June 12, 2009

.::Kitchen Garden::.

Kawan-kawan tau ape itu Kempen Bumi Hijau?? Kempen ni sebenarnya dah lama dilancarkan oleh Kementerian Pertanian & Asas Tani (MOA), sejak 2006 lagi.. Kempen ni menggalakkan amalan bercucuk tanam untuk mengeluarkan sendiri hasil makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, & buah-buahan.
.
Kempen Bumi Hijau menekankan konsep tanaman utk kegunaan sendiri & keluarga je, atau lebih dikenali dgn nama 'kitchen garden' di mane tanaman ditanam di dalam bekas mudah alih seperti polibeg & pasu.
.
Di samping dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan berkhasiat, segar & selamat, kempen ni jugak memberi kesedaran & minat rakyat terhadap pertanian & halaman rumah juga akan kelihatan lebih segar & menarik.
.
Mama tak lepaskan peluang join kempen ni. 2 bulan lepas pihak MOA dtg ke kawasan perumahan kami utk membekalkan benih tanaman, baja, dan beberapa peralatan bertani secara percuma kepada setiap keluarga. Mama memang suka bercucuk tanam.. Berbudi kpd tanah tu macam 1 kepuasan bg mama.
.
Kat sini aku tunjukkan antara hasil tanaman mama.. Kebanyakan sayur-sayuran masih belum mengeluarkan hasil.. Tak sabar nak tuai hasilnya x lama lagi!
.
Lada
.
Kacang panjang
.
Kacang boncis
.
Timun
.
Semaian bayam
.
Jagung
.
Kailan
.
Kacang bendi
.
Hasil pertama - kacang bendi.. Aku suka part petik hasil je. So yg ni, mestila aku yg petik. Huu..
.
Kempen Bumi Hijau = Jimat + Berkhasiat + Segar + Selamat + Puas
Sama-sama kita berbudi kpd tanah..
.
~toodloo~

No comments: