October 14, 2009

.::Papadom = 4 hari = RM1juta::.

Korang penah makan papadom? Papadom ni feveret abah. Mase kecik2 dulu mama slalu gorengkan utk abah. Makan dgn nasik. Aku makan jugak. Ganti cikedis. Huhu. Papadom yg mama goreng bukan besar bulat macam Saadom punye papadom. Tapi yg kecik2 petak2. Kalo org x bese makan, mmg diorg kate tak sedap. Tp bagi aku, papadom sedap.

Korang dah tgk cite Papadom ni? Aku sudah. Dengan Chenta. Last Monday kat MidValley. Kitorang masuk panggung lewat 15minit, so permulaan cerita tu ade la sikit yg tertinggal. Kaye Afdlin Shauki & geng pembikin filem ni. 4 hari dah dapat kumpul RM1juta. Dah balik modal pembikinan filem tu. Tahniah tahniah. Clap clap clap..!

Nak aku bagi sinopsis cerita? Tak payah la kot. Korang boleh jumpe Pak Google & tanye sendiri sinopsis cerita ni. Senang. Tak panjang aku tulis dalam ni. Hakhak.

Well.. Cerita ni memang menarik. Tambah2 dgn lawak Afdlin yg memang natural tu. Mmg seronok kat panggung. Masing2 gelak sakan. Bayangkan, kalaula abah aku macam Pakcik Saadom ni.. Tiap2 mase bersama aku, mesti aku selamat. Secure. Haha.

Yang paling best tentang cerita ni bagi aku mesti la lokasi penggambaran. UiTM Shah Alam beb.. Mengimbau kenangan degree aku beberapa thn lepas.. Dewan kuliah, kafe, kolej dalam cerita tu semua tempat lepak. Memang betul2 mengimbau kenangan lampau. Area dewan kuliah Fakulti Sains. Kafetaria kat Menara. Kolej Delima 2. Tempat lepak semua tu.. Teruja sangat tgk cerita ni.

So pade sesape yg belum tgk, pegi la tgk. Jalan ceritanya ringan. So boleh la rileks kan minda korang yg kusut dgn keje & study tu. Boleh gelak2. Release tension.

Ok. Sambung wat Literature review.

p/s: from now on, Haniff ialah PapaNiff saya. Hiks.

2 comments:

ai@reel said...

thanks for info...belum berkesempatan tgk cite ni agak2 mesti best

ada_hairuni said...

best.. jgn lupe tgk tau..