April 26, 2009

Pesanan 1

Bila kau letih dan hilang semangat
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan
ALLAH telah mengira titisan air matamu
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
ALLAH setia di sisimu
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan
ALLAH ada jalan penyelesaiannya
Bila tak ada yang bererti buatmu
Keliru dan kecewa
ALLAH adalah jawapannya

Pesanan untuk diri sendiri dan yang membaca juga..
Betul kan? Kebiasaannya, bila dilanda susah barulah kita nak cari DIA, ingat DIA.. Walhal DIA sentiasa ada dengan kita.. Berikan rezeki yang mencurah.. Berikan hidup.. Berikan kesenangan.. Berikan kegembiraan.. Tapi terkadang kita lupa, semuanya datang dari DIA.. Kita sedang berpijak di Bumi ciptaan-Nya.. Subhanallah..

No comments: