December 08, 2009

.::Kenanganku::.

Tiba-tiba aku teringat kenangan sekolah rendah. Teringat salah satu subjek drpd SEMUA subjek yg aku suka.. (aku sgt suka sekolah rendah.) --->Pendidikan Muzik. Eheh.. Mata pelajaran Pendidikan Muzik ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah, bg memenuhi KBSR --> Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (skema gilerr).

Best woah kelas Pendidikan Muzik.. Belajar semibrif, minim, minim bertitik, krocet,kuaver, semi-kuaver. Korang semua belajar jugak kan? Mase kat sekolah, aku join pancaragam. Paling cikai aku main tamborin. Pastu up sket main tiup-tiup recorder. Pastu yg paling up aku dpt main tiup-tiup melodian. Dah hafal notes sume beb. Aku rase sangat rugi sebab ilmu muzik aku terkubur terus lepas sekolah rendah. Minat tu tersangatla ade, tapi aku belum betul-betul berpeluang nak serius main alat muzik.

Atok aku gile hebat main biola, tapi dia dah tak nak ajar cucu cicit dia dah. "Atok dah tua, tak nak ajar dah. Nanti nak belajar, masuk kelas." Aku faham benar maksud atok, dia tak akan ajar cucu cicit dia main alat muzik bertali. So, InsyaAllah atok, Ada nekad akan belajar juga satu hari nanti. Hmmm... Ade sape-sape bermurah hati hadiahkan aku GITAR KAPOK atau BIOLA?? Sangat teringin.. Hehehe... Bile boleh dapat?? Aku nak belajar sangat-sangat..

Ok berbalik kpd Pendidikan Muzik. Aku masih hafal lagu-lagu ni.

-Ais Kacang-
Ais kacang.. Ais.. Ais kacang..
Bila cuaca panas dan rasa dahaga..
Singgah di gerai, ais kacang diminta..
Susu dan jagung, kacang dan lengkong..
Air gula berwarna...
Campur semua, enak rasanya..
Kegemaran kita semuaaaaaa..

-Menampi Padi-
Lihat jauh nun di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama
Potong memotong membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk
Inang tampi
Kini mesin jadi pengganti..

-Telefon Berbunyi-
Telefon berbunyi ring ring ring..
Ku angkat ku tanya siapa..
Telefon berbunyi ring ring ring..
Ku dengar ku dengar suara...

p/s: amacam? korang masih ingat tak? kalo korang lupe, samada korang ade Alzheimer atau korang memang tak cool. heh...
p/s lagi: ring ring ring ring.. puas telefon Haniff berdering tapi tak diangkat.. Sudah tidurkah dia? heh...

6 comments:

rash said...

huhuhu
mmg mengimbau kenangan silam nih =)
rash igt lagu ais kacang tu smpi baris ke2 je.. skang dh bule nyanyi balik coz dh ade lyric ^^

~0~ said...

aku xde kelas muzik ler...main alat muzik lg ler...

kama said...

ape? quaver? minim?
plg menci mende tu
sume cm togey je dimata ku

tp aku plg suke lg tuai padi!!
hihi
tetibe ter-eksaited plak

adaNiff said...

Haniff: nk jd cikgu jgk yang?lyn je..smlm tertdo n bgn kul 12...men ftsl...sudah diberitahu kn syg?ok....lalalalalala

eyriqazz said...

Kelas muzik...best2..kelas kami jadi suara utk lagu skolah..bangga rasanya..

[z@ck] said...

aku paling ingt lagu ais kacang..
asyik nyanyi bila cuaca panas..
ahahah...sengal doe