November 16, 2009

.::PadaMu Ku Mohon::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH, tiada kemudahan kecuali pada perkara yang Engkau mudahkan.. Aku berlindung kepada kalimah-kalimah ALLAH yang sempurna dari murka, seksa, kejahatan hamba-hambaNya, dan dari bermacam ragam gangguan syaitan serta kedatangannya..

Ya ALLAH, aku adalah hambaMu. Anak hambaMu yang berada dalam genggamanMu. Ubun-ubunku berada di tanganMu, berlalu dalam hukumMu, keadilan berada dalam ketetapanMu.

Aku mohon kepadaMu, melalui seluruh nama yang baik untukMu, nama yang Engkau gunakan untuk menamai diriMu, nama yang Engkau turunkan dari kitabMu, nama yang Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu, nama yang Engkau pilih untuk disimpan di sisiMu pada alam ghaib, kiranya Engkau menjadikan al-Quran yang mulia sebagai cahaya kalbuku, menyegarkan hatiku, mengikis kesedihanku, dan melenyapkan kebingungan serta keresahanku.

Apabila semuanya serba tak kena, dan engkau tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah, engkau masih boleh bersandar kepada DIA yang Maha Mengasihi. Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA yang memberi cahaya. Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA yang tak pernah melukakan hatimu.

DIA Maha Adil.