October 23, 2009

.::Bukan Gadis Ayu::.

Aku tengah membaca. Aku tengah menaip. Banyak lagi nak taip nih. 30 pages max of literature review. Hoh..! Sambil2 tu aku sumbat telinga dgn earphone Phillips yg Nora belikn kat Lowyatt. Dengar lagu dlm playlist. Ok.. Semua lagu slow. Layan je la pepagi ni. Roomates dah tido, so aku boleh wat sesuka hati (aku pernah bagitau yg aku tak suka roomates aku kan??)

Sampai lagu Dead & Gone: T.I & Justin.. Ok aku head-bang slow2. Masih ade ciri-ciri keayuan di situ. Manis gitu. Hahah..! Abis melayan Mati & Hilang oleh Justin TasikBalak & T.I, aku tersedar yang head-bang aku makin laju. Makin kuat. Head-bang lagi.

Hoh.. Hilang ayu dah ni.

Tak puas hati dengan pergerakan kepala sendiri yg tak nak stop head-bang, aku tgk la kat playlist. SYSTEM OF A DOWN (SOAD) - Chop Suey. Huarghh! Ini sangat hardcore bagi seorang gadis! How the hell the song is in my playlist? Oh.. Mungkin dalam pendrive lama. Transfer files kelmarin. Sekali dengar, nak lagi. Aku layan lagi. 3-4 kali. Kepala aku tak nak stop head-bang. (Ok I just listen to the melody and ignore the lyrics).

Head-bang & head-bang lagi hinggalah aku tersedar.

Aku ni hardcore rupenye, ganas. Aku bukan gadis ayu. -_-"


Oh sebelum terlupa, sebab aku ternampak SOAD kat atas ni, aku nak cakap pasal SOAP. Heheh.. Quote dari orang-orang sekeliling:

--> Ada dah putih!
--> Tak aci, nak jugak!
--> Makin bersih & putih (ini Chenta yg cakap..heheh)
--> Ko pakai produk ape? SK11 ke? Muka dah bersih la (wahhh ingat aku kaye nak pakai produk mahal2)
--> Nak try jugak la. Beli kat mane? (hah aku beli kat Maran. Jom wat rombongan gi Maran semata-mata nak beli produk ni. Hahaha..)
--> Semakin berseri. (haha tak bleh blah yang ni..)
--> Aku cari tak jumpa la. Produk lain ade la. (ade senang je nak cari. kat booth2 kecik kosmetik buatan Malaysia pun mesti ade)

Oh terima kasih la ye orang sekeliling. Sebenarnya tak berniat nak mengubah keputihan wajahku. Wahah.. Just nak buang kesan jerawat yg bnyk bertapuk kat muka ni kan, since kulit muka aku kering. Masa kat kampung aritu, pegi kedai kosmetik. My sister dah guna Tia Amelia utk buang jeragat kat muka dia. Aku pun pelik, dia bukan warganegara Australia @ UK @ US smpai muka berjeragat cam omputih! Tia Amelia elok utk buang jeragat. Disyorkan beli krim jeragat & jerawat.

Ok ini la rahsia wajahku yg dah bersih sikit ni ye. Guna 2-3 minggu pun kulit dah jadi lebih bersih dari asal. Aku guna De' SARA. Harga satu set RM89.90 je. Lebih murah dari set Tia Amelia. De' SARA guna beras sbg bahan asas. So memang x de masalah kulit menggelupas. Ada produk yg gunakan betik or bahan lain yg boleh wat kulit menggelupas & jadi pedih. Tapi takde masalah tu dgn De' SARA. Mungkin juga ikut kesesuaian kulit masing-masing.


There. The damage is done. Secret revealed.

Hurmmm... Aku ini masih gadis ayu kah??? *wink*

p/s: belilah barangan buatan MALAYSIA. Tq.

No comments: