November 06, 2009

.::Kalau Aku Seorang Robot::.


Pernah terfikir tak?

Kalau aku seorang robot, tiap-tiap hari cuma ikut arahan.
Tiap-tiap hari, aku akan dikawal.
Tak perlu fikir. Terus buat.
Tak letih. Tak sakit.
Tak merungut. Tak mogok.

Kalau aku seorang robot, dah tentu tak berperasaan.
Hati tak tersentuh terima cinta.
Tak gembira. Tak bahagia.
Hati tak sakit bila dilukai.
Tak akan sedih. Tak akan menangis.

Sebab robot memang tak punya hati.

Tapi..

Aku bukan robot.
Aku sakit. Aku merungut. Aku mogok.
Hati aku tersentuh.
Aku gembira. Aku bahagia.

Dan...

Hati aku juga sakit bila dilukai.
Sedih. Menangis.
Sebab aku manusia.
Sebab aku punya hati.

Jangan lukai hati aku.
Aku tak mahu sedih.
Aku cuma mahu bahagia.

Sekarang dan sampai bila-bila.

p/s: Ok. Aku x tau ape yg aku carutkan di atas. Tq.

5 comments:

.:Fathiha Zainal:. said...

Touching gila..
Tp betul, alangkah baiknya kalau menjadi 'sehelai' robot.. Huhu..

ada_hairuni said...

Huhu.. Betul kan? We have feelings. Sakit bila dilukai.

'Seekor' robot pun boleh. Kakaka.

AdZ said...

nnt ko dibenci oleh manusia la ada..waahaha

ada_hairuni said...

haha.. keje manusia jd makin senang la.. goyang kaki..

HANIFF N ADAWIYAH! said...

jgn jd robot....
manusia adalah ciptaan Allah yg paling mulia...
syg, jgn jd robot k..