June 23, 2009

.::Butterscotch-n-Rambutan::.

Day #7
.
Done preparing the 3rd batch of samples today.. 30 samples dah masuk dalam peti ais, nak sejukkan jadi aiskrim. Nanti boleh makan ramai-ramai. Perisa baru iaitu perisa kayu-kayan. Huhu..
.
Tak dapat sambung wat the 5th batch hari ni, since lab kami mengalami kekurangan equipment terhebat iaitu orbital shaker. Dr.Z kate orbital shaker baru akan sampai within this week.. Huhu.. Can't wait. Sangat suka melihat bulat-bulat ajaib berputar-putar di atas orbital shaker tu.. The big shaker machine yg macam hebat sgt yg satu lagi kat 'lab panas' tu agak memusykilkan utk digunakan. Dr.Z juga menegah kami utk menggunakannya lagi... Maka terbantutlah penyediaan 5th batch kami hari ini....
.
Hari ni lepak kat 'lab panas' agak lama kerana menunggu samples dicentrifuge. Betul.. Lab tu memang panas.. Peluh-peluh dlm lab.. Huh.. Bercampur-campur bahasaku. Mesti x ade sape pun yg faham kecuali Geng Sedut. Tak mengapalah, yg penting diari harianku & cerita makmalku ini diupdate sentiasa..
.
Aku dibuli hebat hari ini. Geng Sedut bertiga itu sedang berdiet. Maka tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri terbayang-bayang timbunan nasi & lauk sedap-sedap.. LUNCH HARI NI AKU TAK MAKAN NASI... Hanya makan roti yg dibawa oleh Nora. Roti itu merangkap sarapan & lunch aku. Huh... Korang memang keji x bawak aku makan nasi hari ini.
.
Kerja-kerja lab selesai awal. Kami ke MidValley untuk membeli barang berharga yang perlu dibawa ke Melaka pada bulan Julai ini. Sempat mencapai Syampu Sunsilk & ubat gigi Safi Kayu Sugi kegemaranku ketika mereka sedang sibuk memilih & membeli sushi.. Sushi sangat tak sedap. Hihihi...
.
Oh.. Berkenaan tajuk entryku kali ni.. Butterscotch-n-Rambutan. Aku nak nasi. Aku x dapat nasi lagi hari ni. Tapi aku cuma makan Butterscotch & rambutan. Aku tetap nak nasi. Aku tak peduli. Wahai Geng Sedut sekalian, kalau kalian x nak makan nasi esok, biar aku panjat bukit Rumah Universiti tu sorang-sorang. Sekali lagi ditekankan di sini. Aku nak makan nasi. Terima kasih.
.
Butterscotch-n-Rambutan
P/S: Untuk hari ini sahaja. Esok, lusa, tulat, aku nak makan nasi.
.
~toodloo~

3 comments:

nora ramli said...

ehhh.. bukan ko nak pose ke esok?? 1 rejab kan??? hahaha... ok... next time kami teman ko makan nasi yg ditimbuni lauk pauk yg sesedap k?

Ahmad Firdaus Haikal Arham said...

salah aku ke??takkan....
bukan ko diet gan makan roti je ke...
okla aku setia menemani ko memanjat bukit ke rumah universiti...hehehehjom...soru tengahari esok...esok kul9 k....

ada_hairuni said...

hihi.. aku puasa lak tadi.. sori fifi, panjat bukit esok lah.. hahaha...