May 19, 2009

.::Aku Ada Pasangan Hidup Sendiri::.

Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...mak
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
d
Bila berduka, aku peluk erat...mak
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...mak
Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
d
Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...mak ingat kat aku
Bila-bila...aku akan telefon pasanganku
Entah bila...aku nak telefon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk mak
d
Renungkan...
d
Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja...
Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
"Mak bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata jika kita mendengarnya....
d
Tapi, kalau mak sudah tiada...
d
MAKKKKK.... RINDU MAK.....RINDU SANGAT.....
d
Berapa ramai yang sanggup...menyuap ibunya...
Berapa ramai yang sanggup...menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yang sanggup...membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup...membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup...berhenti kerja untuk menjaga ibunya...
d
Dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...
d
SAYANGI IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA
d
MAMA, I LOVE YOU SO MUCH..
d
p/s: credit to Bujuk for this post.
d
~toodloo~

7 comments:

HANNAN nur said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bucuk said...

Huhu, ganaz la posting Ada yang ni. Orang macam saya gerenti tak mampu nak mengarang posting macam ni. So far tak berani lagi saya nak post apa2 kat blog bucukbacen. Tabik kat Ada.

Bucuk said...

Alahai. Blog cik Ada pun moderate semua posting gak ke?

ada_hairuni said...

ngeh2.. tak berani nak post apa2? mengapakah? post tu kawan yg bagi.. saje letak kat sini. utk diri sendiri n sape2 yg bace cthnye spt Encik Bucuk. Kena tapis dulu la comment yg masuk Encik.. hehe.

zati::bacen said...

saya sayang mak saya...

Bucuk said...

Lor yeke? Ngeh2. Takpe, still tabik gak kat Cik Ada.

Yang pasal tapis2 ni. Rasanya akan jadi lebih seronok bila ada ramai yang comment dan dikomen secara lebih interaktif. Kalau sekarang ni, selagi Cik Ada tak approvekan, comment2 tu takkan keluar, jadi orang yang nak komen takleh komen secara betul2 interaktif dengan komen2 yang sebelumnya (tetapi didalam batch yang sama dengannya) sebab dia tak nampak pun posting yang sama batch dengannya tu selagi Cik Ada tak approvekan. Apapun, semuanya terpulang kepada Cik Ada kerana saya percaya Cik Ada lebih tahu apa yang terbaik. Saya sekadar memberikan cadangan saje. Ceria2 selalu.

P/S: Kim salam kat abang M ye.

ada_hairuni said...

sblm ni dah x moderate. cuma x puas ati since ade comment yg x de kaitan dgn cerita yg dah dipost. cth= si pemberi comment mempromote skim jana duit ke ape ntah. X SUKA. so baru smlm sy moderatekan semula. maaf BM+BI dicampuraduk dengan selamba.

abang M? oh dia memang sentiasa M.
sama mcm sy gak. sentiasa berjiwa M. Hehe.
InsyaAllah slm dikirim..
:)

bacen~ sayang mama juga.. :)