member seperjuangan? Member lepak2? Rakan2 sekolah? Atau.. kawan-kawan yg bersama kita semasa kita kecil? Takde prejudis, takde perbezaan, takde pertandingan, takde persaingan.. Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata, dan kita nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih..

Takde hal.. Sekarang ni setakat nak buat kawan memangla cepat, senang dan pantas.. Tak payah keluar rumah, tak payah bangun kerusi.. Tenung je skrin komputer, keletak keletuk je depan keyboard. Boleh suka benda yang sama.. Tak suka pun x pe. Kenal tak kenal blkg cerita. Risiko ditanggung sendiri kerana persahabatan ialah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.

Kita berjalan meneruskan hidup mencari kawan, teman & rakan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada di hadapan kita. Hanya menunggu masa untuk menemukan kita kembali. Hanya menunggu keadaan yang akan menentukan arah persahabatan..."

-KAMI-

10/10/09 - ini entry #100 saya.

October 09, 2009

.::Keletuk Keletak::.

Sembang YM dgn jiran blok sebelah kolej aku.

Ada : org sebelah...!


Ville : hahaha

Ville : tperanjat

Ada : haha

Ville : bg la salam

Ada : Assalamualaikum org sebelah..

Ville : ye, Wa'alaikummussalam org sebelah

Ada : lame dah x online tibe2 ade lak.. tu yg kasi tperanjat sket

Ville : slalu on9, tapi saje wat invi

Ada : owh begitu...

Ville : hehehe

Ville : kt blik ke?

Ada : a ah kat bilik ah. bangunan sebelah. haha

Ville : skang duk ngan sape?

Ada : dgn dak2 master gak.. roomate baru

Ada : x best langsung

Ville : wah. nape plak

Ada : kerek je rase nak sepak

Ville : mesti bdk ********

Ada : ***** dgn Pahang

Ville : loh. org Phg kerek eh

Ada : kerek gak. kecuali org maran n jerantut. hahaha

Ville : hohoho.. cm2 la plak

Ville : selalu la pulak nmpak awk kat kafe

Ville : bese nye ssh nak nmpk

Ada : ye ke slalu?

Ada : skali je kelmarin

Ville : ptg smlm pn nmpk awk blk dr mane ntah

Ville : kat gate

Ada : ha eh? katne ms tu?

Ville : nak kuar g main voleybal

Ada : x pasan lak. baru blk dr lab kot

Ville : wat pe je mlm ni?

Ada : baru abis study. dpt sejam je. MALAS. hahaha. awk?

Ville : ok la tu. blh thn la lame nye

Ville : duk lepak je. asgmnt haram x wat pe pn

Ada : hoh. ade asgnmt x wat. ni mesti wat keje last minit

Ada : pastu tiru

Ville : bese la tu

Ville : bukan tiru. copy paste.. tiru len

Ada : haha

Ville : nk g mandi la wak

Ville : hehehe. dr td lg x mndi

Ada : ye silekan

Ada : ketiak angit

Ville : wokeh

Ada : babai

Ville : wah lebih 2

Ada : haha

Ville : ok lah. bubye


Isi-isi penting:-


1) sila bagi salam sebelum menegur orang termasuk di YM. (hahaha.. aku yg terkena ni..!)
2) aku declare aku x suke roomates aku (ini pun isi penting OK..!)
3) jangan kutuk org kampung sendiri. hakhakhak. (kalo dah x suke tetap kutuk gak)
4) jangan MALAS study. dpt sikit pun jadilah dari x study langsung. DUSH..!
5) sila jgn copy & paste assignment org len
6) sila jangan tiru juga
7) sila mandi. ketiak anda angit. hiks!

.::KeJAKUNan::.

1...
2...
3...

p/s: Aku rasa aku sangat jakun kerana aku baru pandai guna PhotoScape. Ketinggalan zaman. Hiks..

October 07, 2009

.::Geng PeLANTAK::.

It's lunch time geng..! Semalam dah berjanji utk ke Domino's sampai sanggup batalkan hasrat berpuasa enam hari ni.. Bak kate Fifi, "kite start puase hari Khamis la..Lagi elok"
Ahahahahaks.. Hari ni tercapai juga kami melantak di Domino's....

Aku dengan bangganya memperkenalkan...

Geng peLANTAK


Hah ni la dia pizza-pizza yang telah berjaya dilantak secara lahap oleh pelantak-pelantak..
3 large pizzas and 3 regular pizzas..
Hambekkk kau..!! Datang berlima, order makan macam utk 10 orang..!

Gadis-gadis ayu & jejaka yg bersiap-sedia utk melantak.. Takde maknenye nak ayu2 bile semua dah ade depan mate.. Lahappppp...!

Muka tak sabor..

Duit tong tong geng pelantak. RM50 from Nora & balance from us.

Sub Total = RM174.60
Coupon Discount = RM71.40
Gov.Tax = RM5.16
Service charge = RM10.32
GRAND TOTAL = RM118.70

Berbaloi-baloi coz kitorang guna coupon discount. Thanks Nora coz membelanja kami. Thanks juga pd geng pelantak..

Ape yg penting, perut aku paling kecik, so aku makan paling sikit.
Buuurrrrpppp...!
Alhamdulillah.. Hiks.