April 28, 2009

Sedang, Masih & Akan

INSOMNIA - A symptom of sleeping disorder characterized by persistent difficulty falling asleep or staying asleep despite the opportunity..

So true!! Aku mempunyai opportunity untuk tido..! Hiks.. Tapi aku x dpt tido lagi mlm ni... Insomniac?? Am I?? Oh mungkin tidak.. Mungkin krn aku dah x tido beberapa mlm utk study.. Mungkin krn mata ni dah terbiasa x mengantuk utk jam2 begini.. Kul 2 pagi td, abis kawasan jajahanku dlm bilik ni aku kemas.. Chantek dah.. X berserabut lagi seperti tongkang pecah beberapa minggu sblm ni.. Huhu..

Ok.. Mari berjiwang sebentar bersama aku... Nak bace, silakan.. Kalo x nak, ade aku kesah??? Huhu... I don't remember the source of this article.. Terjumpa masa mengemas tadi.. Seingat aku, article ni aku jumpa kat rumah.. But I'm not sure either from the newspaper or magazine.. Masa tu tgh heartbroken.. So, dengan rajinnya aku menyalin dlm kertas A4, depan belakang.. Smbil melayan perasaan masa tu... Hayatilah.. Enjoy..



Buat renungan yg sedang bercinta, masih bercinta, dan akan bercinta..

Jangan mencari terlalu sempurna
Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Jangan sesekali kamu lepaskan semula
ia semula ke dalam air begitu saja
Kerana ia akan sakit
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
Dan mungkin ia akan menderita
Selagi ia masih hidup

Begitulah juga
Setelah kamu memberi banyak pengharapan
Kepada seseorang
Setelah dia mulai menyayangimu
Hendaklah kamu menjaga hatinya
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan terluka
Oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin tak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air
Biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu
Apabila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
Mungkin ia masih dapat digunakan lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Boleh jadi hubungan kamu akan terus
Hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan.. Berkhasiat
Mengapa kamu berlengah
Cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi
Dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan menyesal

Begitu juga jika kamu
Telah bertemu dgn seorang insan
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu.. Mengasihimu
Mengapa kamu berlengah
Cuba membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
Kelak kamu akan kehilangannya
Apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal



Terkesan?? Hmm.. Terserah pd anda... Thanks for reading peeps!

~Toodloo~

1 comment: