June 24, 2009

.::Pasti::.


Salam.. Ada kembali. Ada apa dengan Ada hari ini?
.
Day #8
.
Seperti biasa, pagiku yang ceria dimulakan di lab. 40 samples dah siap!!!! Yeay!! Labwork ended earlier today since we ran out of chemicals... So, still can't proceed with the next batch of samples.. DCM, cepatlah sampai... Janganlah lambatkan kerja kami...
.
Aku puasa sempena 1 Rejab hari ini. Dengan ulser yang agak kronik di lidah, aku cekalkan juga untuk berpuasa. Alhamdulillah.. Sempat bertahan sampai azan Maghrib berkumandang.. Aku buka puasa sorang-sorang. Nasi goreng kampung + air yogurt abg western.. Huhu.. Bila dah sorang-sorang mcm ni, mulalah aku terkenang kampung.. Rindunya nasi kasih sayang mama.. Rasa terkilan juga hari ni, sebab pd awalnya aku berhasrat nak balik kampung.. Huu...
.
Lately, banyak perkara yang berlaku di sekeliling.. Sedih, seronok, marah, geram, x puas hati, keliru, dilema semua bercampur-baur. Hmm.. Inilah namanya asam garam kehidupan.. Semua yg berlaku mematangkan kita.. Memberi pengalaman pd kita.. Memberi pengajaran pd kita. Nak tak nak, perlu hadapi juga.. Bak pepatah Jawa yang atok aku selalu sebut, "Life must go on cucuku..." Lalala...
.
Apa yang PASTI, aku dah ada jawapan. Aku dah ada kePASTIan. Dan aku PASTI, keputusan aku x akan berubah. Betul. Aku belum sempat ucap kata maaf. Tapi biarlah dia tahu, aku yakin pilihanku tepat. Aku juga yakin pilihanku akan memberi kegembiraan & kebahagiaan dalam hidupku. Bukan salah siapa-siapa. Mungkin ini yg sememangnya telah ditakdirkan. Tak perlu menyesal, tak ada apa-apa yang nak disesalkan. Apa yg perlu dibuat skrg ialah jaga elok-elok. Perbaiki yang mana x elok. Inilah yg dinamakan kehidupan. InsyaAllah Ada, semuanya akan baik-baik saja.
.
*Plink* Mood swing.. Aku rindu mama.. Aku rindu rumah.. Aku rindu Chenta.. Rindu sangat-sangat.. (T_T)
.
~toodloo~

No comments: