October 27, 2009

.::GohTong-RohYong::.

Hari Senin - Dah lame aku x hapdate pasal keje-keje labwork Geng Sedut. Dulu mse baru start, semangat gile babeng. Sekarang? Mesti la masih bersemangat menunggu chemicals yg dah di order tp tak sampai2. Oleh krn itu kerja kami agak tergendala. Tapi masih bersemangat. Perlu tekankan itu.

Nothing much to do in the lab today. Jadi kami berempat bergohtong-rohyong mengemas lab kami yg sememangnya dah kemas sambil makan rambutan yg Nora bwk dari kampung.

Jom aku bawak korang melawat lab aku yg cantek itu. Nak datang, dialu-alukan. Lepas tu boleh jemput korang minum2 skali. Heh..

Tengok working bench kitorang. Berkilat bukan? Itu aku la yg lap dgn bersungguh-mungguh tadi. Gunakanla sabun Decon. Lupakan yg lain.. Hihi. Fridge yg cumel ni kalo bawak balik kolej ni best jugak ni. Boleh letak air sedap. Hari2 dapat minum sejuk. Haisshh.. Kalo korang leh nampak, yg tudung oren itu ialah Nora sedang makan rambutan.

Lihatlah. Bersusah payah aku panjat bench ni tadi nak susun chemicals ni sume. Cantek kan aku susun? Kemas x? Ni dah confirm pandai mengemas ni. Anak sapaaa la ni. Lulus x utk wat calon bini? Wakakaka.

Haaa yg ni pun aku panjat tadi... Migraine pun migraine la. Sanggup gak aku panjat demi lab terchenta ini. Kat depan tu yg pakai selendang putih hitam yg nampak sipi-sipi je tu ialah Kama sedang berladang FarmVille.

Pandangan dari sudut lain. Yg pakai lab coat itu ialah Fifi sedang menghapdate status FB.

Haaa rak ni sebenarnye penuh barang2 peninggalan orang2 yg gunakan lab ni sebelum kami. Diorang bertiga dah kosongkan rak ni. Ade 4 section kan dari atas smpai bwh. Korang dpt agak x aku dpt level yg mane?? Memandangkan aku paling kecik cumil & pendek, maka aku dapat yg paling bawah. Diorang cakap aku senang nak tunduk-tunduk amik barang.. Pasrah.

Ok itu saja lawatan lab kita utk hari ini. Meh2 jemput minum la kan sebab korang tetamu kan. Aku sajikan korang dgn minuman yg x pernah korang rase kat luar.

Methanol, Acetic Acid, Acetone, atau Dichloromethane. Mane satu yg korang rase macam best je nak sebut & paling sedap nak teguk?? Muahahahaha...

Pas kemas2, kitorang gi lunch. Kul 11 lebih kot mase tu. Kitorang makan kat Kafe Sains. Kafe ni baru. Agak selesa. Ini kali kedua aku makan kat sini. Dan mungkin juga kali terakhir.

Nasi putih, ikan masak taucu, terung masak lada, & sedikit sambal tempe ini berharga RM4.60. Kalo kat kafe lain, ia mungkin berharga RM3.50 sahaja. Kafe Sains = mahal. Mungkin krn maintenance tempat baru tu tinggi. Entah. This will be my second & last time eating there. Thank you. Peace.

3 comments:

cybernetic88 said...

haha. pomot smuanya. sabun, mknn, pe lagi =p. btw mmng kilat la kamu sental tu. xde langsng habuk yg tnggl. aha.

nobuta said...

uit! sedap makan.

ada_hairuni said...

haha.pomoy sbb tu sume brg kat lab. x jumpe punye kat luar.

x sedap sangat pon! mahal je lebey. x nak makan situ dah pasni. chaitt.