December 15, 2009

.::Pulau Langkawi : Day #1::.

This week aku nak cerita pasal trip kami melancong ke Pulau Langkawi pada 11 hingga 13 Disember lalu. Excited sebab ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke pulau peranginan terkemuka itu..

Hari Pertama - 11 Disember 2009 (Jumaat)
Kami bertolak dr Jeti Kuala Perlis & tiba di Jeti Pekan Kuah, Pulau Langkawi seawal jam 10 pagi. Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang satu jam.

Sampai di Jeti Kuah, abg ipar ku menggunakan khidmat travel agent di sana & menyewa kenderaan utk kami sekeluarga. Kami bersepuluh. Mama, abg Zaki, sis Ayu, Along, Angah, aku, Ana, Una, & anak-anak sedare yg cute lagi nakal, Hazmi & Aiman. Perjalanan diteruskan utk mencari homestay wat kami huni selama 3 hari di sini. Kami menyewa di Langgura Baron Resort, sebuah resort yg terletak di pesisir Pantai Chenang.

Sebelum sampai di resort, kami sempat singgah di Telaga Harbour, kawasan berlabuhnya kapal layar (yachts). Tak plan pun utk singgah, cuma kebetulan buat pit stop kat Petronas Quay. So sempat la klik2 gambar di sana. Banyak kapal layar. Sangat cantik pemandangan kat situ.

Mama, Ana, aku, Una & kapal-kapal layar

Ngam2 jam 1 tghari, selesai memunggah barang-barang ke bilik penginapan, yg lelaki menunaikan solat Jumaat.. Aku? Membuta kat bilik. Heh.. Letih. Tak sempat rehat coz bertolak dr KL ke Kedah then terus ke Pulau Langkawi. Then sempat la berlari intai pantai kejap.. Cantik!!!!

Aktiviti petang, kami ke Gunut Mat Cincang.. Yang ni memang syok!! Naik cable car tertinggi di Asia utk ke puncak gunung. Sape-sape yg gayat mmg confirm takut nak naik ni. Tapi kami lima adik-beradik steady je. Haha. Una yg cuak sket. Tinggi woo.. Stesen terakhir berada di ketinggian 652.5 meter di atas paras laut. We are at the top of Pulau Langkawi. Hehe.. Angin sgt kuat, pemandangan sgt cantik. Langit & lautan macam bersambung. Memang indah ciptaan Tuhan Pencipta Sekalian Alam.

Indah Ciptaan-Nya

Dah tahu kisah Gunung Mat Cincang? Tak pasti kesahihannya tapi diceritakan bahawa dua sahabat Mat Cincang & Mat Raya menjodohkan anak mereka tetapi anak Mat Cincang berlaku curang lalu berlaku pergaduhan dan masing-masing bertukar menjadi Gunung Mat Cincang, Gunung Raya, Pekan Kuah, Kampung Kisap dan lain-lain.

Atas jambatan Gunung Mat Cincang

Hoyeah.. First day kat sini memang menyeronokkan.. Thanks to Abg Zaki, Sis Ayu, Along & Angah yg support family trip ni.. Enjoy sangat-sangat. Esok sambung pulak aktiviti hari kedua. Hehehe..

11 comments:

anaklaut said...

salam..


pasti percutian yg sangat best ni kan..


happy holiday...:)

sukiminna said...

ensen la abang ko yang pakai spek tu..wakakaka..

adaNiff said...

thanks anak laut :)

adaNiff said...

suki.. haissshhhh... hahaha.

adaNiff said...

ko x nak ckp aku comel ke suki? wakaka..

sukiminna said...

xdapat toblerone.xmau..lalala

sukiminna said...

okla..comel sket.
dapat toblerone.comel berganda2..ngeee :P

adaNiff said...

hahaha. suki tak ikhlas.

faRk said...

waahhh...

cantik...

kagum...

bukan kamu, kapal layar tu la...4 orang tu bleh tepi sikit?

adaNiff said...

baikk... nnti saya ketepi..

sniffa93_aznil4eva said...

best kan langkawi.
ehe ta suka naik gondola cable car..gayat sungguh.