October 28, 2009

.::Maaflah, Pinangan Awak Ditolak::.

"Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama kedatangannya..."

Petua di atas ialah petua mengatasi senggugut yang aku baca hasil bantuan PakCik Google..

Adeh laaaaa.. Mane aku nak cari buah pinang time macam ni? Nak bangun pun tak larat.. Tulis entry ni pun aku tgh berbaring senget. (ye aku melebih2.. sebenarnya aku sedang duduk. tapi serius. sakit teramat..)

Tak dapat terima pakai petua pinang-meminang tu sekarang. Balik kampung nanti minta mama carikan buah pinang kat jiran-jiran keliling kampung.

Kesimpulannya, pinangan sembilan pinang ditolak bulat-bulat. Tanpa kompromi. Maaflah pinang.

p/s: aku betul-betul tengah sakit kalau ade yg nak cari pasal dgn aku sekarang ni, memang aku terajang hidup-hidup.

Mama... sakit... (time sakit baru nak cari mama. jahat)

1 comment:

IMCurtain said...

Salam sejahtera,

Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda di laman web kami. Ia mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan Innit dan Digg.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!