June 16, 2009

.::Bulat-Bulat Ajaib::.

Bulat-bulat ajaib bersembilan.. Berputarlah laju-laju.. *Plink*
.
Day #2
.
Seawal pagi aku berjaya menyelesaikan kerja yg tertangguh semalam.. Berpindah ke bilik baru.. Alhamdulillah.. Semuanya dah selesai.. Dah x perlu pening2 kepala lagi. Sewa lebih murah dari bilik lama.. Lega.. X perlu susahkan mama & abah sgt. Sampai lewat di lab, jam 9 lebih.. Sangat penat. Seperti mahu merangkak sahaja di sepanjang kaki lima....
.
Did the 2nd method for extraction today.. Dried yesterday's sample which took the whole day.. Sangat mengantuk di lab. Tambah pula dlm keadaan sejuk aircond.. Kami sangat bersemangat hari ini krn Dr.Z juga bersemangat. Aku sangat suka keadaan begini...
.
Kak Syu dtg melawat kami di lab hari ni m'bawa kad walimatulurus.. Sangat berseri-seri bakal pengantin ni.. Oh Kak Syu dtg utk membelanja kami makan tengahari rupanya.. Hahaha. Padahal kami yg pau Kak Syu.. Makan di 6th College.. Dah lama x makan masakan panas-panas. Sangat sedap makan tengahari hari ini.. Thanks Kak Syu..
.
Oh ini kali pertama aku melihat Cik Kama tersipu-sipu & gembira begitu.. X tahu kenapa dia x pandai nak meng'cover' kegembiraan yg x bertempat itu.. Hahahahahaha... Chayo Cik Kama Yuna.. Moga kau beroleh semangat utk dtg ke lab setiap hari dgn lebih bersemangat!
.
Sangat lama menunggu samples kering, jadi mengambil keputusan berjalan-jalan di KPS. Konon nak beli air sedap, tapi akhirnya beli sabun mandi & sabun basuh.. Oh ya.. Kedua-duanya tertinggal di lab.. Hahaha...
.
Pulang petang bersama Fifi yg baru smpai dr Seremban. 2 hari dia x dtg lab. Demam. Esok, perlu dera Fifi. Biar dia buat kerja banyak-banyak sebab dah x dtg lab 2 hari. Biar dia guna separating funnel itu. Moga x pecah lagi. Hahaha....
.
Malam, pergi MidValley lagi bersama Fifi. Beli sticker utk bulat-bulat ajaib kami.. Kemudian terjebak ke California Fitness Club bersama Fifi.. Haihh.. Dapat cuci mata.. Ketul2 lengan.. Huhu...
.
Perlu sambung mengemas barang-barang di bilik baru. Suka bilik ni. Sangat selesa.. Sangat lega.. Sangat gembira... Esok perlu dtg lab dgn bersemangat. Geng Sedut! Ayuh sedut EtOH...!!
.
~toodloo~

No comments: