December 18, 2009

.::Mamai::.

Just got back from my auntie's house at Kelana Jaya.  Alhamdulillah hari ni aku sambut Tahun Baru dgn family.  Semua ahli keluarga berkumpul.  Atok & nenek pun ade sekali.  Kami ke Putrajaya utk Majlis Aqiqah anak saudara sepupu aku.  Majlis sangat meriah.

Aku ulang, majlis sangat meriah.  Tapi diri sendiri tak meriah. Serius. Aku nak tolong diorang masak-masak pagi tadi.  Petang semalam sampai Kelana Jaya aku just sempat tolong potong sayur, kupas bawang, gunting lada kering.  Tu je yg aku sempat buat.  Then demam aku makin teruk, so aku tidur awal..

Pagi tadi, aku bangun pun still tak berapa sihat.  Then maksu aku offer ubat selsema.  Pas telan ubat tu, aku jadi mamai dowh..!!! Penangan ubat selsema yg maksu aku bagi pagi tadi, effectnya sampai ke malam ni aku still rase mamai.  Aku dah ckp kat mama, tak nak makan ubat sampai habis kenduri sebab aku nak tolong. Tapi mama insisted suh aku  makan ubat gak, takut berjangkit dgn orang len.

Dari pagi tadi, lepas telan ubat, aku :
  1. tidur balik lepas tolong mama hidang nasi lemak utk sarapan
  2. bangun tapi termenung atas sofa (maksu gelakkan, dia cakap sebab ubat yg aku amik tu aku jd mamai)
  3. sambung tidur lagi sampai 11.30 pagi (mase ni lauk-pauk semua dah siap masak)
  4. termenung lagi sampai 12.30 tghari.  serius aku mamai gile mase ni
  5. bertolak ke Putrajaya tapi aku tidur lagi dlm kereta
  6. mamai kat kenduri, aku naik tingkat atas umah, baring & tertidur lagi
  7. salam-salam dgn sedara mara yg baru sampai dgn keadaan blurr & mamai
Aku rasa aku la manusia yg PALING SELEBET dlm majlis tadi.  Macam drug addict je.  Koya, mamai, lalok.. Handphone pun aku tinggal dlm kereta..Tak sempat snap satu gambar pun. Gile mamai dowh..  Nasib baik family faham yg aku dah terkena penangan ubat selsema..


Yang diraikan, Adwa Affan bin Hairul Anuar
(pic ni pun aku curik dari FB sepupu aku.. mamai.. x snap gambar pun tadi)

p/s:  Actihist tablet mengandungi Triprolidine Hydrochloride 2.5mg & Pseudoephedrine Hydrochloride 60mg.  Ade pharmacist tak yg leh describe mengapa aku jd terlalu lalok hari ni???


p/s:  masih mamai ketika entry ini ditulis. 

4 comments:

sukiminna said...

haha..mungkin pil itu mengandungi air urin badak sumbu..kekeke..gurau jek

aku nak tarik pp budak comel itu!

KayZ said...

Mmg patut pown ko mamai. kesan dari triprolidine...

info dari wiki...

Capo Grande said...

ketika soalan ini ditanya masih mamai lg x ;-)????

kawie2020 said...

masih mamai lagi ker? ayaq gamat kot yg dok buat mamai tuh? hehehehehehe..