June 30, 2009

.:: Tuai Strawberries, Minum Strawberry::.

Day #11
.
29/6/2009. BANGSAR - Polis berjaya memberkas 4 sekumpulan yg dipercayai memiliki sejumlah besar dadah jenis.... Ngehehe.. Gambar di atas bukan dadah mahupun serbuk kunyit ok... Itu ialah baki samples yg telah dihadiahkan oleh Dr.Z semalam.. Susun jgn x susun, timbang jgn x timbang..
.
Termenung jap.. Aku tgh pikir ni.. Weh.. Aku dah x ingat kitorang tgh wat batch samples yg ke-brape dah skrg. Hohoooo... Esoklah bertanye kpd Geng Sedut sekalian itu..
.
Sangat letih mata ini. Bahana penangan Farm Town itu.. Oh sungguh durjana kamu Farm Town. I'm a Farm Town Addict now.. X pe lah janji bukan drug addict.
.
Aku x selera makan. Ini saja dinner aku utk malam ni. Tapi x pe kan? Berkhasiat kan? Lalala..
.
.
Esok cerita lebih pjg, insyaAllah. Skang x leh cite pjg coz dah smpai mase utk aku harvest hasil tanaman strawberries di ladang Farm Town. Chiow dulu bebeh..
.
~toodloo~

.::Lenka_Trouble is a Friend::.

.
Trouble he will find you, no matter where you go. No matter if you're fast, no matter if you're slow. The eye of the storm or the cry in the morn. You're fine for a while but you start to lose control. He's there in the dark. He's there in my heart. He waits in the wings. He's gotta play a part. Trouble is a friend. Trouble is a friend of mine. Trouble is a friend but trouble is a foe. And no matter what I feed him he always seem togrow. He sees what I see and he knows what i know. So don't forget as you ease on down the road. So don't be alarmed if he takes you by the arm. I won't let him win but I'm a sucker for his charm. Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine. How I hate the way he makes me feel. And how I try to make him leave. I try. I try......

June 29, 2009

.:: F oh F ::.

Day #10
.
Keje lab x bnyk arini.. Just adding DCM to the samples and did some weighing. The total samples are 105.. Huhu.. Perlu bekerja keras utk menyiapkan semuanya! Chayo Geng Sedut..!
.
Dulu..... Aku rajin view account F no.1 ini:
.
.
Takde la addicted sgt dgn F no.1 ni, tp excited coz dpt keep in touch dgn kwn2 skolah & uni yg dah lame x contact.. Dlm seminggu ade la 2x kot aku view account aku ni.
.
Kemudian..... Aku rajin view account F no.2 ini:
.
.
Addicted jugak kot since internet free je. Gune wifi UM ni.. So, tiap2 hari aku view profile F no.2 ni. Jawab kuiz, comment gambar, dan pelbagai lagi..
.
Kini..... Aku tersangatlah addicted dengan F no.3 ini:
.

.
Game ni ialah application dlm F no.2 di atas. Sampai x tidur malam dibuatnye.. Main tanam2 pokok, main tuai2 hasil.. Bak kate kawanku yg seorang itu, x sia2 blaja Plant Genetics & Animal Biotech sem lepas. Hahaha.. Kenal dgn kawan2 baru dari seluuuuruh dunie... Memang best game ni. Aku memang dah tersangat addicted sampai terlupe nak update blog ini 2-3 hari lepas.. Huhu.. Rasakan penangan F no.3 ni! Korang dah cuba? Cubalah kalau korang memang dah x de kerja berfaedah lain yang nak dibuat.. Hahahaha..
.
Tapi, jangan salahkan aku kalau korang dah terjebak ke dlm lembah F no.3 ni. Kalo korang dah terjebak jugak, sila salahkan si penama di bawah ini:
.

Kau bersalah!!

June 25, 2009

.::Update::.

Update...
.
Update...
.
Update...
.
Update...
.
Update...
.
Saya sudah update blog saya. Terima kasih. Sila datang lagi. Hehe..
.
.
.
.
.
.
Huhu.. Sangat malas nak menaip....
.
Mood rajin menaip, datanglah...
.
*Plink*
.
Day #9
.
No labwork need to be done today since we ran out of DCM.. So, it's the journal-reading-day-in-the-lab... Huhu.. My head seems like sangat malas untuk memahami setiap yg dibaca.. Betul.. Not in a mood of reading & digesting everything that I read.. Mungkin sebab dah lama tinggalkan buku sekolah.. Huhu.. Reading and understanding the journal in the morning and some discussion with 'Dr. Inspiration' at 2.30pm. Its all about the screening part of our research. The discussion went very well..
.
"Prepare your mind. There's no failure in research. Doing Master is mastering the techniques.." Those are some of the inspirational words by Dr.Z.. Sangat bersemangat selepas discussion ptg tadi...
.
Ok.. Thats all for the lab update. Aku malas menaip.......
.
Aku baru lepas dinner.. Mungkin itu yang menyebabkan aku malas menaip. Perutku kenyang. Mataku kuyu.. Mulutku menguap..
.
Aku order spagetti bolognise seperti biasa.. Lihatlah.. Penuh 1 polisterine.. Luar biasa dari yang biasa banyaknya.. Terima kasih abg western.. *wink*
.
.
Aku mintak spagetti.. Tapi, pekerja abang western tersalah dengar.. Dia dengar aku sebut fries.. Padahal aku sebut spagetti bolognise.. Hmm... Agak jauh bezanya.. Macam mane dia boleh tersalah dengar?? Jadi, aku beli dua-dua. Spagetti bolognise + fries.. Biasanya fries RM3, tapi malam ni abang western suh bayau RM2 je.. Hihi..
.
Aku kekenyangan.. Aku dah tak larat nak taip. Aku nak tutup mata. Aku nak bangun esok pagi. Selamat malam..
.
~toodloo~

.::Saya Chenta Dia::.

.
MOHD. HANIFF HAMID
.
Ini Chenta saya
Yang chumel
Saya sayang dia, saya chenta dia
Dia happy-go-lucky orangnya
Dia kuat merajuk
Tapi senang nak pujuk
Dia sangat manja dan chumel
Dia juga sangat sabar melayan karenah saya
Kadang-kadang saya pun kuat merajuk, kuat cemburu,
mengada-ngada dan sensitif
Walaupun dia insensitif dengan perasaan saya, saya tak kisah
(kadang-kadang saya kisah juga)
Jiwa kosong + jiwa Islam
Itu moto hidupnya
Saya juga ingin cuba berjiwa kosong
Dia jarang-jarang marah
Kalau marah pun, sekejap aje
Saya tahu, dia bakal cikgu yang penyabar
Dan chumel
Dia jujur
Dia selalu fikir positif
Dia sangat pentingkan keluarga, saya suka lelaki begitu
Dia perasan yang dia kacak
Katanya macam Rosyam Nor
Saya iyakan aje
Tapi dia memang chumel
Dia suka purple, saya juga
Dia suka Satria GTi, saya juga
Dia mahu Honda City, saya juga
Itu impian kami, Honda City.. InsyaALLAH
Dia berbakat di padang
Lari pecut, lari jarak jauh, lompat tinggi
Squasy, tenis, badminton, futsal
Cikgu PJ lah katakan..
Bowling :)
Dia ajar saya main bowling
Dan saya sudah pandai main bowling
Sebab itu saya selalu sebut
"ABANG SANGAT HEBAT...!"
Dan chumel
Tapi kawan-kawan saya selalu salah tafsir
Tak mengapalah
Yang penting saya chenta dia
Saya sayang dia
Saya harap tahun hadapan dan tahun-tahun akan datang
Saya dapat tulis macam ni lagi
Biar orang tahu
Saya bahagia bersama dia...
.
Dia Chentaku yang chumel
.
~saya happy~
berapa kali saya taip perkataan chumel?

June 24, 2009

.::Pasti::.


Salam.. Ada kembali. Ada apa dengan Ada hari ini?
.
Day #8
.
Seperti biasa, pagiku yang ceria dimulakan di lab. 40 samples dah siap!!!! Yeay!! Labwork ended earlier today since we ran out of chemicals... So, still can't proceed with the next batch of samples.. DCM, cepatlah sampai... Janganlah lambatkan kerja kami...
.
Aku puasa sempena 1 Rejab hari ini. Dengan ulser yang agak kronik di lidah, aku cekalkan juga untuk berpuasa. Alhamdulillah.. Sempat bertahan sampai azan Maghrib berkumandang.. Aku buka puasa sorang-sorang. Nasi goreng kampung + air yogurt abg western.. Huhu.. Bila dah sorang-sorang mcm ni, mulalah aku terkenang kampung.. Rindunya nasi kasih sayang mama.. Rasa terkilan juga hari ni, sebab pd awalnya aku berhasrat nak balik kampung.. Huu...
.
Lately, banyak perkara yang berlaku di sekeliling.. Sedih, seronok, marah, geram, x puas hati, keliru, dilema semua bercampur-baur. Hmm.. Inilah namanya asam garam kehidupan.. Semua yg berlaku mematangkan kita.. Memberi pengalaman pd kita.. Memberi pengajaran pd kita. Nak tak nak, perlu hadapi juga.. Bak pepatah Jawa yang atok aku selalu sebut, "Life must go on cucuku..." Lalala...
.
Apa yang PASTI, aku dah ada jawapan. Aku dah ada kePASTIan. Dan aku PASTI, keputusan aku x akan berubah. Betul. Aku belum sempat ucap kata maaf. Tapi biarlah dia tahu, aku yakin pilihanku tepat. Aku juga yakin pilihanku akan memberi kegembiraan & kebahagiaan dalam hidupku. Bukan salah siapa-siapa. Mungkin ini yg sememangnya telah ditakdirkan. Tak perlu menyesal, tak ada apa-apa yang nak disesalkan. Apa yg perlu dibuat skrg ialah jaga elok-elok. Perbaiki yang mana x elok. Inilah yg dinamakan kehidupan. InsyaAllah Ada, semuanya akan baik-baik saja.
.
*Plink* Mood swing.. Aku rindu mama.. Aku rindu rumah.. Aku rindu Chenta.. Rindu sangat-sangat.. (T_T)
.
~toodloo~

.::Love This Song::.



LIFE IS A RIDDLE. NO MATTER WHAT HAPPEN, LET IT GO AND JUST ENJOY THE SHOW OF LIFE.. YOU'LL BE GREAT..

June 23, 2009

.::Butterscotch-n-Rambutan::.

Day #7
.
Done preparing the 3rd batch of samples today.. 30 samples dah masuk dalam peti ais, nak sejukkan jadi aiskrim. Nanti boleh makan ramai-ramai. Perisa baru iaitu perisa kayu-kayan. Huhu..
.
Tak dapat sambung wat the 5th batch hari ni, since lab kami mengalami kekurangan equipment terhebat iaitu orbital shaker. Dr.Z kate orbital shaker baru akan sampai within this week.. Huhu.. Can't wait. Sangat suka melihat bulat-bulat ajaib berputar-putar di atas orbital shaker tu.. The big shaker machine yg macam hebat sgt yg satu lagi kat 'lab panas' tu agak memusykilkan utk digunakan. Dr.Z juga menegah kami utk menggunakannya lagi... Maka terbantutlah penyediaan 5th batch kami hari ini....
.
Hari ni lepak kat 'lab panas' agak lama kerana menunggu samples dicentrifuge. Betul.. Lab tu memang panas.. Peluh-peluh dlm lab.. Huh.. Bercampur-campur bahasaku. Mesti x ade sape pun yg faham kecuali Geng Sedut. Tak mengapalah, yg penting diari harianku & cerita makmalku ini diupdate sentiasa..
.
Aku dibuli hebat hari ini. Geng Sedut bertiga itu sedang berdiet. Maka tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri terbayang-bayang timbunan nasi & lauk sedap-sedap.. LUNCH HARI NI AKU TAK MAKAN NASI... Hanya makan roti yg dibawa oleh Nora. Roti itu merangkap sarapan & lunch aku. Huh... Korang memang keji x bawak aku makan nasi hari ini.
.
Kerja-kerja lab selesai awal. Kami ke MidValley untuk membeli barang berharga yang perlu dibawa ke Melaka pada bulan Julai ini. Sempat mencapai Syampu Sunsilk & ubat gigi Safi Kayu Sugi kegemaranku ketika mereka sedang sibuk memilih & membeli sushi.. Sushi sangat tak sedap. Hihihi...
.
Oh.. Berkenaan tajuk entryku kali ni.. Butterscotch-n-Rambutan. Aku nak nasi. Aku x dapat nasi lagi hari ni. Tapi aku cuma makan Butterscotch & rambutan. Aku tetap nak nasi. Aku tak peduli. Wahai Geng Sedut sekalian, kalau kalian x nak makan nasi esok, biar aku panjat bukit Rumah Universiti tu sorang-sorang. Sekali lagi ditekankan di sini. Aku nak makan nasi. Terima kasih.
.
Butterscotch-n-Rambutan
P/S: Untuk hari ini sahaja. Esok, lusa, tulat, aku nak makan nasi.
.
~toodloo~

.::Suke Hati Aku Laa::.

.
Aku sangat tak suka insan-insan yang rasa dirinya terlalu bagus dan merendah-rendahkan orang lain padahal dirinya sendiri hanya perasan bagus. Kalau dah bagus sangat tak perlu banding-bandingkan diri tu dengan orang lain. Pergi main jauh-jauh dan bandingkan dengan orang yang lagi bagus dari diri sendiri. Jangan terlalu perasan hebat sampai orang lain rasa meluat dengan apa yang kau buat. Bersederhanalah dalam semua hal. Tak perlu nak tunjuk yang kau tu kononnya bagus sangat. Orang bagus tak akan membangga diri. Orang bagus tak canang kehebatan diri sendiri pada orang lain. Kau ingat kau bagus???
.
Ini blog aku. Suke hati aku la aku nak tulis ape pon!
.

June 22, 2009

.::Kerja Kerja Kerja::.

Day #5 (Sunday)
.
Aku ke lab bersama lab partnerku kire-kire jam 2pm.. Ewahhh lab partner!! X leh blah... Hohiho.. Terpaksa ke lab petang since UM x de electricity di pagi hari.. As usual wat keje lab for our 3rd batch of samples.. Maknenye ade 30 samples yg kitorang dah run stakat ni.. Kerja yg simple, just main campur-campur DCM dlm samples je, so Nora & Kama tidak diperlukan utk menyiapkan kerja ini. Hahaha.. Jgn mrh geng...
.
Day #6
.
Aku ke lab bersama lab partnerku lagi hari ini.. Hohiho.. Meneruskan kerja utk 3rd batch, & menyediakan our 4th batch of samples (40 samples setakat ini)...
.
Awal-awal pagi dah terjumpe Seman Chumel.. Hahaha.. Saje nak menjeleskan seorang geng yg juga tidak diperlukan untuk kerja-kerja hari ini kerana kerja hari ini agak simple lagi. Hihi.. Jgn mrh Cik Kama.
.
Oh.. Hani membawa seplastik besar rambutan!! Sangat sedap & manis. Fifi x sedar yg dia telah makan rambutan orang terlalu bnyk smbil menonton Merah Putih di Youtube. Hihihi..
.
Tak banyak nak diceritakan hari ini. Tapi yg pasti, aku dan Fifi dah isytihar TAK NAK BAIK SANGAT sesama kitorang, coz bila dah BAIK SANGAT, macam-macam hal boleh jadi.. So, aku sangat x kisah menjadi kongkang sekarang.. X perlu terlalu bergantung pada org lain. Biar hidup atas kaki sendiri. Dan ape yg pasti, kawan-kawan perlu ada di sekeliling untuk memeriahkan hidup..
.
Thats all for today. Like I said, tak banyak nak diceritakan hari ini.. Aku cuma ingin memastikan blog ini diupdate setiap hari kerja-kerja lab dijalankan.. Let this blog become the evidence of my journey.... Chow bebeh!
.
~toodloo~

June 20, 2009

.::1234::.



My dear Chenta.. This one is dedicated specially for you..
I love you with all my heart dear..

.::Cheese..Cis::.

Try this game.. (click the image to enlarge). Mula kat tengah-tengah ok..
Credit to Saharil Conteng, saharil.com

.::Ronggeng KLCC::.

FRIDAY.. No labwork.. Tidur sepanjang hari.. Huhu.. Bilikku menjadi syurga tidur dunia.. I didn't have any plans for the whole day, but then after Maghrib, Fifi buzzed me on YM. Fifi ajak gi rayau-rayau kotaraya with him & Ista.. Huhu, aku yg x de pape plan ni pun berbasi-basilah dgn Fifi. "Betul ke ajak aku?" hoho.. Padahal mmg nak sgt ikut meronggeng..
.
Oh ya let me introduce. Fifi is one of the Geng Sedut member, he stays in 12th College, beside my college. He's the only friend of the faculty that I knew staying in college. Geng lain semua duk umah masing-masing.. (aku mmg x pandai buat kawan dgn org len kat college ni.. So he is the only friend that I have here. Aku kan kongkang. Huhu..) Skrg ni nak gi lab everyday, aku tompang kereta Fifi.. If x de Fifi & Geng Sedut, maka x cerialah hidupku di UM ni..
.
Ista pulak best friend Fifi.. Also staying in 12th College. Ista ni tersangatlah gila-gila orgnya tapi jangan x tau, Ista penerima Anugerah Pelajaran DiRaja UM 2008. He is one of the brilliant UM student. Berbangga menjadi salah sorang kawan beliau... Now he is furthering his master study at Akademi Pengajian Islam UM. Oh ya, Ista just got back from some Conference thingy at Bali. The t-shirt I'm wearing (I Love Bali) is a souvenir from him. Thanks Ista. Sangat suka t-shirt itu.
.
Here are some photos of happy moments with Fifi & Ista at KLCC. Enjoyed myself very much!
.
.
.
.
.
"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words"
.
Thanks a lot guys. Friendship forever...!
.
~toodloo~

June 18, 2009

.::First Week Ended Successfully::.

Gelung-gelung penyedut sakti.. Sedutlah kuat-kuat.. *Plink*
.
Day #4
.
Today is the last day of labwork for this week. Its been a rough, tiring week but Alhamdulillah, we managed to finish the extraction for 20 samples and they were ready to be freeze-dried.. Hopefully the samples will give us good results for the next steps.. Aminn..
.
DCM
.
Kemungkinan risiko kesan tak berbalik. Jangan menyedut wap. Elakkan daripada bersentuhan dengan kulit dan mata. Pakailah pakaian perlindungan dan sarung tangan yang sesuai. MEMUDARATKAN (HARMFUL).
.
Its been 2 weeks working with DCM but I didn't read the label until today.. Oh.. DCM berbahaya... Geng Sedut berempat sudah pasti tersedut DCM dgn kadar yg banyak.. Sistem badan kami sudah tercemar dgn DCM..! Haihh.. Perlu memakai mask selepas ini....
.
Tilik nasib di tapak tanganku.. *Plink*
.
Keputusan tilik nasib: Bakal berkahwin dgn Haniff (my Chenta), tinggal di rumah banglo, bekerja sbg seorang lecturer, memiliki Satria Neo CPS, gaji RM5K sebulan, hidup bersederhana bersama 4 orang anak.
.
Huhu.. Jangan x tau.. Dlm Geng Sedut juga ada seorang penilik nasib. Lihatlah.. Nasibku juga telah ditilik olehnya.. Cik Nora.. Betul ke ape yg ko tilik ni?? Kalo betul, aku la manusia paling happy di dunia.. Hihihi... P/S: Ini adalah hanya untuk berseronok sementara menunggu sample di vacuum evaporator.. Tiada kaitan dgn yg hidup atau yg telah mati. Tapi kalau jd kenyataan, Alhamdulillah...
.
Tangan siapakah yg gedabak ini?? Oh ini semestinya tangan Cik Kama yg mahu tapak tangannya ditilik juga.. Hihihi.. Gedabaknye tangan dia...
.
Seperti biasa aku tertidur selepas pulang dr lab.. Dr pukul 6.30 ptg sampaila pukul 10 mlm.. Gile lame aku tido.. Perut pun merengek kelaparan. Aku turun dinner dgn muka baru bangun tido sehingga digelar kerang busuk oleh abg Western.. Hampehhhh...!! Hihi.. Tak mengapalah, bukan selalu dpt gelaran sebegitu.. Rasa begitu comel sekali. Hihi.. Abg Western, spageti bolognise anda sangat sedap!!!
.
Selesai kerja minggu ini. Perlu ke lab pd hari Ahad ini, for the preparation of the third batch of the samples.. Our aim is to get another 40 samples done at the end of next week. InsyaAllah.. Fifi, Nora, Kama, thanks for being the best Geng Sedut ever.. Love you guys a lot!
.
~toodloo~

.::Letih, Penat, Tired, Exhausted::.

Jus-jus ajaib bersepuluh.. Berikan aku kuasa sakti.. *Plink*
.
Day #3
.
Done the extraction tasks for the 1st batch of 10 samples.. Alhamdulillah.. Sangat lega.. After this, need to freeze-dry the samples.. Hari ni bekerja di lab from 9am till 6pm since we are doing 1st and 2nd batch of samples.. Very tiring.. Betul-betul letih.. Keluar lunch pun jam 3.30pm.. Badan dah sgt2 menggeletar sbb terlalu lapar..
.
Balik dr lab, terus membaringkan diri atas katil.. Tertidur tanpa sedar dr kul 6.15pm smpai 7.30pm.. Betul.. Hari ni tersangatlah letih.. Kerja di lab sangat meletihkan... Letih.. Letih.. Letih...
.
Cik Nora agak moody sepanjang hari ni... Huuu... Aku juga sebenarnya... My dear Chenta, I'm so sorry for today.. X de niat nak marah pun, but that is what I feel.. Huhu.. I love you with all my heart dear.. I'm so sorry for today..
.
Tak larat nak tulis panjang.. Nak rehat.. Nak tidur.. Esok perlu ke lab lebih awal.. Ada, berusahalah!
.
~toodloo~

June 17, 2009

.::Allah Segalanya::.

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha
.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih merasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu
.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama denganmu
.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk dengan urusan masing-masing
Allah selalu ada di sampingmu
.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat
Allah dapat menenangkanmu
.
Ketika sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah ada jawapannya
.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik padamu
.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur
Allah telah memberkatimu
.
Ketika sesuatu yang indah berlaku padamu dan kau dipenuhi ketakjuban
Allat telah tersenyum padamu
.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu
.
Lihatlah betapa hebatnya dirimu sahabat
Apabila Allah sentiasa bersamamu

June 16, 2009

.::Bulat-Bulat Ajaib::.

Bulat-bulat ajaib bersembilan.. Berputarlah laju-laju.. *Plink*
.
Day #2
.
Seawal pagi aku berjaya menyelesaikan kerja yg tertangguh semalam.. Berpindah ke bilik baru.. Alhamdulillah.. Semuanya dah selesai.. Dah x perlu pening2 kepala lagi. Sewa lebih murah dari bilik lama.. Lega.. X perlu susahkan mama & abah sgt. Sampai lewat di lab, jam 9 lebih.. Sangat penat. Seperti mahu merangkak sahaja di sepanjang kaki lima....
.
Did the 2nd method for extraction today.. Dried yesterday's sample which took the whole day.. Sangat mengantuk di lab. Tambah pula dlm keadaan sejuk aircond.. Kami sangat bersemangat hari ini krn Dr.Z juga bersemangat. Aku sangat suka keadaan begini...
.
Kak Syu dtg melawat kami di lab hari ni m'bawa kad walimatulurus.. Sangat berseri-seri bakal pengantin ni.. Oh Kak Syu dtg utk membelanja kami makan tengahari rupanya.. Hahaha. Padahal kami yg pau Kak Syu.. Makan di 6th College.. Dah lama x makan masakan panas-panas. Sangat sedap makan tengahari hari ini.. Thanks Kak Syu..
.
Oh ini kali pertama aku melihat Cik Kama tersipu-sipu & gembira begitu.. X tahu kenapa dia x pandai nak meng'cover' kegembiraan yg x bertempat itu.. Hahahahahaha... Chayo Cik Kama Yuna.. Moga kau beroleh semangat utk dtg ke lab setiap hari dgn lebih bersemangat!
.
Sangat lama menunggu samples kering, jadi mengambil keputusan berjalan-jalan di KPS. Konon nak beli air sedap, tapi akhirnya beli sabun mandi & sabun basuh.. Oh ya.. Kedua-duanya tertinggal di lab.. Hahaha...
.
Pulang petang bersama Fifi yg baru smpai dr Seremban. 2 hari dia x dtg lab. Demam. Esok, perlu dera Fifi. Biar dia buat kerja banyak-banyak sebab dah x dtg lab 2 hari. Biar dia guna separating funnel itu. Moga x pecah lagi. Hahaha....
.
Malam, pergi MidValley lagi bersama Fifi. Beli sticker utk bulat-bulat ajaib kami.. Kemudian terjebak ke California Fitness Club bersama Fifi.. Haihh.. Dapat cuci mata.. Ketul2 lengan.. Huhu...
.
Perlu sambung mengemas barang-barang di bilik baru. Suka bilik ni. Sangat selesa.. Sangat lega.. Sangat gembira... Esok perlu dtg lab dgn bersemangat. Geng Sedut! Ayuh sedut EtOH...!!
.
~toodloo~

June 15, 2009

.::The Real Game Begins::.

Bulat-bulat ajaib bertujuh.. Tolonglah berikan kami keajaiban... *Plink*
.
Day #1
.
The real deal started today.. We were given the first 22 samples.. Another 78 samples to go.. Luckily we will be doing the first few extraction methods together.. Today we did the first method of extraction for 10 samples. Kawan-kawan lab ku.. Jangan tinggalkan aku kekongkangan ok.. Aku x nak jadi kongkang selamanya. Hihi... Oh aku juga ingin berkenalan dgn Adam. Mungkin boleh jd kawan lab juga di samping Hani, Gayatri, dan Venoo (x tahu eja nama mereka). Oh Fifi didn't came for the first lab today.. Poor him.. Bnyk masalah.. Anyhow, InsyaAllah we all can handle this together. Ape yg penting? Kerjaaaaaaasama!!
.
After lab, we planned to go to MidValley.. Misi: Makan McD & beli sedikit keperluan masa depan. Perancangan awal, pergi bertiga sahaja, girls day out lah konon.. Tetiba Fifi call, menceritakan ketensionan timbunan masalah beliau. Maka kami berempat pun pergi ke MidValley bersama-sama. Misi berubah apabila Fifi mengajak kami menonton wayang.. Cik Kama Yuna (name baru utk Kama krn cara pemakaian tudungnya sudah berubah.. Kama sgt cun skrg..) juga excited mahu menonton. Aku yg kecil lagi hina ini pun mengikut sahajalah walaupun wang di poketku ini tidaklah seberapa ada hendaknya. Fifi pula mengoffer diri membayar tiket wayang.. Oh.. Aku diam saja. Fifi.. Aku akan bayar balik bila sudah cukup wang ya......
.
17 Again. Zac Efron. Aku sgt tidak suka High School Musical.. Tetapi menonton 17 Again membuatkan aku sgt suka pd mamat Efron itu. Sgt berbakat juga beliau itu.. Kan bagus kalau aku boleh balik jadi 17 tahun kembali.. Boleh baiki mane yg patut.. Hmm. If only....
.
Aku dah tertarik dgn high heels.. Mungkin aku bakal jadi lebih perempuan selepas ini. M.U.N.G.K.I.N. Tunggu loan lah. Banyak pasang angan-angan. Top lists: Gitar kapok. Harga bwh RM100. Jam tgn Fossil yg aku dah usha agak lame. Harga bwh RM400. High heels Primavera yg aku usha tadi. Harga bwh RM100. Handbag. Harga RM100++. Dresses ala2 perempuan perlu beli lebih banyak... Belum buat budget harga lagi. Kalo kaya kan senang. Haihhhhh...... Merungut Ada merungut. Bersyukur dgn apa yg ada. Alhamdulillah, cukup makan lagi aku ni..
.
Cik Nora.. Nanti kita pergi Jln TAR k. Perlu survey ape yg patut. Window shopping. Oh ya.. Cik Nora sudah ada blog sendiri.. Cik Nora, sila bagi link anda kpd aku yg kecil hina ini (apekahhh???)...
.
Ada kerja yg tak beres hari ini.. Haihhh.. Mungkin esok. Tengoklah... X sabar rasanya.. Cukup di sini. Esok mungkin ada lagi.. Ada apa dengan Ada..
.
~toodloo~

June 13, 2009

.::@#*6%*$)+::.

.
.
AKU BENCI PEMBOHONG!!
.

.::Rewang::.

I'm at Meru, Klang right now for Abang Dik, my cousin's wedding.. Nurul fetched me and her sis Awa at UM at about 3pm yesterday.. Sampai je umah Cik Adon, rumah berkunci lak.. Their parents gi jemput the other sibling kat UIA Gombak. So Kami berlima, Nurul, Awa, Aling, Acha and me lah decided to eat kerang bakar kat Pantai Remis.. Sangat seronok melantak kerang yg banyak bertimbun-timbun di atas meja makan..
.
Cik Adon's girls
.
Nurul the driver... =)
.
Malamnye, we went to Cik Ros's house (umah adik abah) utk aktiviti merewang.. Ape itu rewang? Oh.. Aku juga x tahu maksud rewang pada awalnye.. huhu.. Jawa murtad aku ni... Rewang tu kire cam gotong-royong laaa..Family members berkumpul & buat persiapan utk majlis kenduri.. Pasang khemah, masak-masak, bungkus telur.. Kami yg dr kategori anak-anak dare ni (aku anak dare paling tua) ditugaskan menggentel inti kuih koci sbnyk 2 talam besar.. Mak aihh.. Lenguh gak la tangan aku.. Layan je la.. Kena wat elok2 kerana yg tua sdg memerhatikan.. Ala-ala QC gitu! "Bulat-bulat ye.. Kecik lagi ye.. Besar sgt tu anak dare.." Huhu.. Layaaaaaaaaan..
.

Menggentel inti koci dgn bersungguh-sungguh!

Oh.. Ini la pelamin yg dah siap dipasang oleh Cik Jang.. Aku segan nak ke tengah n amik gambar center so ni je la side tepi yg sempat aku snap. Haha..
.
Mama baru call tadi.. Mama n abah dah bertolak dr Maran.. Petang ni sampai la.. X sabar nak jumpa mama.. Banyak sgt hal nak mengadu.. Kepala aku agak serabut skrg.. Malang nasibku.. Selalu jd mangsa masalah org lain.. Hmmm.. X pe Ada.. Life must go on!! Mama cepatlah sampai.. Can't wait to see you..
.
~toodloo~

June 12, 2009

.::New Divide::.


This song is dedicated to YOU
.
I remembered black skies
The lightning all around me
I remembered each flash
As time began to blur
Like a startling sign
That fate had finally found me
.
And your voice was all I heard
That I get what I deserve
.
So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean
Let the thoughts cross
The distance in your eyes
Give me reason
To fill this hole
Connect the space between
Let it fill up to reach the truth and lies
Across this new divide
.
There was nothing inside
The memories left abandoned
There was nowhere to hide
The ashes fell like snow
And the ground caved in
Between where we standing
.
And your voice was all I heard
That I get what I deserve
.
So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean
Let the thoughts cross
The distance in your eyes
Across this new divide
.
And every loss and every lie
And every truth that you deny
And each regret and each goodbye
Was a mistake too great to hide
.
And your voice was all I heard
But I get what I deserve
.
So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean
Let the thoughts cross
The distance in your eyes
Give me reason
To fill this hole
Connect the space between
Let it fill up to reach the truth and lies
Across this new divide
.
Across this new divide

.::Kitchen Garden::.

Kawan-kawan tau ape itu Kempen Bumi Hijau?? Kempen ni sebenarnya dah lama dilancarkan oleh Kementerian Pertanian & Asas Tani (MOA), sejak 2006 lagi.. Kempen ni menggalakkan amalan bercucuk tanam untuk mengeluarkan sendiri hasil makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, & buah-buahan.
.
Kempen Bumi Hijau menekankan konsep tanaman utk kegunaan sendiri & keluarga je, atau lebih dikenali dgn nama 'kitchen garden' di mane tanaman ditanam di dalam bekas mudah alih seperti polibeg & pasu.
.
Di samping dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan berkhasiat, segar & selamat, kempen ni jugak memberi kesedaran & minat rakyat terhadap pertanian & halaman rumah juga akan kelihatan lebih segar & menarik.
.
Mama tak lepaskan peluang join kempen ni. 2 bulan lepas pihak MOA dtg ke kawasan perumahan kami utk membekalkan benih tanaman, baja, dan beberapa peralatan bertani secara percuma kepada setiap keluarga. Mama memang suka bercucuk tanam.. Berbudi kpd tanah tu macam 1 kepuasan bg mama.
.
Kat sini aku tunjukkan antara hasil tanaman mama.. Kebanyakan sayur-sayuran masih belum mengeluarkan hasil.. Tak sabar nak tuai hasilnya x lama lagi!
.
Lada
.
Kacang panjang
.
Kacang boncis
.
Timun
.
Semaian bayam
.
Jagung
.
Kailan
.
Kacang bendi
.
Hasil pertama - kacang bendi.. Aku suka part petik hasil je. So yg ni, mestila aku yg petik. Huu..
.
Kempen Bumi Hijau = Jimat + Berkhasiat + Segar + Selamat + Puas
Sama-sama kita berbudi kpd tanah..
.
~toodloo~

.::Abu Debuk-Debuk::.

Anda tahu apa itu ABU DEBUK-DEBUK? ABU DEBUK-DEBUK ialah sejenis haiwan kacukan baru dari spesies dubuk + lipas + tikus yang telah ditemui dgn jayanya oleh seorang saintis terkenal dari Melbourne, Prof. Cik Kama (perlu ditekankan 'Cik' krn Prof. ini masih muda remaja berstatus BUJANG) ketika beliau dan tiga Prof lain sedang bertungkus-lumus memulakan penyelidikan terbaru mereka di Makmal Biokimia..
.
ABU DEBUK-DEBUK dipercayai mempunyai daki yg sangat tebal di badannya dan apabila terperap lama di dalam air bersuhu 38 drjah Celcius maka haiwan tersebut akan mengeluarkan lapisan 'slimy' di dalam air. Ngehehehehe.. Yaaaa ampun Cik Kama...!!
.

Prof. Cik Kama (kiri sekali) amat gembira dgn penemuan ABU DEBUK-DEBUK. Kegembiraan terpancar di wajah beliau & Prof. Cik Nora. Prof. Encik Fifi agak tidak berpuas hati dgn penemuan tergempar tersebut kerana beliau fobia pd lipas & tikus..

'
Apekah yg aku carutkan di atas??? Huu... Lamenye x update blog ni.. X kesah la.. Bukan ade yg nak bace pon.. Lalala.. Dissertation part of M.Biotech had just started this week! Arini nak cite pasal 1st week of labwork. So far so good. Geng Sedut dlm proses membiasakan diri dgn sample preparation n extraction & penggunaan mesin2 CANGGIH yg diharap akan BERFUNGSI dgn SEMPURNA sehingga tamat semester ini.. InsyaALLAH.. Doa ye kawan2.. Aminn..
.
Arini ari ke-3 labwork kami. Sangat bersemangat. Our SV, Dr.Z is very optimist & positive orgnya. Membantu dlm semua perkara termasuklah yg remeh. Huhu.. Sangat bersyukur menjadi student beliau. Yg wat makin b'semangat ialah beliau juga seorang pelajar UM yg mengikuti program M.Biotech... So, Prof. Cik Kama, Dr.Z bukan saje senior anda di Melbourne, malah senior kita di UM juga. Sangat bangga!!
.
Inilah vacuum extraction machine yang bakal ku peluk & kubelai setiap hari spjg semester ini. Dan di sini jugalah ABU DEBUK-DEBUK ditemui oleh Prof. Cik Kama.
'
My family, Chenta & friends.. Doakan kejayaan dissertationku.. 1 semester lagi.. Moga semuanya berjalan lancar.. Moga ALLAH memudahkan semua kerja kita.. Susah dulu, senang kemudian.. InsyaALLAH...
.
My friend once told me this..
'
'WE ARE BORN WITH TWO EYES IN FRONT.. BECAUSE WE MUST NOT ALWAYS LOOK BEHIND, BUT SEE WHAT LIES AHEAD BEYOND OURSELVES..'
'
Oh ya kawan-kawan.. Tiap yg berlaku ada hikmah. Perlu tabah. Hidup mesti terus. Moga kita tak tersalah langkah. Moga itu keputusan terbaik utk diri kita. Cuma ingat 1 perkara, di sekeliling kita, ada orang yg sentiasa menyayangi kita & menyokong jalan terbaik dlm hidup kita. Moga aku dapat harungi semuanya dgn tabah. Ya.. Aku mesti tabah!
.
p/s: ABU DEBUK-DEBUK tu sebenarnya HABUK & DEBU-DEBU.. Prof. Cik Kama tersasul sebut dlm lab tadi.. huhu.. Sori Cik Kama.. Jadi 'bahan' aku lak perkataan tu. Huhu..
p/s lagi: Aku mungkin akan teruskan fesyen labcoat. Aku suka. Hehe..

.
Petang selepas lab, Cik Nora belanja Big Apple sempena hari jadinya.. Thanks Cik Nora. Release 50% tension aku..
Malam selepas Maghrib, menonton wayang bersama Fifi, Ista, & Matt.. Cite Drag Me To Hell.. Sgt seronok melihat orang menjerit ketakutan. Hihi.. Release 50% lg tension aku..
SO, AKU DAH TAK TENSION... HOOOREEYYYY!!!!
.
~toodloo~