October 15, 2009

.::Nostalgia::.


4 Mawar 1995
Duduk dari kiri : Ruhaifi, Anas, Ikhwan, Roziman, Teacher Choo Swee Phing, Ustazah (sori x ingat name), Cikgu Ch'ng, Cikgu Habibah, Cikgu Idzhar, Cikgu Mat Lazim, Norashidah, Jumaatun, Balqis, Aku Comel.

Berdiri (P) : Faizan, Syazwani, Aizan, Elyana, Che Nurr, Marhayanti, Asma Azuani, Fazilah, Hidayah, sori x ingat name, Aishah, Aimi, Alwana

Berdiri (L) : Azmi, Akram, Syed Nasa, Shaikh Hizami, Zamri (arwah), Izzany, Razif, Sri Manikumaran, Jason, Amri, Raja Farid, Amri, Farhan, Shahrun, Hafiedzul, Dzikri

Aku dgn ini nak ucapkan juta-juta terima kasih kpd Raja Farid (sila cari dlm gambar) coz dah mengupload gambar ni kat Facebook. Dulu aku pun ade simpan sekeping gambar ni. Tapi oleh kerana banjir besar last year kat umah aku, semua album2 gambar dah tenggelam dek air banjir & lumpur. Maka tiada lagilah gambar kenangan yg aku simpan bertahun2 lamanya. 1995, mase tu umur 10 tahun. Dah 14 tahun berlalu, dan aku masih lagi kecik macam dulu. Muahahaha..
Berbangga dengan diri sendiri coz still lagi ingat hampir semua nama kawan2 lama..

Tapi yang sedihnya, seramai2 kawan sekelas ni, tak sampai 10 orang pun yang still in touch dgn aku. Itu pun dlm Facebook & Friendster - Raja Farid, Razif, Azmi, Ruhaifi, Shaikh, Anas, (wah kenape semuanya lelaki??..) Hahaha... Yang kerap berjumpa cuma Alwana & Izzany & Balqis coz diorang masih menetap di Maran.

Sangat seronok dapat mengimbau kenangan lama. Nostalgia ni. Gambar yang sekeping ni dapat buat aku tersenyum sendiri. Memang banyak kenangan zaman sekolah. Nak dicerita, mau sampai esok pun abis.

Kan bagus kalau tali persahabatan kita kekal dari kita kecik sampai la kita tua.. Dari kecik, sampaila dah kahwin & beranak-pinak. Wahh.. Gitu... Oh ya sebut pasal kahwin, dah 8 orang dari kawan-kawan kelas 1995 aku ni dah berumahtangga. Masih minoriti. Hehe.

p/s: korang cam tak mereka2 yang berbaju biru dalam gambar tu? Haaa... Itu la barua-barua sekolah a.k.a Pengganas Sekolah. Hahahaha.. Korang jgn main2.. Walaupun aku yang paling kecik antara barua-barua tu semua, aku ni Penolong Ketua Barua tau. Ketua Baruanya si Roziman tu. Dua tahun berturut-turut aku sandang jawatan Penolong Ketua Barua. Hahahaha..

This is damn serious, I really miss my past journey...!!!!

Buat kawan-kawan seperjuanganku sekalian, aku doakan kalian semua berjaya dlm apa saja bidang yang kalian ceburi. Persahabatan kita akan kekal selamanya, insyaAllah.

Sape2 yang baca entry ni, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kpd salah sorang classmate aku ni, Allahyarham Zamri yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu akibat kemalangan jln raya. Al-Fatihah.

3 comments:

paraxixth said...

zaman bila lu sekolah nie.sudah ada kaler la camera lu..

btw lu sekolah mane dulu..

alfatihah.

ada_hairuni said...

tu camera cina tukang tangkap gambar la bro. mase tu ade 1 je kedai gambar kat kampung gua..

zaman jahiliyah pnye camera tu tp kire dah advance la coz ade kaler..

1991-1996 in memory.
Sekolah Kebangsaan Maran.

chipsmore said...

so sweet ;)