December 05, 2009

.::Muallaf by Yasmin Ahmad::.



Finally!! Filem Muallaf dah masuk panggung Malaysia. Kalau tak salah Singapore dah tayang cerita ni kat sana tahun lepas. Sangat tak sabar nak menonton..!

Sinopsis cerita:

Dua beradik dari Malaysia, Rohani dan Rohana, melarikan diri daripada layanan buruk bapa mereka yang kaya. Mereka mendapat perlindungan di sebuah bandar kecil dan berkenalan dengan Brian Goh, seorang guru muda di sekolah Katolik. Brian amat tertawan dengan dua beradik tersebut. Tertarik dengan dua beradik yang amat berani dan tabah menghadapi kesusahan. Persahabatan mereka memaksa Brian berhadapan dengan sejarah hitam yang menghantuinya.

Pengarah Yasmin Ahmad menyelami kemungkinan adanya emosi setelah trauma akibat dilukai orang yang dikasihi. Menyingkap kisah tiga jiwa yang masih mencari erti kehidupan sebenar dan bagaimana mereka menempuh suka duka bersama, Muallaf meraikan erti persahabatan, kemaafan dan penerimaan terhadap sejarah silam.

p/s: Al-Fatihah to the late Yasmin Ahmad. I always admired the late Yasmin Ahmad's work. From her Petronas TV commercials, short films, to her movies, Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, & Talentime.

p/s lagi: Iklan Tan Hong Ming in love (Petronas Merdeka Day commercial) best kan??

7 comments:

hans said...

aku suka karya Yasmin Ahmad
betulkah sudah tayang di Malaysia sebab aku dengar ari tu film ini dibanned
film ini bagus sebenarnya cuma kesilapan Yasmin Ahmad, dia seolah - olah cuba menyamakan semua agama sedangkan Islam itu agama yg lain dari agama2 lain
apa2pun niat dia baik sebenarnya iaitu setiap agama mengajar kita berbuat baik....
Al-Fatihah untuk arwah

iklan tan hong meng tu aku xsuka budak tu..hahaha...

fiD said...

aduiii! nak tengok nie, cik membuatkanku nk tgk!

Noorlaila Mohamed Nor said...

iklan tu terbaekk!
cute sgt!

adaNiff said...

hans. confirm akan kuar. update dia ade kat Facebook. karya Yasmin mmg agak 'sekular'.. tapi suke semua filem dia.

adaNiff said...

fid sile tgk... tak lame dah nak tayang...

adaNiff said...

laila.. best kan?? hehe.. tu takde skrip kan. dia memandai sendiri je. comel gile..

suki said...

@hans: alfatihah jugak.really kena banned sebab tu ek?mgkn dia cuba nak sampaikan semua agama ajar benda yang baik macam ko cakap kot.but people make mistake kan..

@ada: thanks. aku tak pernah tahu pun pasal kewujudan filem ni huhuhu.aku pun suka kalau iklan yasmin buat. Ko perasan tak, dalam kebanyakan karya dia banyak isu mix races couple. especially chinese and malay, macam gubra sepet. even dalam muhksin pun ada selit jugak walau watak sampingan