October 19, 2009

.::Kama Membuka Rumah Lalu Rumahnya Terbuka::.

Aku baru bangun tido. Jam menunjukkan 1.58 pagi ketika aku mula menulis entry ini. Sampai ke rumah dari Sungai Buloh jam 6.30 ptg tadi. Lepas maghrib, aku tido. Bangun jam 9 malam. Lepas Isya' & bermesej cinta dgn Chenta, aku tido lagi. Ni baru bangun. Kenapa?? Sebab ini adalah penangan Kama membukak rumahnya. Aku terlalu kenyang menyebabkan perutku menggendut. Mataku pun ape lagi, turut menggendut sama. Sangat berat nak dibuka. Ohhh.. Kalo tiap-tiap hari makan macam ni, 10 kilo yang aku idam-idamkan mesti aku dpt kecapi dlm masa yg sangat singkat...!

Aku makan 3 round. 1st round, laksam. Fuiyoh marvellous wa cakap lu..! Sedap Ya Rabbi. (alhamdulilah rezeki. Aku rindu betul dgn makanan air tangan mama aku. Dapat air tangan MakCik Kam ni pun kire marvellous jugak). 2nd round, nasi minyak. Yang ni pun fuiyoh marvellous wa cakap lu..!

3rd round makan kuah durian + pulut & roti. Pasti lagi terangkat kalau ade roti jala. Kama cakap dia tak sempat nak menjala. Ade orang menuba kat sungai belakang umah dia so hasratnya menjala dibatalkan begitu sahaja. Hiks. Sepatutnya ade 4th round, soto. Tapi Fifi, Ista & Zizi cakap terlalu pedas. Aku tak tahan pedas, so aku tak makan. (Alasan sebenar ialah perut aku terlalu kecik. Tak dapat nak sumbat semua walaupun MakCik Kam memaksa kami makan & makan & makan & makan & makan lagi. Ohh nafsu aku mampu, tapi perutku dah tak mampu...)

MakCik Kam sangat seporting. Menceritakan kisah mase dia mude selim jelita dulu. Oh memang selim jelita MakCik Kam. Beliau mengeluarkan 2 foto kawen bersama gaun kawennya dari bilik. Oh confirm selim. Anaknya pun x leh lawan keseliman ibunya. Hihi sori Kama.

Ape2pun, hari ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri. Hari paling kenyang sepanjang hidup. Betul. Perut aku menggendut. Senak bagai nak rak. Yang paling best lagi ialah kami sempat mentapau makanan2 utk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Dah la makan banyak, tapau pulak. Budak-budak ini memang pelantak tak tahu malu namenye.

Thanks Kama kerana telah membuka rumah kamu. Dan membuka bilik kamu juga sebenarnya. Ista landing paling awal. Dia kemas tak cadar bilik kamu? Hiks. Nora sangat jeles dengan bilik kamu. Dia bising.. Dia cakap JELES! JELES! berulang kali. Aku tak cakap ape2. Aku diam saje. Tapi sebenarnya aku pun jeles. Hehe.

Bersama ini aku abadikan (apekahh) foto kita bersama. Rumah Kama mewakili Kama sendiri. Ista ialah jurufoto. Fifi ada di belakang (kanan) sedang sibuk mentapau soto. Ok. Cukup korum. Thanks again Kama.


p/s: aku tak pasti apa yg sedang aku fikirkan sekarang. kepala aku tgh ligat berfikir sebenarnya. aku rasa seseorang sedang memerhatikan aku dari jauh (dari alam maya). dia stalk aku di Facebook. mungkinkah dia juga stalk blog aku ini & mengikuti setiap perkembangan aktiviti-aktiviti harianku yang memang tak kembang2 ini? aku musykil. perlu menyiasat. is she a stalker??

1 comment:

kama said...

thx for coming
sorry klo layanan kurg mantapness
aku harap korg cukup mkn ye
len kali jgn serik dtg umah aku ye
kesygan la korg ini.
:D