September 27, 2009

.::Dia Dah Kawen::.

18 Julai 2009 semasa aku & Geng Sedut dlm perjalanan ke Melaka, cadangnya nak beronggeng selepas menghadiri kenduri Kak Syu.. Telefon bimbitku berdering. Terpampang nama dia. Huarrgghh..!! Bertahun tak menelefonku.. Aku cepat2 angkat call.. Biasanya kalau orang yg dah lama x contact, mencari kita secara tetiba, sudah tentu beliau itu berhajat besar.. Bukan hanya sekadar bertanya khabar.. Suara dia sama mcm dulu.. Cuma aku dpt rasakan susunan ayatnya jauh lebih matang.. Benarlah tanggapanku. Dia menjemputku menghadiri majlis perkahwinannya yg bakal berlangsung akhir September.. Katanya seminggu lepas raya..

Ayat dia yg betul2 buat aku tersentuh.. "Dah sampai jodoh saya.." Lalu kedua-duanya terdiam seketika.. Betullah.. Jodohnya smpai lebih awal.. Aku cuma dapat ucapkan tahniah berulang kali.. Aku tak dpt janji aku boleh datang, tapi aku memang harap aku dapat tgk dia bersanding......

Dia yang aku maksudkan pernah berkawan rapat denganku masa sekolah dulu.. Nak dikatakan cinta monyet, tak pastilah. Yg penting, kami memang sangat rapat. Satu kelas. Satu tempat tuisyen kat rumah teacher Choo Swee Phing, kat Rumah Murah Kg. Berkat.. Satu geng basikal setiap kali pulang dari latihan pancaragam sekolah. (aku guna beskal dia, dia guna beskal aku gi round 1 bandar). Geng jalan kaki balik dari sekolah. (dia dgn adiknya, aku dgn adik aku).. Sampailah akhir darjah 5.

Aku ingat lagi, dia ucapkan selamat tinggal & tahniah pada aku lepas majlis penutup kelas Fardhu Ain. (kat kelas tu pun aku selalu baca Quran depan ustazah lepas dia baca. Dia akan tinggalkan Quran dia atas meja Ustazah dan aku akan guna Quran dia).

Petang tu, aku dpt anugerah Pelajar Unggul mengalahkan budak2 darjah 6 coz aku dpt 100% dlm semua subjek kelas Fardhu Ain.. Dan petang tu juga ialah hari terakhir aku berjumpa dia. Dia akan berpindah ke Pekan bersama keluarga. Sejak tu, kami jarang contact. Seingat aku dia ada menelefonku 2 tahun kemudian. Masa form 1. Suara dia dah lain. Masa form 4, itu pertama kali aku berjumpa dia semula selepas dia berpindah. Dia dtg Maran. Memang dia dah agak berubah tapi tetap comel mcm dulu. Haha..

Life goes on.. Aku & dia tetap berkawan macam biasa. Dulu masa sekolah, kami mmg selalu fight bab study. Tapi skrg, dia lebih hebat dari aku. Dia budak sekolah sains. Aku mrsm aje.

Lepas SPM, masuk matriks.. Aku terjumpa dia lagi masa minggu orientasi. Kat padang. Oh.. Satu matriks dgn aku. Satu kuliah juga. Tapi masa tu masing-masing dah tak macam dulu. Mungkin sebab segan bila ingatkan cerita-cerita masa kecik dulu. Tapi, bagi aku, itulah kenangan termanis zaman sekolah. Mungkin orang lain x rasa, tapi aku sendiri dapat pngalaman yg best tu. Masa kat matriks selama setahun tu, aku tak rapat sangat dengan dia, sebab aku dah mula rapat dgn Faizal yg juga satu mrsm dgn aku.. Hmmm.. (yg ini kenangan lain pula..)

I knew his relationship with his wife now from their photos in Friendster. Memang secocok diorang berdua. Aku dan dia contact each other semula through YM. Memang hanya sekadar kawan, since aku dah punya Chenta. He furthers his Master at UPM, while I'm at UM now. Sekarang dia dah quit Master since dia dapat peluang bekerja gomen.. Dah dapat kumpul duit & kawen!

Last week, aku balik beraya. Sampai je rumah, mama cakap, "ade kad raya utk ko, ade 3. Mama letak dlm almari kat bilik". Aku dpt agak salah satu dari kad tu pasti kad kawen dia, coz dia ada minta alamat rumah aku beberapa minggu lepas. Benarlah... Kad kawen dia black and white!! Memang aku bercadang nak buat kad kawen warna tu utk majlis aku nanti. Tapi dia dah buat dulu..

Memang aku bercadang nak hadir majlis dia. Aku nak tengok dia bersanding. Tapi plan aku utk ke Kuantan tak jadi. Since aku terpaksa balik ke KL pada hari yang sama. Pasrah. Aku x dapat buat apa-apa.

Buat ANAS dan pasangan, Syakirah.. Tahniah buat kalian berdua. Tahniah aku ucapkan. Moga kalian bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s: Aku tahu dia tak akan baca blog ni. Sebab tu aku tulis panjang lebar tentang cerita dia..


Semoga berbahagia selalu. Tahniah juga buat kakak sulung Anas, Kak Madiha yg juga melangsungkan pernikahan pd tarikh yang sama.

No comments: