December 06, 2009

.::Tak Habis-Habis Lagi::.

Ngaaaa.. I jadi oreng puteh sekejaplah.. Ni dinner I untuk malam ni.. Fries panassss.. Hahaha.. Abang Umaidi kasi yg special punya. Biasenye sos dan mayonis dia campur dlm satu bekas kecik je, tapi malam ni dia asingkan dlm dua bekas. 'Special utk Ada', kate Abg Umaidi. Heh... Friesnye bnyk plak tu. Tak abis makan lagi ni. Malam2 sket kang smbung kunyah lagi.. RM3 je.

Malam-malam lain, aku layan nasi goreng ketam, kuey teow goreng mamak, mee goreng mamak, nasi goreng pattaya, kuey teow kungfu.. Tapi malam ni aku dah bosan dgn menu harian tu.. Gerai kat kafe terhad sgt kat kolej aku ni. Ade 4 booths je ade. Satu tu cafe yg bese aku beli makanan.. Tengok muka aku je abg kafe tu dah boleh teka aku nak makan ape. Muka regular customer ni.

Satu lagi booth makanan Arab sbb kat sini ramai students Arab. Sori.. Tak kena dgn tekak aku. Kalo mama & abah aku ade kat sini, mungkin diorang suka makan makanan Arab ni.. Hmmm..

Satu booth lagi, booth makcik Indon.. Makanan Indon je bnyk. Sini plak memang tempat lepak students dr negara jiran kita tu. Aku belum pernah try. Sebab selalu crowded. Hehe. Yg satu lagi lak, gerai mamak. Tak boleh blah gak tekak aku dgn makanan kat sini.. Plus, abg Umaidi ade share rahsia ttg gerai ni kat aku & membuatkan aku terus tak lalu membeli kat mamak tu. Haha. Rahsia.

Friendster pun dah ubah layout beb...! Lame dah tak jenguk account Friendster aku, so aku bukak la tadi.. Hijau... Boleh tahan laa. Haha.. Bagus juga. At least, Friendster dah buat perubahan skit.. Kalau stay dgn yg lama, muak ohh..

Haisshhh.. Cerita aku hari ni tak habis-habis berkisar ttg layout & template.. So, cukuplah utk hari ni. Esok, buka buku baru. Malas nak fikir pasal ni lagi.. Stick aje dgn template blog yg lama..

9 comments:

hans said...

hahaha
tak habis2 dgn friendster ko
friendster skrg amacam?
best x?

adaNiff said...

haha.. dah lame tak bukak tu..

still ade account fs coz member2 lama ramai kat fs.

sukiminna said...

huiyo..lamanya aku tak masuk frenster..cerah pulak fs ko ek..hehehehe.jangan marah

~0~ said...

lama da xlayanz frester nie..

nizamsani said...

lama tak buka friendster.

[z@ck] said...

sedap ooohhh fries tu..
ni nak p bli ni..
huhuhuu

adaNiff said...

hehe suki. aku pun dah berzaman tak bukak tu.. cerah kan kan kan?? hahaha.

adaNiff said...

~0~ n Nizam..

Fs dah tak best eh??

adaNiff said...

Zack jom makan fries panassssss!!